Ahad, 3 November 2024

50 RIBU SOLDADU ISREAL MASUK LEBANON - MASIH GAGAL LAWAN HIZBULLAH


50 RIBU SOLDADU

ZIONIS ISREAL 

MASUK LEBANON

MASIH GAGAL

LAWAN HIZBULLAH

KHALAS 

PROJEK REMBAT TANAH ORANG MELAYU


PROJEK 

REMBAT TANAH

ORANG MELAYU

AMIN 

APA HUBUNGAN VIVY YUSOF DENGAN ANWAR IBRAHIM


APA HUBUNGAN

DATIN VIVY YUSOF

DENGAN 

ANWAR IBRAHIM

JENG JENG JENG

AMIN

FESHION VELVET AKAN TERLEPAS ?


Jangan biar sesiapa pun yang telan duit rakyat terlepas – Akmal

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO mencadangkan agar Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet (FV) 

Ketuanya, Dr Akmal Saleh berkata, untung atau rugi adalah perkara biasa tetapi jika dana itu datangnya dari dana awam, maka satu siasatan yang telus perlu dilakukan.

Bahkan, perkara itu perlu dibentangkan kepada awam juga supaya ia dapat menjadi pengajaran pada masa akan datang.

“Sama ada Fashion Valet ataupun Nafas jika ada salah laku yang wujud maka jangan biarkan waima seorang pun terlepas dari kartel-kartel yang menelan duit rakyat ini!!!,” tegas beliau dalam hantaran di media sosialnya.

Akmal turut menyambut baik arahan tegasi Anwar yang mahu Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Isnin lalu, Kementerian Kewangan memaklumkan, Khazanah Nasional dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah menjual hasil saham mereka dalam FV kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners pada 2023.

Hasil penjualan saham tersebut bagaimanapun membuatkan Khazanah dan PNB hanya memperolehi RM3.1 juta.

Pada 31 Oktober lalu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengarahkan Khazanah, PNB dan FashionValet memberikan penjelasan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta yang dialami dua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLiC) itu dalam FashionValet.

Khazanah menjelaskan tindakan menjual kepentingan dalam FashionValet, setelah pelaburan awal sebanyak RM27 juta (S$8.17 juta) pada tahun 2018 bagi memacu syarikat e-dagang fesyen tempatan itu.

Menurut Khazanah, penjualan itu bagi mengalihkan pemilikan kepada pihak baharu yang berupaya memacu syarikat ke arah trajektori pertumbuhan sejajar dengan tempoh pegangan pelaburan yang telah mencapai matlamat.

Sementara itu, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam kenyataan pada 1 November  menegaskan, pelaburan dibuat menggunakan dana proprietari PNB dan bukan dana amanah saham di bawah Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang dilanggan oleh orang awam.

“Walaupun kesal dengan kerugian yang dialami sebanyak RM18.7 juta (S$5.6 juta) selepas menerima hasil jualan sebanyak RM1.3 juta (S$393,417), tetapi ini harus dilihat dalam konteks aset pelaburan bernilai RM337 bilion (S$102 bilion) yang diuruskan oleh PNB dan RM16.4 bilion (S$4.9 bilion) dalam pendapatan pelaburan yang dijana selepas mengambil kira kerugian pada TK23,” jelas kenyataan itu.

Berikutan polemik isu ini, usahawan fesyen, Vivy Yusof dan suaminya Fadzaruddin Shah Anuar memohon maaf dan akan melepaskan jawatan mereka dalam platform e-dagang FashionValet Sdn Bhd.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta (S$13.5 juta) yang dialami Khazanah dan PNB dalam FashionValet.

WOIT

APAKAH 

FASHION VELVET

AKAN TERLEPAS?

JENG JENG JENG

PASAI TOWKAY

INI KENAL BAIK

DENGAN

ANWAR IBRAHIM

JENG JENG JENG

KITA NANTI

DAN LIHAT

AMIN

KHALAS

6 SYARIKAT MALAYSIA KENA SEKATAN AMERIKA



AS sekat enam syarikat berpangkalan di Malaysia

KUALA LUMPUR- Enam syarikat yang berpangkalan di Malaysia adalah antara hampir 400 entiti dan individu yang dikenakan sekatan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) kerana beroperasi atau pernah beroperasi dalam sektor pembuatan Russia.

Syarikat yang disenaraikan itu ialah Zeolite Mansford Sdn Bhd (Zeolite), Centrina United Sdn Bhd (Centrina), Gyntec Carbon Sdn Bhd (Gyntec), Moralability Industry Sdn Bhd (Moralability) dan Melix Global Sdn Bhd (Melix Global).

Dalam satu kenyataan pada 30 Oktober, Pejabat Jurucakap itu memaklumkan bahawa hampir 400 entiti dan individu telah dikenakan sekatan kerana membolehkan Russia “melaksanakan perang haramnya.”

Kenyataan itu menyatakan bahawa Jabatan Negara sedang mengenakan sekatan ke atas lebih 120 individu dan entiti.

“Penyenaraian Jabatan Negara bertujuan untuk mengganggu usaha mengelak sekatan dan menyasarkan entiti di pelbagai negara ketiga, termasuk Republik Rakyat China (PRC), India, Malaysia, Thailand, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu.

“Semua sasaran disenaraikan mengikut Perintah Eksekutif (E.O.) 14024 yang membenarkan sekatan terhadap aktiviti asing berbahaya tertentu oleh Kerajaan Persekutuan Rusia,” menurut kenyataan itu.
Pejabat Jurucakap itu turut memaklumkan bahawa sekatan itu menyasarkan pengeluar, pengeksport dan pengimport barangan yang penting kepada asas industri ketenteraan Russia.

“Barangan itu termasuk mikroelektronik dan item kawalan berangka komputer (CNC) dalam Senarai Keutamaan Tinggi Biasa (CHPL), seperti yang dikenal pasti oleh Biro Industri dan Keselamatan (BIS) Jabatan Perdagangan AS bersama Kesatuan Eropah (EU), United Kingdom (UK), dan Jepun,” katanya.

Kenyataan itu juga menyatakan bahawa AS akan terus menggunakan semua alat yang ada untuk mengganggu sokongan terhadap asas industri ketenteraan Russia dan menyekat keupayaan Kremlin untuk mengeksploitasi sistem kewangan antarabangsa serta menjana pendapatan bagi meneruskan perangnya terhadap Ukraine.

“Kami terus berdiri dalam solidariti dengan Ukraine untuk mempertahankan tanah airnya daripada pencerobohan Rusia,” tambahnya.– BERNAMA


TAHNIAH

PADA SYARIKAT INI

AMIN

MEREKA BUKAN

PRO RUSSIA ATAU

SIMPATI DENGAN

RUSSIA

AMIN

SYARIKAT INI

CARI UNTUNG

KAH KAH KAH

KITA BERI

TAHNIAH KERANA

BERANI LAWAN

AMERIKA

AMIN

KHALAS

ZELENSKIY AKAN DI JIMATKAN



PRESIDEN ZELENSKIY

AKAN DI JATUHKAN

ATAU DIBUNUH

KHALAS

Unknown commented on 
"PAGI INI"

UKRAINE
PRESIDEN ZELENSKIY GELABAH

Soldadu Korea& Russia patut keluarkan kenyataan:
Kami akan kejar si celaka zelensky sampai dia lari dengan berseluar dalam.

Untuk tunjukkan kepada dunia yang malaon ini punca dunia berperang lagi saekor setanyahu yang gila suruh askarnya menembak sana sini walhal dia sendiri berjaga2 takutkan peluru hinggap di kepala.

Hidupnya suka melihat dan menyebabkan kematian akan dikejar malaikat maut juga.
Amen

3R LAWAN BOM NUKLEAR


MAHANON ADA 3R

KAH KAH KAH

PAS ADA 

4 NUKLEAR

LIBERAL

SEKULAR

PLURAL

LGBT

KHALAS

Unknown commented on 
"MAHANON GAGAL DAN ZALIM"

jgn marah atau putus asa demo demi demo guling lagi untuk gulingkan non pulak tapi non dah punya strateji senjata 3R kahkahkah

MAHANON GAGAL DAN ZALIM


MAHANON GAGAL

GANAS

DAN ZALIM

AMIN

Unknown commented on
 "MAHA SCAMMER"

mahanon lagi ganas dari mahadey.. sia2 berdemo berguling..

JANGAN SEKSA DIRI IKUT ARAB


PAKAIAN ARAB

IKUT CUACA

PADANG PASIR

AMIN

PAKAIAN KITA

IKUT CUACA

TROPIKA

AMIN

TAK PERLU SEKSA

DIRI IKUT

ARAB

AMIN

panglimo potaseh commented on
 "BANGGA ASAL 
USUL DIRI SENDIRI"

Nabi pakai jubah, serban sebab kelembapan wilayah nye 0% .. tak mandi 1 minggu pun tak bachin. Mcm koboi pon 0% mandi sokali-sokalo.

Dulu atok aku hanye berpelikat sebab kelembapan kita 100% .. mandi burok2 2-3 kali sehari. Puki pompuan sontiaso bacin nak boghanchok kono sabun dulu.

Tu Nabi sabdo sunah dio adolah buek sesuatu perlu bersesuaian dgn persekitaran Alam. Tu pasal di Olimpik ari tu peserta Arab sarong seluar pendek jo .. yg lari dan lonchek berselubung hanyo peserta MOLAYU .. tuckbEEr

PROJEK REMBAT DUIT RAKYAT




Tidak cukup hanya minta maaf, heret pihak yang rugikan Khazanah, PNB

KUALA LUMPUR – Permohonan maaf sahaja tidak memadai sebaliknya, pihak yang menyebabkan pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam perniagaan fesyen dalam talian tempatan rugi perlu diheret ke muka pengadilan.

Pengerusi Pertubuhan Jaringan Budi Malaysia,  Khairul Mohamed berkata, rakyat sudah tentu tertanya-tanya bagaimana syarikat pelaburan itu tidak membuat kajian sebelum merisikokan wang berjuta-juta ringgit ke dalam perniagaan tersebut.

“Penglibatan Khazanah dan PNB bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana ia sebuah entiti kerajaan yang mempunyai tadbir urus yang ketat apabila melibatkan pelaburan yang berjuta-juta ringgit dan ia disifatkan hasil cukai rakyat.

“Sudah pastinya rakyat tidak kira golongan belia, dewasa ataupun tua akan tertanyatanya, adakah Khazanah dan PNB tidak melakukan kajian terlebih dahulu hinggakan membuat pelaburan yang merugikan,” katanya menerusi kenyataan.

Baru-baru ini dilaporkan, Khazanah dan PNB berdepan kerugian sebanyak RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet).

Susulan itu, pengasasnya Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar akan melepaskan jawatan dalam FV.

Kemudian,  Anwar Ibrahim mengarahkan Khazanah melakukan audit dalaman bagi menyiasat kerugian yang mendapat perhatian pelbagai pihak itu.

Khairul menyifatkan jaminan Anwar itu dilihat mampu mengurangkan keresahan rakyat.

Dalam pada itu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan memulakan siasatan berkaitannya.

Jelas beliau, siasatan itu penting kerana ia melibatkan penggunaan dana awam dan menjadi isu berkepentingan awam.- 

WOIT

SYARIKAT BANGKRAP

PERKARA BIASA

AMIN

TAPI INI PAKAI

DUIT RAKYAT

BUKAN DUIT SENDIRI

AMIN

SAPA DATIN VIVY

SAPA 

DATUK FAZARUDIN

JENG JENG JENG

AMIN

SAPA LULUSKAN

PROJEK INI ?

AMIN

APA HUBUNGAN

DUA MALAON INI

DENGAN MENTERI

KHAZANAH ?

JENG JENG JENG

KHALAS

TRUMP MENANG TAPI AKAN DIKALAHKAN OLEH DEEP STATE


Trump mungkin guna helah batal keputusan pilihan raya tidak memihak kepadanya

PHILADELPHIA: Dakwaan palsu mengenai penipuan pengundi di Pennsylvania menimbulkan kebimbangan kemungkinan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) yang juga calon Republikan, Donald Trump mungkin sekali lagi cuba membatalkan undian di negeri itu.

Ramai juga bimbang Trump akan menggunakan helah yang sama di negeri penting yang lain, dalam pilihan raya Presiden, Selasa depan..

Tinjauan pendapat di peringkat nasional dan di tujuh negeri penting menunjukkan Trump kini berdepan saingan sengit daripada Naib Presiden AS yang juga calon Demokrat, Kamala Harris, berbaki empat hari lagi sebelum hari pengundian.

Trump terus membuat dakwaan palsu bahawa kekalahannya dengan Presiden AS, Joe Biden, pada 2020 adalah hasil penipuan meluas di beberapa negeri yang beliau tewas.

Trump dan penyokongnya juga menyebarkan dakwaan tanpa asas mengenai pilihan raya kali ini di Pennsylvania.

Retorik yang sama mengenai penipuan pengundi selepas undian 2020 menyebabkan penyokong Trump menyerang Capitol AS pada 6 Januari 2021, dengan tujuan menghentikan atau mempengaruhi kiraan undian elektoral yang menentukan siapa yang menjadi presiden.

"Perkara itu menjadi punca bagi percubaan membatalkan keputusan pilihan raya yang ditentang Trump," kata Kyle Miller, seorang ahli strategi dasar di Pennsylvania bagi kumpulan advokasi Protect Democracy.

"Kita melihatnya pada 2020 dan saya rasa pengajaran yang Trump dan sekutunya pelajari sejak itu adalah mereka perlu menanam idea-idea bernas lebih awal," katanya.

Semalam, Trump meningkatkan dakwaannya yang tidak berasas bahawa penyiasatan terhadap borang pendaftaran pengundi yang mencurigakan adalah bukti penipuan pengundi.

Beberapa penyokongnya mendakwa berlaku penindasan pengundi apabila ramai yang beratur k baru-baru ini untuk menerima undian melalui pos.

Pegawai negeri dan penyokong demokrasi mendakwa insiden itu menunjukkan sistem berfungsi seperti yang diharapkan.

Seorang hakim memanjangkan tarikh akhir undi pos selama tiga hari di Bucks County, utara Philadelphia, selepas kempen bekas presiden AS itu menyaman atas dakwaan bahawa beberapa undian telah ditolak sebelum tarikh akhir.

Pegawai pilihan raya menemui kes penipuan pada pendaftaran pengundian di Lancaster dan daerah York, yang mencetuskan siasatan oleh pihak berkuasa tempatan.

Bagaimanapun, tiada bukti menunjukkan berlakunya undian haram.

"Ini adalah bukti bahawa sudah ada perlindungan dalam proses pendaftaran pengundi , yang berfungsi dengan baik," kata Al Schmidt, pegawai pilihan raya tertinggi Pennsylvania, kepada pemberita minggu ini.

Trump memberitahu penyokongnya akan berlaku kemenangan besar pada Selasa depan dan menegaskan hanya akan kalah jika berlakunya pilihan raya yang korup.

Dakwaan Trump menimbulkan kebimbangan bahawa dirinya bersedia untuk sekali lagi menyalahkan potensi kekalahan di Pennsylvania, negeri terbesar daripada tujuh negeri yang mungkin menentukan keputusan pilihan raya atas penipuan pengundi.

TRUMP AKAN

MENANG

AMIN

TAPI DEEP STATE

AKAN ATUR UNTUK KALAHKAN TRUMP

AMIN

TRUMP AKAN

BUKTIKAN

PENIPUAN DALAM

PEMILIHAN

KAH KAH KAH

AMIN

PERANG BAWA PELUANG



PERANG BAWA

PELUNG UNTUK

UBAH KEMBALI

NEGARA KITA

AMIN

Unknown commented on
 "IRAN AKAN MENYERANG ISRAEL
 TAK LAMA LAGI"

Perang akan tiba. Samseng samseng tua akan bergasak. Siapa samseng baru dunia siapa lah yang tahu. Peta dunia akan berubah lagi. Begitulah pusingan hukum alam. Yang kuat akan hidup. Yang muda akan lahir. Yang tua, akan tewas. Pentas baru dunia dibuka nanti. Akhirnya, cepat atau lambat, kepada anak anak muda, dunia ini andalah pemiliknya.

TAHNIAH !!! SARAWAK DAH HAPUSKAN PTPTN


TAHNIAH !!!

SARAWAK DAH

HAPUSKAN PTPTN

KHALAS

panglimo potaseh commented on
 "HAPUSKAN PTPTN"

Hapuskan PTPTN tulah janji Pak Non kalau dia jadi PM .. bila dah jadi PM, Non bagi mcm2 alasan utk kekalkan PTPTN.

Dlm riuh rendah tu KM Sarawak telah hapuskan PTPTN untuk semua pelajar2 Bangsa Sarawak. Ingat Sarawak hanye sebuah negeri misking .. kompom Non dah mula gatal2 bontot

PAGI INI


PAGI INI


AHAD 3 NOVEMBER 2024
SATU MALAYSIA
MASIH MENUNGGU
BERITA TENTANG KES
SEOARANG HAMBA ALLAH
DI TEMBAK DI PAHANG
YANG MENEMBAK
DIKATAKAN KERABAT
JENG JENG JENG

APA JADI DENGAN KES INI
JENG JENG JENG
KENAPA PEGUAM NEGARA
SENYAP
JENG JENG JENG

SATU LAGI KES
OKU KENA BELASAH
HEBOH TAPI KENAPA
PEGUAM NEGARA
TAK BERTINDAK
JENG JENG JENG

BANYAK KES LESAP
ADA LAPORAN  MEDIA
KEMUDIAN HILANG
TAK TAHU HUJUNG PANGKAL

INGAT TAK KES PEGAWAI POLIS
DI TANGKAP MINUM KETUAM
ADA PEGAWAI TINGGI
SEDANG REHAT MINUM KETUM
BUKAN BUAT MAKSIAT
APA JADI?

KERANA KES INI
GUA TULIS SURAT TERBUKA
PADA DR ZUL
MINTA KETUM DI BEBASKAN
DARI HUKUMAN BAGINDA QUEEEN
PEGAWAI POLIS JANGAN
DI JENAYAHKAN
HANYA KERANA MINUM AIR KETUM
AMIN

UKRAINE
PRESIDEN ZELENSKIY GELABAH
MARAH KERANA
NEGARA EROPAH
BUAT DEK BILA ASKAR
KOREA UTARA SAMPAI KE RUSIA

SEPANYOL
10 RIBU SOLDADU
DI KERAH UNTUK
BANTU MANGSA BANJIR
DI VALENCIA

JEPUN
ROBOT TELAH DI GUNAKAN
UNTUK MEMUNGUT
SISA RADIOAKTIF
DARI RUNTUHAN LOJI NUKELEAR
DI FUKUSHIMA

HOKKIEN
PAGI INI SEGAR CERAH KERING
MATA HARI DAH KELUAR
LANGIT BIRU INDAH
KL & KL SENTRAL  CERAH

DI PINTU MASUK
SUARA CENGKERIK
SUARA SAEKOR GAGAK
DARI ARAH KWANTUNG
DALAM SAWAH RUMPUT
SUARA TERKUKUR

AWAL AGAK SENYAP
KERANA TIDAK ADA SALAKAN
TAPI JALAN PULANG
HAMPIR 7 EKOR WARGA HOKKIEN
DATANG MENYALAK
HEBOH HOKKIEN

HARI INI 
AKAN PANAS
TENGAH HARI GUA NAK PERGI
KE PESTA RENDANG
NAK MERAYAKAN
MASAKAN MELAYU

TAHUKAH PEMBACA
RENDANG ADALAH
TAHAP TERTINNGI
DALAM MASAKAN MELAYU
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI AHAD

BRO
LU BERANI
LU AKAN BERJAYA
LU TAKUT
LU TAK DAPAT APA APA

BRO
LU BAIKI DIRI LU
ORANG LAIN
PASTI SUKA

BRO
LU WIRA
BILA LU JATUH
LU BANGUN KEMBALI
DAN MENERUSKAN
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERAHAD