Khamis, 17 Oktober 2024

AMERIKA LARANG ISRAEL SERANG PENGKALAN NUKLEAR IRAN

 


AMERIKA LARANG

ISREAL SERANG

PANGKALAN 

NUKLEAR IRAN

UNTUK ELAK

PERANG DUNIA

AMIN


HIZBULLAH ADA PELURU BERPANDU SUPERSONIK


HIZBULLAH ADA

PELURU BERPANDU

SUPERSONIK

JENG JENG JENG

AMIN

MALAYSIA ADA DUA UNDANG UNDANG ?


APAKAH MALAYSIA

ADA DUA

UNDANG UNDANG ?

AMIN

SATU UNTUK RAKYAT

SATU UNTUK MALAON...

OOPS... SILAP

SATU LAGI UNTUK

KAYANGAN

AMIN

ZAKAR SHI TANYA KENAPA ANWAR SENYAP ?


ZAKAR SHI TANYA

KENAPA ANWAR

SENYAP ?

KAH KAH KAH

AMIN

TERIMA KASIH PUAN MENTERI




Kedai makan Jalan Pudu, Loke Yew hots pot aktiviti persundalan terbaharu

KUALA LUMPUR – Pasukan KL Strike Force yang ditubuhkan oleh Jabatan Wilayah Persekutuan mengenal pasti kedai makan dan medan selera di sekitar Jalan Pudu dan Jalan Loke Yew di sini sebagai hot spot terbaharu aktiviti persundalan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, modus operandi sindiket persundalan itu bertambah kreatif dengan menjadikan premis-premis berkenaan sebagai lokasi mengiklankan perkhidmatan tidak bermoral itu.

“Malahan, memasuki era pasca normal, cabaran KL Strike Force adalah membanteras kegiatan persundalan yang mula berpindah daripada premis konvensional kepada platform digital. Lebih-lebih lagi apabila rumah inap, hotel dan kediaman peribadi turut dijadikan sarang aktiviti ini.

“Dalam hal ini, kerajaan menyeru supaya komuniti setempat menjadi ‘mata-mata’ dan melaporkan aktiviti seumpama ini kepada Adu@KL 2.0 atau mana-mana saluran aduan agensi yang menjadi ahli KL Strike Force semudah dengan menggunakan #KLStrikeForce di hantaran sosial media,” katanya pada sesi soal jawab Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) yang meminta penjelasan mengenai aktiviti persundalan, pergaduhan warga asing tanpa permit dan kebanjiran penjaja warga asing di Kuala Lumpur masih tidak berkurangan walaupun KL Strike Force telah diaktifkan.

Dr Zaliha yang juga Penasihat KL Strike Force berkata unit khas itu telah melaksanakan serbuan terhadap 209 premis di ibu negara yang menawarkan perkhidmatan persundalan sejak ditubuhkan pada 27 Mei lepas.

Menerusi serbuan yang dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi penguatkuasaan lain itu beliau berkata seramai 781 orang telah ditangkap melibatkan 149 warga tempatan dan 632 warga asing dan mereka yang ditahan berusia dalam lingkungan 18 hingga 61 tahun.

“Adalah tidak tepat untuk mengatakan tiada pengurangan ke atas kes persundalan di Kuala Lumpur kerana data tahun 2023 menunjukkan hanya 159 serbuan dan 540 tangkapan sahaja berbanding suku ketiga tahun ini,” katanya.

Beliau berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengetuai operasi bersepadu melalui inisiatif Smart Partnership antara agensi-agensi kerajaan ke atas premis perniagaan warga asing dengan sebanyak empat siri operasi bersepadu telah dilaksanakan hingga September lepas.

“Menerusi operasi itu, sebanyak 11 premis perniagaan dipantau dan daripada jumlah itu sebanyak empat premis diambil tindakan tutup serta-merta di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976 ekoran dikendalikan sepenuhnya oleh warga asing,” katanya.

Beliau berkata sebanyak lapan siri Tindakan Khas Ke Atas Premis-Premis Perniagaan Oleh Warga Asing turut dilaksanakan dan sebanyak 59 premis perniagaan telah dipantau hingga September lepas.

Daripada jumlah itu, sebanyak 15 premis ditutup serta-merta, 53 notis kesalahan dikeluarkan, 22 tindakan sitaan dilaksanakan dan 22 kertas siasatan dibuka.

“Seterusnya bagi Tindakan Khas Penjaja Warga Asing, sebanyak 21 siri tindakan khas telah dilaksanakan hingga September lepas, sejumlah 2,261 kes sitaan terhadap penjaja warga asing dilaksanakan di sekitar Kuala Lumpur,” katanya.  BERNAMA

WOIT

TERIMA KASIH

PUAN MENTERI 

BERI IKLAN

KAH KAH KAH

KAMI YANG TAK

TAHU KINI TAHU

MANA NAK CARI

AYAM SIAM

KAH KAH KAH

AWAS!!!

PUAN MENTERI

TEMPAT SUNDAL

INI BAYAR CUKAI

CARA GELAP

PADA ....???

JENG JENG JENG

DUIT CUKAI GELAP

INI PENTING UNTUK

BUAT KERJA PARTI

KAH KAH KAH

APAKAH INI

TANDA BERUBAH

TUAN PARTI BARU

UNTUK PUNGUT

CUKAI

KAH KAH KAH

LU TAK CAYA

LU TANYA

TENGKU FRAUD

DIA KAYA RAYA

PUNGUT CUKAI

LENDIR

KAH KAH KAH

KHALAS

SARANAN BAIK - WAJIB SOKONG



Orang ramai diminta peka perubahan cuaca – APM


PORT DICKSON – Orang ramai dinasihatkan supaya lebih peka dengan perubahan cuaca yang menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan khususnya Kuala Lumpur selain banjir di beberapa negeri di seluruh negara.

Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Datuk Aminurrahim Mohamed berkata, peralihan Monsun Barat Daya kepada Monsun Timur Laut menyebabkan angin kencang berserta ribut dan hujan lebat terutama pada sebelah petang.

“Orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan aplikasi myCuaca bagi mengetahui keadaan di lokasi terbabit. Aplikasi ini percuma. Ia memberikan maklumat berhubung ramalan cuaca dan kaedah yang boleh diambil ketika berdepan cuaca tertentu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Persidangan Penyelamat Pantai Pertahanan Awam (CDLC) di Pantai Batu 5, di sini, hari ini.

Majlis disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Khairus Masnan Abdul Khalid.

Menurut Aminurrahim setakat pagi tadi, seramai 4,150 mangsa daripada 1,120 keluarga berada di 38 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan negeri.

Dalam pada itu, beliau berkata tujuh keluarga dipindahkan ke PPS berikutan tanah runtuh di Taman Melawati, Selangor.

“Buat masa ini keadaan masih belum selamat untuk mereka pulang ke rumah masing-masing. Kita jangan ambil mudah, sebaliknya perlu sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan kerana keadaan cuaca tidak menentu,” katanya. – BERNAMA

WOIT

KERAJAAN WAJIB

JALANKAN

BENGEKEL

KE SELURUH NEGARA

BERI PENERANGAN

TENTANG PERUBAHAN

IKLIM  DUNIA

AMIN

BERI PENERANGAN

DAN KESEDARAN

UNTUK BERSIAP

SEDIA KERANA

SABAN TAHUN

SEMAKIN KERAP

SEMAKIN MELUAS

BENCANA ALAM

AMIN

KHALAS

TANGKAP DAN ROTAN SHAMSUL


TANGKAP DAN

ROTAN SHAMSUL

AMIN

KERANA DIA

SELAMATKAN ZAHID

NEGARA SEKARANG

JADI KACAU BILAU

AMIN

CINA DATANG BAWAK

KAPAL PERANG

AMIN




Unknown commented on 
"PASAL APA SHAMSUL BOCOR CERITTA ZAHID KALAH UNDI PRU15 SEKARANG ?"

jadi apa bezanya bocor cerita pada hari ini dan bocor pada sehari selepas PRU15?

takda beza. malaon yang kalah pru masih enjoy the menjoy hidup senang lenang perut kenyang buntang. takda siapa datang tangkap heret dia kena
grill dengan pendakwa.

malaon yang gebang sembang pongpang pasal lawan rasuah tatakelola tabdir urus, profound, adequate pun takda guna.

masih bergabung dengan rasuah.
melayu memerintah rasuah adalah pakaian sehari hari

PRU15 - SHAMSUL MENANG - ZAHID KALAH


PRU 15

ZAHID KALAH

TAPI ANWAR LARANG

SHAMSUL ULANG

KIRA UNDI

AMIN

DAKWA ZAHID SEKARANG !!!


DAKWA ZAHID

SEKARANG !!!

AMIN


Unknown commented on 
"SHAMSUL ISKANDAR
 PATUT JADI MENTERI"

Malaon MP Bagan Datoh ada tawar apa2 ganjaran kepada si sam ini?

kerana si sam berkorban maka 47kes boleh kautim.
jka tidak, maka malaon bagan datoh ini akan kerap kena ulang alik ke mahkamah, jika jatuh hukum tunggu rayuan pula.

lepas gagal rayuan maka ikut langkah malaon anak razak ke kajang.

hairan hukum dunia ini. ada 47kes masih boleh lepas bebas tanpa ada polis peronda datang depan rumah tunggu nak gari tangan.

boleh pegang jawatan guna segala jenis kemudahan yang pembayar cukai bayar. semua orang bayar cukai daripada anak sekolah sampai yang sudah mati nak diusung ke kubur.

anak muda yang kerja macam nak mati cari rezeki halal tak boleh salah sikit.

nanti polis laju ja lalu nak cari apa salah yang boleh disaman.

macam celaka.

BUKAK MULUT MOHONG


BUKAK MULUT

MOHONG

AMIN


Unknown commented on 
"BUKAK MULUT MOHONG"

contoh pembohongan

pua - sst kurang kan harga barang
mat maslan - gst kurangkan harga barang
nuar - saya ulang

kah kah kah

PASAL APA SHAMSUL BOCOR CERITTA ZAHID KALAH UNDI PRU15 SEKARANG ?


PASAL

 APA SHAMSUL

BOCOR CERITA

ZAHID KALAH UNDI

PRU 15 SEKARANG?

AMIN

AJARAN BETUL - AJARAN SESAT



Jangan bantutkan pemikir Islam, kata Khairy persoal RUU mufti


Bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyertai kritikan yang semakin meningkat terhadap langkah kerajaan membutirkan peranan dan kuasa mufti di Wilayah Persekutuan melalui sebuah akta baharu yang telah dipersoalkan tokoh agama dan kumpulan hak asasi manusia.

Sebelum ini, peguam dan aktivis hak asasi menyifatkan Rang Undang-undang Mufti Wilayah Persekutuan 2024 sebagai tidak berperlembagaan kerana memberikan kuasa meluas kepada seorang pegawai yang tidak dipilih untuk mengawasi kehidupan seharian umat Islam.

Tokoh agama pula bimbang mengenai apa yang disifatkan mereka takrifan sempit Islam mengikut garis mazhab.

RUU yang dibawa menteri hal ehwal agama Mohd Na'im Mokhtar itu menyentuh antara lain peranan mufti WP, struktur jawatankuasa fatwa, serta pelbagai jawatankuasa lain seperti falak, penentuan anak bulan dan arah kiblat.

Antara kritikan utama ialah peruntukan bahawa seorang mufti hanya boleh dilantik dari kalangan al-Asyairah dan al-Maturidiyah, dua aliran yang umumnya dianggap arus perdana dalam mazhab Sunnah.

Khairy berkata RUU itu berisiko memencilkan umat Islam yang tidak mengikut sesuatu mazhab yang menjadi ikutan pihak berkuasa.

"Bila nak menginstitusikan agama ini, adakah sampai tahap di mana kita sempitkan soal akidah ataupun soal takrifan Ahli Sunnah wal Jama'ah," soal Khairy dalam podcast Keluar Sekejap baru-baru ini.

"Kalau ada orang yang tak mengikut ini sepenuhnya maka dia tidak boleh dikira sebagai Muslim di Malaysia atau di Wilayah Persekutuan?"

Khairy mempersoalkan sama ada birokrasi Islam kini mencapai tahap "di mana kita mempunyai takrifan sempit tentang siapa kita sebagai penganut Islam".

"Saya rasa soalan sempit macam teologi ni tidak sepatutnya menjadi tumpuan kerajaan pada hari ini sebab tak ada masalah pun selama ini. Kalau ada satu tarikat atau ada satu kumpulan yang memang jelas melanggar akidah kita setuju, ambil tindakan sebab kita adalah negara di mana tafsiran pihak berkuasa adalah (berdasarkan) Sunnah wal Jamaah, mazhab Syafi'i," kata Khairy.

Menurutnya, menyempitkan lagi takrifan mazhab Shafi'i akan membataskan pemikiran ulama Islam Malaysia.

"(Ia) juga mungkin akan sekat pembangunan pemikir-pemikir Islam daripada Malaysia, yang boleh menyumbang lebih besar masa ini, sebab mereka hanya mahu melihat satu aliran sahaja, satu sahaja worldview, satu sahaja tradisi."

Khairy mengingatkan Deklarasi Amman 2004, dokumen ditandatangani 200 sarjana Islam dari 50 negara, yang menyeru tolak ansur dan penamatan sentimen permazhaban.

Dokumen tersebut turut disokong beberapa ahli politik Malaysia termasuk Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Antara pengkritik paling lantang RUU itu ialah Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin, yang selama ini terkenal dengan beberapa pandangannya yang dilihat tidak sehaluan dengan tradisi mazhab Syafi'i seperti diamalkan di Malaysia.

Dalam serangan tajam terhadap Na'im baru-baru ini, Asri mencabar menteri agama itu menyatakan sama ada beliau sendiri faham aliran-aliran Shafi'i yang dinyatakan dalam RUU itu.

"Jika beliau benar, beliau dahulukan buktikan beliau faham sebelum beliau ingin memaksa rakyat. Jika beliau sendiri tidak mampu, adakah beliau mahu menyesatkan akidah rakyat awam yang akhirnya menyesatkan diri?"

Asri memberi amaran bahawa RUU itu bakal menyebabkan tuduhan kafir-mengkafir antara kumpulan Islam, di samping akan membawa kepada pelbagai cadangan lain.

"Atau mungkin selepas ini akan dicadangkan dimasukkan ke dalam kad pengenalan, Agama: Islam Ashairah Maturidiyyah Junaid dan Ghazali. 

"Apa yang saya lihat, ini isu sektarian yang disumbat kepada kerajaan Madani," tambahnya.

Anwar rata-rata mengelak daripada mengulas mengenai kontroversi RUU itu, sebaliknya meminta Na'im memberi penjelasan.

Perlembagaan

Selain daripada aspek akidah, RUU Mufti WP itu turut disifatkan sebagai tidak berperlembagaan.

Peguam Latheefa Koya berkata RUU itu "memperlekeh kedudukan Agong sebagai ketua agama Islam di Malaysia", merujuk Perkara 3(5) dan 34(1) Perlembagaan Persekutuan.

"Mufti dilantik atas nasihat menteri, dan oleh itu kerajaan persekutuan akan memperoleh kuasa yang luas ke atas setiap aspek amalan agama umat Islam di negara ini sebaik sahaja RUU itu menjadi undang-undang.

"Ini bukan peranan yang dimaksudkan untuk kerajaan persekutuan di bawah perlembagaan kita. Ia bertentangan dengan struktur asas perlembagaan dan oleh itu tidak berperlembagaan," kata bekas ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia itu.

Beliau berkata RUU tersebut juga memberikan kuasa meluas yang belum pernah berlaku sebelum ini, di mana fatwa oleh mufti WP mengikat setiap orang Islam.

"Tiada pengecualian atau syarat," katanya, sambil menambah undang-undang Islam di WP pada masa ini mengecualikan fatwa dalam hal peribadi, kepercayaan dan pandangan.


SEMUA AJARAN

ADALAH BETUL

AMIN

SEMUA AJARAN

ADALAH SESAT

AMIN

YANG MENENTUKAN

BETUL ATAU SESAT

IALAH KUASA

AMIN

ADA KUASA

SEMUA AJARAN

BETUL

AMIN

TAKDA KUASA

SEMUA AJARAN 

SESAT

KHALAS

IRAN BERI AMARAN PADA ISRAEL



Iran beri amaran tindak balas 'tegas' jika Israel menyerang, gesa tindakan PBB


TEHRAN: Pegawai diplomat tertinggi Iran memberi amaran kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres bahawa Teheran sedia bertindak balas dengan 'tegas dan tanpa rasa kesal' jika Israel menyerang negaranya sebagai tindakan balas terhadap serangan peluru berpandu.

Republik Islam itu melepaskan kira-kira 200 peluru berpandu ke arah Israel pada 1 Oktober sebagai membalas dendam atas pembunuhan dua sekutu terdekatnya, pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dan pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah serta seorang jeneral Iran.

Minggu lalu, Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant berikrar untuk bertindak balas membalas dendam negaranya dengan serangan 'maut, tepat dan mengejutkan'.

"Iran, ketika melakukan usaha habis-habisan melindungi keamanan dan keselamatan rantau ini, bersedia sepenuhnya dengan tindak balas tegas dan tanpa rasa sesal terhadap sebarang kemaraan tentera Israel," kata kenyataan Pejabat Menteri Luar Iran.

Kenyataan itu dibuat selepas Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi mengadakan panggilan telefon dengan Guterres petang semalam.

Ketika panggilan telefon itu, Araghchi juga merayu kepada PBB untuk menggunakan sumber dayanya 'untuk menghentikan jenayah dan pencerobohan rejim Israel dan menghantar bantuan kemanusiaan ke Lubnan dan Gaza'.

Sepanjang minggu lalu, Menteri Luar Iran mengadakan kunjungan ke Lubnan, Syria, Arab Saudi, Qatar, Iraq dan Oman dalam usaha meredakan ketegangan.

Araghchi tiba di Jordan hari ini sebelum meneruskan perjalanan ke Mesir dan Turkiye, kata jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmail Baghaei dalam satu catatan di platform media sosial X.

Usaha itu didorong akibat perang antara Israel dan kumpulan pejuang Palestin yang bersekutu dengan Iran, Hamas yang bergelora selama lebih setahun dan berkembang termasuk Lubnan dalam beberapa minggu kebelakangan ini. - AFP

ISRAEL AKAN 

SERANG IRAN

SEBELUM MENGUNDI

PRESIDEN

DI AMERIKA

AMIN

JIKA ISREAL

SERANG IRAN

GILA GILA

IRAN AKAN BALAS

GILA GILA

AMIN

BILA AMERIKA

MASUK BANTU

ISRAEL ERTINYA

PERANG DUNIA

BERMULA

KHALAS