Khamis, 21 November 2024
BERSILAT LIDAH
Saya kata 'ya' dalam konteks keahlian Israel dalam PBB, kata Anwar pertahan jawapan kepada CNN
Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan jawapannya dalam wawancara CNN baru-baru ini, yang mengundang kritikan tajam pelbagai pihak kerana mengiyakan cadangan bahawa Israel mempunyai hak untuk wujud dan mempertahankan dirinya.
Anwar berkata jawapannya kepada dua soalan dikemukakan wartawan CNN Richard Quest perlu diteliti dalam konteks keanggotaan de facto Israel dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
"Kalau dalam konteks (menjadi) anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, itu dianggap sebagai hak negara.Itu yang disebut secara de facto. Tapi kita tidak iktiraf, daripada awal, bukan saya, daripada zaman Tunku Abdul Rahman tidak iktiraf Israel sampai sekarang. Jadi dibedakan di antara pengiktirafan de facto yang saya sebut 'ya'. Dan kalau kita iktiraf (sebagai) de facto, mana-mana negara yang diiktiraf itu tidak boleh diserang," kata Anwar ketika isu itu dibangkitkan dalam Dewan Rakyat.
"Sebab itu saya kata, mana-mana negara, bila (diiktiraf) de facto, dia boleh pertahankan diri dia. Kalau dengar, saya serang Israel habis-habisan. Tak tahulah apa lagi cara saya boleh buat."
Anwar menjadi sasaran kritikan pemimpin pembangkang dan aktivis Palestin selepas jawapannya dalam wawancara dengan wartawan CNN, Richard Quest.
Dalam wawancara itu, Anwar mengkritik media Barat kerana membawa naratif berat sebelah yang mengabaikan penjajahan wilayah Palestin, tetapi dicelah oleh Quest dengan dua soalan.
Quest: Tetapi anda akan setuju bahawa, a) Israel berhak wujud.
Anwar: Ya, ya.
Quest: Dan b) Israel berhak mempertahankan dirinya.
Anwar: Ya.
Anwar bagaimanapun menuduh pengkritik memutarbelitkan jawapannya, di sebalik gesaan supaya beliau mengeluarkan kenyataan pembetulan sekiranya maksud sebenar beliau bukan mengiktiraf hak Israel wujud atau mempertahankan diri.
Berikutan penjelasannya hari ini, Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin berkata beliau faham sekiranya perdana menteri keletihan ketika ditemubual Quest, sambil berkata ia mungkin sebab beliau tersilap jawab.
Menurut Hamzah, pembangkang sedia menerima sekiranya Anwar mengakui beliau tersilap sebut dalam wawancara itu.
"Mudah saja. Jika YAB kata, 'Ya, saya tersilap bab itu tetapi percayalah, saya akan terus mempertahankan Palestin', kami (akan) bersama dengan YAB," katanya.
Anwar kemudian sekali lagi menjelaskan jawapannya dibuat dalam konteks prinsip PBB yang mengiktiraf hak setiap negara anggota untuk mempertahankan diri.
"Dia tanya sama ada dalam konteks negara Israel itu, hak wujud. Keduanya, pertahanan (pertahanan). Prinsip dalam piagam PBB ialah, mana-mana negara yang diserang boleh mempertahankan diri. Itu konteks dia.
"Bagi saya, dia ambik itu out of context sahaja untuk mencari markah politik. Saya dah bagi penjelasan, cukup."
Terdahulu, media sosial dibanjiri kritikan terhadap Anwar selepas sedutan lima minit wawancara itu dimuat naik Quest dalam akaun X.
Ia disusuli amaran Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengenakan tindakan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, badan yang sebelum ini bertanggungjawab menyekat laman web dan menurunkan kandungan yang mengkritik kerajaan.
Pengkritik berkata jawapan Anwar bercanggah dengan dasar kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf negara Zionis, malah ramai yang membandingkan kenyataan itu dengan kontroversi yang meletus lebih sedekad apabila Anwar dipetik sebagai berkata beliau bersedia "menyokong semua usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel".
Seorang ahli akademik Palestin terkemuka yang berpangkalan di London melahirkan rasa terkejut dengan pendirian Anwar, sambil berkata perdana menteri sepatutnya memberi jawapan berbeza kepada soalan daripada CNN.
"Jawapan betul untuk soalan pertama adalah seperti berikut: 'Apakah kamu meminta saya mengiktiraf kesahihan sebuah entiti penjajah yang dibina di atas tanah yang dicuri daripada rakyat Palestin? Apakah kamu meminta saya mengiktiraf sebuah negara yang lahir daripada pembunuhan beramai-ramai?'" Azzam Tamimi, yang pernah mengarang buku mengenai sejarah Hamas, memberitahu MalaysiaNow.
"Jawapan yang betul kepada soalan kedua ialah: 'Siapa yang berhak mempertahankan diri, penjajah atau mangsa penjajahan?'" tambahnya.
ANWAR IBRAHIM
BERSILAT LIDAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
WOIT
ISREAL ADA
HAK
PERTAHANKAN
DIRI
KAH KAH KAH
TU PASAL DIA
BUNUH SEMUA
WARGA PALESTIN
AMIN
KHALAS
ICBM - TIDAK ADA KEPASTIAN
ICBM
INTERCONTNENTAL BILLISTIC
MISSILE
UKRAINE KLIM
PELURU BERPANDU
ICBM
JARAK JAUH
DI TEMBAK
KE UKRAINE ?
HINGGA SAAT INI
MASIH TIDAK ADA
KEPASTIAN
LAGI
AMIN
TURKI ANGGOTA NATO MULA LAWAN AMERIKA
Keputusan AS benarkan Ukraine guna peluru berpandu kesilapan besar - Erdogan
ISTANBUL: Tindakan Washington membenarkan Ukraine menggunakan peluru berpandu Amerika Syarikat (AS) terhadap sasaran tentera di Russia adalah 'kesilapan besar' yang boleh membawa dunia ke ambang perang besar, kata Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dalam kenyataan hari ini.
Langkah membenarkan Kyiv menggunakan peluru berpandu ATACMS jarak jauh yang kuat ini mewakili perubahan besar dalam dasar AS, mencetuskan tindak balas marah dari Moscow yang pada Selasa mengembangkan skop penggunaan senjata nuklearnya sebagai amaran jelas kepada Ukraine dan Barat.
"Langkah oleh (Presiden AS Joe) Biden ini bukan sahaja akan memburukkan konflik, tetapi akan membawa kepada reaksi yang lebih besar dari Russia... (dan) mungkin membawa rantau ini dan dunia ke ambang perang baru yang besar," kata Presiden Turkiye itu kepada wartawan dalam penerbangan pulang dari Sidang Kemuncak G20 di Rio.
Keputusan AS ini boleh disifatkan sebagai langkah untuk memarakkan lagi api peperangan, memastikan ia tidak berakhir dan bahkan merebak," katanya.
Katanya, dekri (perintah) yang ditandatangani Presiden Russia, Vladimir Putin pada Selasa membenarkan Moscow melancarkan tindak balas nuklear jika diserang dengan serangan udara besar-besaran, walaupun hanya dengan senjata konvensional.
"Kesilapan kecil yang dibuat berdasarkan kesilapan besar ini... seperti membaling tong api ke dalam api, jadi saya nasihatkan semua orang untuk berhati-hati," katanya.
Turkiye, yang menjalin hubungan mesra dengan dua jiran Laut Hitam itu membekalkan Ukraine dengan dron tetapi enggan menyertai sekatan Barat ke atas Moscow.
Pindaan dasar nuklear Russia itu dengan cepat dikutuk oleh Washington, Brussels dan London sebagai 'tidak bertanggungjawab' dan Erdogan berkata langkah itu harus disemak oleh negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
"Langkah yang diambil oleh Russia harus dipertimbangkan oleh pihak berkuasa NATO dan juga perlu dikaji semula," katanya dalam sidang media di Rio pada Selasa.
"Russia mempunyai kekuatan dan langkah untuk melindungi dirinya, dalam cara yang sama, negara-negara NATO juga harus mengambil langkah untuk melindungi diri kita," tambahnya.
Presiden Russia menggunakan retorik nuklear sepanjang konflik ini tetapi semakin agresif sejak tahun lalu, menarik diri daripada perjanjian larangan ujian nuklear dan perjanjian pengurangan senjata utama dengan AS. - AFP
TABIK HORMAT
PADA TURKI
AMIN
TABIK HORMAT
PADA EDORGAN
AMIN
PUTUS HUBUNGAN
DENGAN ISRAEL
AMIN
LARANG RUANG
UDARA TURKI
DI GUNA PESAWAT
ISRAEL
AMIN
KINI LAWAN
AMERIKA
AMIN
KHALAS
MINYAK AKHIRNYA AKAN KERING !!!
WAJIB SEDAR
MINYAK AKHIRNYA
AKAN KERING
AMIN
KETIKA MINYAK
MASIH ADA
GUNKAN UNTUK
BINA NEGARA
KHALAS
Unknown commented on
"GADUH HAL MINYAK !!!"
Petronas bank negara kroni sejak zaman dahulu kala, kroni ini membantu segolongan anak beranak berkuasa selama lamanya kah kah kah, sumber asli tanah air dibolot oleh sekumpulan manusia atas nama agama bangsa negara mereka sendiri semuanya hak milik mereka lah United Gerombolan Sdn Bhd masih belum lupa kemewahan dahulu kini selamanya amin kah kah kah
PETANG INI
PETANG INI
AWAL PETANG
JAM 4
HUJAN LEBAT
KEMUDIAN BERHENTI
NI JAM 6.30 TURUN KEMBALI
TAPI TAK LEBAT
GUA BASAH MASA
NAK PUALANG
HA HA HA
ADA SEORANG MAT SALEH
BERTEDUH DALAM WAKAF
GUA TANYA DARI MANA
' MET YOU BEFORE...'
HA HA HA
3 TAHUN DULU
SEBELUM KOBID
DIA TERSESAT
GUA TUNJUK JALAN KELUAR
IKUT BELAKANG BANGUNAN MCOBA
KE KL SENTRA
DAI INGAT GUA
DAN
' YOUR DOG... LESS FOOD....'
NASEHAT PADA TAK TAK
YANG GEMUK
GUA TINGGALKAN
MAT GERMAN
SEORANG DIRI BERTEDUH
MENUNNGU SENJA
DALAM HOKKIEN
AMIN
KES ZAHID AMAT PELIK
DAIM DAH
MATI KES TUTUP
AMIN
ZAAHID MASIH IDUP
KENAPA KES TUTUP
KHALAS
Unknown commented on
"MAHKAMAH
BERSIHKAN DAIM ?"
mahkamah tak sempat nak bersihkan sebab pendakwaan tak teruskan kes hingga selesai mcm sakau47 tapi orgnya masih hidup kahkahkah dunia pentas lakonan!!!
TUMPANG KAPAL TERBANG ANWAR IBRAHIM
NAK BERANCUK
PERGILAH KE SIAM
ATAU TUMPANG
KAPAL TERBANG
ANWAR IBRAHIM
KE LUAR NEGARA
KAH KAH KAH
AMIN
MAKLUMAT UNTUK KITA MELALUI INTERNET
COPS29 BINCANG
BERSEMUKA
AMIN
KITA DI LUAR
IKUTI MELALUI
INTERNET
AMIN
TERIMA KASIH
RONALD REAGAN
KHALAS
Unknown commented on
"BANJIR , PLASTIK DAN
TAMAN SRI MUDA"
yang memegang kuasa atau pertubuhan dunia pentas perbincangan terus berbincang2 tak guna internet secara bijaksana untuk kebaikan kesejahteraan umat manusia kahkahkah
BANJIR , PLASTIK DAN TAMAN SRI MUDA
BANJIR, PLASTIK DAN
TAMAN SRI MUDA
Ketika tulisan ini digarap lebih dari 32 ribu orang telah mendaftar untuk menghadiri persidangan COP29 tahun ini. COP ialah Conference of Parties. COP29 ialah Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berlangsung di Baku, Azerbaijan dari 11 hingga 22 November 2024.
Persidangan Perubahan Iklim PBB – COP - berlangsung setiap tahun semenjak tahun 1992. Lembaga ini merupakan satu-satunya forum membuat keputusan pelbagai hala di dunia mengenai perubahan iklim yang membawa bersama-sama hampir setiap negara di Bumi.
Tahun ini wakil dari 198 negara yang telah meratifikasi konvensyen COP hadir. Turut sama di Baku ialah puluhan badan bukan kerajaan (NGO), aktivis iklim dan pakar cerdik pandai ilmuwan dalam bidang iklim. Semua datang untuk mendengar dan membincangkan kedudukan iklim dunia hari ini.
Tahun ini amat menarik kerana untuk pertama kali Taliban menghadiri persidangan iklim PBB sejak mereka mengambil alih Afghanistan pada 2021.
Saya yakin Taliban hadir sama kerana pada 10 Mei 2024, hujan lebat dan banjir kilat telah melanda timur laut Afghanistan. Tanah runtuh dan banjir mengakibatkan 300 nyawa hilang dan lebih 60,000 orang terjejas.
Sebelum persidangan bermula PBB menyatakan pada tahun 2025 Nigeria dengan penduduk berjumlah 223 juta akan berhadapan dengan kekurangan makanan. Di ramal seramai 33 juta warga Nigeria akan dilanda kebuluran.
Panas, banjir, kemarau, tanah runtuh, kebakaran, panen gagal sawah kering kontang dan kebuluran – semua akibat dari pemanasan global.
Di Kanada semenjak tahun 2022 hingga ke tahun ini hutan masih terbakar. Baranya masih menyala. Data menunjukan pada tahun 2023 terdapat 6,551 kelompok hutan terbakar. Kebakaran ini melibatkan 15 juta hektar hutan. Ini satu rekod.
Di Australia saban tahun pihak bomba akan memadamkan 45,000 ke 60,000 kebakaran hutan – apa yang dipanggil bushfire. Pada tahun 2009 di Victoria 173 kematian dan 2000 rumah musnah terbakar. Dari tahun 2023–2024 jumlah hutan terbakar di Australia ialah 144,537,200 hektar.
Di Eropah antara 11 dan 18 September 2024 yang lalu , hujan lebat dan ribut telah melanda bahagian Austria, Poland, Slovakia dan Republik Czech. Pekan dan kampung tenggelam dan ribuan wajib berpindah.
Pada Jun 2024, banjir besar melanda Jerman Selatan, menyebabkan 6 kematian. Banyak rumah dan kereta tenggelam hanyut dan ramai wajib berpindah.
Ketika tulisan ini di garap hujan lebat sedang turun di Sepanyol. Keadaan masih darurat dan berjaga-jaga. Dua minggu dahulu banjir telah melanda wilayah Valencia yang berhadapan dengan Laut Tengah. Lebih dari 214 nyawa hilang. Puluhan masih di cari dalam timbunan lumpur. Ratusan rumah musnah dan ribuan wajib berpindah.
Dunia tersenyum apabila Raja Filipe IV yang datang melawat mangsa banjir telah dimaki hamun oleh penduduk Valencia. Para politikus yang datang bersama Raja telah dibaling dengan lumpur dan batu. Warga amat marah kerana bantuan lambat sampai.
Malah banjir di Valencia ketika ini telah menjadi agenda politik. Pada Sabtu 9 November lalu lebih dari 100,000 warga Valencia telah turun ke jalan raya menuntut kerajaan tempatan meletak jawatan kerana gagal mengatasi masalah banjir. Dalam masa yang sama warga di wilayah Barcelona juga turut berdemo.
Pendedahan kepada bencana telah meningkat dalam beberapa dekad kebelakangan ini di Amerika Latin dan Caribbean. Semua ini didorong oleh kesan perubahan iklim, pemanasan dunia serta kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar.
Saya menulis tulisan ini untuk membawa pencerahan. Untuk kita sesama memahami apa yang umat manusia sedang hadapi.
Bila hujan subuh sampai maka Shah Alam, Kepong, Klang dan jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur di landa banjir kilat. Nama Taman Sri Muda sinonim dengan banjir. Sebut saja banjir warga Kuala Lumpur akan teringat dengan Taman Sri Muda yang berhadapan dengan banjir saban tahun. Ada kala teruk ada kala ringan.
Jangan lupa dengan Banjir Kuning – ini terminologi Orang Kelantan. Banjir besar ini berlaku pada bulan Disember 2014
Banjir Kuning 2014 yang melanda Kelantan - Tumpat, Pasir Mas, Gua Musang dan Kota Bharu - adalah antara yang terburuk dalam sejarah negara. Rumah runtuh, jambatan hanyut, jalan terbarai - kerugian infrastruktur dan aset awam adalah dianggarkan sebanyak RM200 juta. Ini belum termasuk kerugian dialami orang persendirian dan perniagaan.
Semua yang saya tulis ini adalah manifestasi dari perubahan iklim. Dunia kita makin panas. Hari demi hari suhu panas makin meningkat.
Data baru , yang dikeluarkan pada persidangan iklim Cop29 PBB di Azerbaijan, menunjukkan bahawa pelepasan gas karbon dioksida daripada arang batu, minyak dan gas akan meningkat sebanyak 0.8% pada tahun 2024.
Kita – umat manusia seluruh dunia – wajib menurunkan pelepasan gas karbon dioksida ini sebanyak 43% menjelang 2030. Pengurangan ini agar kita ada peluang untuk mengekalkan sasaran penurunan suhu 1.5C.
Kita hanya ada enam tahun – saya ulang – dalam masa 6 tahun ini kita wajib bertindak mengurangkan pelepasan suhu panas. Jika tidak....
Setan Besar yang memanaskan bumi kita hari ini ialah pembakaran fosil – arang batu, minyak petroleum dan gas.
Dunia tempat umat manusia hidup ini dipanaskan oleh perbuatan dan tingkah laku manusia sendiri. Kitalah – manusia – yang sedang membakar dunia kita ini.
Pembakaran fosil yang kita lakukan ini merupakan penyumbang terbesar kepada perubahan iklim global, menyumbang lebih 75 peratus daripada pelepasan gas rumah hijau global dan hampir 90 peratus daripada semua pelepasan karbon dioksida.
Kita sekarang seperti duduk di bawah rumah hijau. Rumah hijau diguna oleh Pak Tani untuk memerangkap cahaya matahari agar sayuran yang di tanam tumbuh subur.
Jika bumi jadi rumah hijau maka umat manusia, tumbuhan dan haiwan akan mati kering.
Rumah hijau lahir apabila gas-gas ini memerangkap haba daripada matahari, menyebabkan planet menjadi panas. Sesetengah gas rumah hijau berlaku secara semula jadi, tetapi aktiviti kita seperti membakar bahan api fosil – minyak kereta - telah meningkatkan jumlah karbon dioksida di atmosfera.
China adalah pencemar iklim terbesar, membentuk hampir 30% daripada pelepasan gas yang menimbulkan rumah hijau.
Sesudah China ialah India, Amerika dan Kesatuan Eropah. Data PBB tahun 2022 menunjukkan negara-negara ini bertanggungjawab melepaskan 89% gas-gas yang memanaskan dunia.
Para ilmuwan alam sekitar, para bijak pandai iklim, para perancang ekonomi dan para aktivis sedang berbincang mengenai masa depan dunia kita di Baku.
COP29 ini pasti akan membincang pertukaran sumber tenaga utama dari minyak petrol dan arang batu kepada tenaga bersih dan boleh diperbaharui. Ini termasuk teknologi seperti tenaga mata hari, angin, ombak, pasang surut dan tenaga wap dari dalam perut bumi.
Kita yang bukan pakar, kita yang bukan arif dalam hal iklim wajib juga menanya diri kita sendiri. Apakah yang boleh kita lakukan dalam masa 6 tahun ini untuk memastikan suhu dunia tidak meledak naik.
Dari apa yang kita semua tahu kerajaan hari ini juga memiliki kesedaran tentang pemanasan global dan malapetaka iklim yang sedang melanda.
Justeru kita ada APBN – Agensi Pengurusan Bencana Negara yang siapa seaga untuk membantu mangsa banjir atau mangsa malapetaka iklim.
Malaysia adalah salah satu negara dalam dunia ini yang ada kementerian khusus untuk alam sekitar. Ini petanda baik.
Kita wajib mengalu-alukan langkah kerajaan untuk menamatkan penggunaan plastik pada tahun 2025 . Ini satu langkah positif. Mengalu-alukan tidak cukup jika kita sebagai warga wajib juga mengubah gaya hidup kita dengan mengurangkan penggunaan plastik.
Pada hemat saya pengumuman kerajaan untuk meninggalkan plastik pada tahun 2025 ini tidak cukup gempak. Kempen anti-plastik wajib di rakyatkan. Merakyatkan kesedaran akan bahaya plastik terhadap alam sekitar untuk saya adalah kempen numero uno – kempen utama.
Kesedaran individu secara organik dalam hal plastik ini penting. Ini kerana setiap hari kita berhadapan dengan plastik. Hidup kita selain dari sedang di bakar oleh rumah hijau kita juga sedang dibungkus oleh plastik.
Melalui kempen tolak plastik ini kita boleh memberi pencerahan tentang alam sekitar dan pemanasan global kepada semua warga - tua muda janda dan dara.
Persidangan COP29 di Baku belum selesai. Kita tunggu apakah yang sedang di rancang.
Pada hemat saya jika dalam masa 6 tahun ini umat manusia gagal untuk memastikan suhu dunia tidak naik maka setiap tahun kita akan membaca Kanada dan Australia terbakar. Setiap tahun kita akan baca tanah runtuh di Afghanistan.
Kita akan melihat gambar-gambar orang Afrika mati kebuluran. Kita akan membaca dan melihat binatang liar di Afrika mati bergelimpangan haus tanpa air.
Saya bukan pembawa berita buruk. Saya juga tidak mahu dilihat sebagai penyebar ayat-ayat setan. Saya menulis ini kerana saya tidak mahu mendengar, membaca dan melihat berita Taman Sri Muda banjir lagi. Amin. ( TT)
TULISAN INI
DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL