Selasa, 26 November 2024

BUKAN MENIRU - SATU KAUM


BUKAN MENIRU

SATU KAUM

KHALAS

Unknown commented on 
"PRESIDEN ZIMBABWE
 MENINGGAL DUNIA"

ini berita lawak
gwa tak pasti yang malaon dari negara ini tiru malaon di zimbabwe atau sebaliknya.
malaon di sini ke sana ke mari tunjuk yang dia lebih islam dari islam itu sendiri walhal semua tahu perangai buruknya

WARGA ASING MATI DALAM TAHANAN !!!



Lelaki warga asing bertindak agresif di KLIA mati dalam tahanan


KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat punca kematian mengejut seorang lelaki warga asing yang sedang dalam tahanan di balai polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu telah ditahan sekitar jam 1.30 tengahari selepas bertindak agresif sewaktu transit di KLIA.

Dia dikatakan sedang dalam perjalanan dari United Kingdom ke Phuket, Thailand.

“Ketika tangkapan dibuat, OKT masih bertindak agresif hingga merosakkan barang-barang milik balai polis malah mengakibatkan kecederaan terhadap dua anggota polis serta seorang polis bantuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, penahanan lelaki itu telah dibuat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 Akta yang sama.

Hussein juga memaklumkan, semasa proses dokunentasi, OKT tidak sedarkan diri dan telah diberikan rawatan awal oleh doktor sebelum disahkan meninggal dunia.

“Bedah siasat telah dijalankan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang semalam. Namun punca kematian belum dikenal pasti dan memerlukan keputusan siasatan makmal.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan diteruskan Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman,” jelasnya.

Pada masa sama katanya, siasatan akan dijalankan daripada pelbagai sudut sebelum diserahkan kepada koroner.

Hussein menjelaskan, kes ini juga akan dirujuk ke Suruhanjaya Bebas Tatakelakukan Polis (IPCC) selaras dengan kehensak Seksyen 26 Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakukan Polis 2022 (Akta839). – 

WOIT

HANYA SATU

NAK TANYA

AMIN

MAMAT NI DARI

NEGARA MANA?

PASAL APA MALU

NAK SEBUT

AMIN

KALAU NIGERIA

KALAU BANGLA

KALAU INDON

KALAU MYAMAR

KALAU INDIA

INI DAH BIASA

MATI

KAH KAH KAH

AWAS

KALAU MAT SALEH

KES INI PASTI

PANJANG

KAH KAH KAH

KHALAS

GAJI 10 RIBU DOLAR SEBULAN - PERLU LULUS HANYA SPM

 


39 warga asing termasuk rakyat Malaysia mangsa pemerdagangan manusia larikan diri dari Myanmar

BANGKOK: Seramai 39 warga asing melarikan diri dari sindiket penipuan dalam talian di Myanmar dan menyeberang sempadan ke Thailand, di mana pihak berkuasa sedang berusaha mengenal pasti mangsa pemerdagangan manusia, kata polis kepada AFP hari ini.

Sindiket penipuan berkembang pesat di kawasan sempadan Myanmar, membabitkan warga asing yang sering diperdagangkan dan dipaksa bekerja, menipu sesama rakyat mereka dalam industri yang menurut penganalisis bernilai berbilion dolar.

Warg asing dari Sri Lanka, Nepal, Malaysia, dan Russia itu menyeberang ke wilayah Tak di Thailand, menurut ketua polis di bandar Mae Sot.

Mereka melarikan diri dari Myawaddy, yang terletak tidak jauh dari sempadan, kata Kolonel Pittayakorn Petcharat kepada AFP.

Myawaddy dikuasai oleh militan yang bersekutu dengan tentera dan juga pusat pengeluaran dadah serta penipuan dalam talian, menurut pemerhati.

Kedutaan Sri Lanka di Bangkok sudah meminta bantuan pihak berkuasa Thailand selepas dimaklumkan bahawa 32 warganya terperangkap di Myanmar, kata Petcharat.

Lima warga Nepal, seorang Malaysia, dan seorang Russia juga berada dalam kumpulan yang melarikan diri dan tiba di Thailand.

AFP sudah menghubungi kedutaan empat negara berkenaan untuk mendapatkan komen.

Kumpulan itu menyeberang ke Thailand malam tadi, kata seorang anggota pasukan keselamatan di Mae Sot yang meminta untuk tidak dikenali ketika bercakap dengan media.

Pegawai imigresen sedang berusaha mengenal pasti kemungkinan mangsa pemerdagangan manusia, kata Petcharat.

Media tempatan Thailand melaporkan bahawa kumpulan itu bertindak balas terhadap iklan di media sosial yang menjanjikan pekerjaan bergaji tinggi tetapi kemudiannya dipaksa bekerja dalam keadaan yang sangat berat di pusat penipuan.

Beberapa pekerja Sri Lanka kemudiannya berjaya menghubungi kedutaan mereka.

Sempadan utara Myanmar dengan China sebelum ini adalah pusat sindiket penipuan dalam talian, yang sering dikendalikan oleh militan yang bersekutu dengan junta yang memerintah.

Namun, serangan besar-besaran oleh pakatan pemberontak etnik pada tahun lalu telah menutup banyak pusat penipuan berkenaan.

Lebih daripada 40,000 orang yang disyaki terbabit dalam penipuan siber di Myanmar telah diserahkan kepada China pada 2023, kata media Beijing tahun ini.

Media tempatan Myanmar melaporkan bahawa ketua penipuan yang melarikan diri dari serangan itu telah membuka pusat penipuan baru di selatan, sepanjang sempadan dengan Thailand.

Pada Disember tahun lalu, ketua junta Myanmar dan pegawai tentera Thailand sudah bersetuju untuk bersama-sama membasmi perjudian dan penipuan dalam talian di kawasan sekitar Myawaddy", menurut media negara Myanmar. - AFP

TAMAK BODOH

GAJI 10 RIBU

DOLAR SEBULAN

AMIN

TAK PERLU IJAZAH

HANYA PERLU

LULUS SPM

KAH KAH KAH

PADAN MUKA

TAK SEDAR DIRI

AMIN

KHALAS


DOKUMEN SULIT !!!


DOKUMEN SULIT

JENG JENG JENG

MAKNANYA ADA  PEGAWAI DALAM
YANG BOCORKAN
ERTINYA RAMAI PEGAWAI KERAJAAN
TIDAK PUAS HATI
TANPA PEGAWAI KERAJAAN INI
MUSTAHIL DOKUMEN INI
DAPAT KITA BACA
KHALAS

INTERNET JADIKAN KITA SEMUA PENGAMAL MEDIA


INTERNET

JADIKAN KITA

PENGAMAL MEDIA

AMIN

Unknown commented on 
"HOT HOT HOT TER KINI 
TER NOW TER HOTT"

CERITA NI
MACAM PERNAH DENGAR

tapi di mana ya?
dengan internet dunia ini jadi kecil.
berita dari england boleh sampai ke tanah melayu sekejap saja.

2tahun lepas kata syarikat swasta tak boleh taja. sekarang lupa dan boleh dia sendiri boleh pula.

lepas itu kena cari idea untuk menipu lagi dan lagi. mungkin dia ingat semua 33juta rakyat ini seperti orang di tambun dan ceruk tokun. bodoh macam pintu. apa yang terbit daripada mulut pembohong maka semua akan angguk belaka. kamu sepatutnya mereput dalam penjara. keluar habis negara ini tunggang langgang.

BERAK DI JALAN SULTAN AZLAN SHAH


GUA  NGAKU BERAK

DI JALAN SULTAN

AZLAN SHAH

KAH KAH KAH

AMIN

Ricesaffron@gmail.com commented on 
"JHO LOW JADI SAKSI -
NAJIB AKAN BEBAS"

TT gua tanya sama lu, Lu berak tepi jalan ada cctv lu mahu mengaku ke?

PAGI INI


PAGI INI

SELASA 26 NOVEMBER 2024
KES KES TERGANTUNG
MAKIN BANYAK
APA DAH JADI

KES SIMBAH ASID
KES PUKUL OKU
KES PEGAWAI TINGGI POLIS 
MINUM KETUM
APA JADI ?

PALING HANGAT
APA JADI DENGAN KES
FASHION VALET
JENG JENG JENG

PALING HANGAT
APA JADI DENGAN KES
RASUAH YB DI SABAH
JENG JENG JENG

NAMPAKNYA SPRM INI
MAKIN JELAS
MAKIN AKTIF
BERGERAK
TAPI HANYA SATENGAH
JALAN
KAH KAH KAH
OTEK OTEK
NAK TUNJUK GEMPAK
KAH KAH KAH

BETUL KE  PEGUAM NEGARA
KITA YANG BARU INI
AMAT BIJAK ?
JENG JENG JENG
KAH KAH KAH

AMERIKA
TRUMP NAK ADAKAN TARIF
PADA CANADA CHINA DAN MEXICO
ERTINYA BARANG IMPOT
DARI NEGARA INI AKAN
DI CUKAI
INI DASAR TRUMP
DULUKAN AMERIKA
TRUMP BUKAK MULUT
TIDAK MOHONG

PAKISTAN
PENUNJUK PERASAAN
PRO IMRAN  KHAN
MULA BERTEMPUR
DENGAN POLIS
SATU TEWAS

ISRAEL
KABINET SETANYAHU 
AKAN BINCANG SAMA ADA
NAK BUAT GENCATAN SENJATA
DENGAN LEBANON
INI KERANA
HIZBULLAH KUTIP
BERBELAS SOLDADU ISREAL
SETIAP HARI

LEBANON
WARTAWAN MATI KENA BOM
BOM INI BUATAN AMERIKA
INI JENAYAH PERANG
KERANA BUNUH WARTAWAN

GERMAN
SENARAI KUBU BAWAH TANAH
DI UMUM PADA RAKYAT
PERSEDIAAN KERANA
SUASANA PERANG

HOKKIEN
PAGI INI BASAH CERAH SEGAR
KL & KL SENTRAL CERAH
MATA HARI DAH KELUAR
CAHAYA LEMBUT
HUJAN KEMARIN BAWA SEJUK

TERKUKUR
BERSUARA DALAM SAWAH RUMPUT
SUARA WARGA ASAL
TERDENGAR JAUH

JALAN PULANG
DI TEPI PAGAR
DENGAR JANTAN BERKOKOK
HA HA HA
PASTI JANTAN YANG SAMA
PAGI PETANG BERKOKOK
DARI WILAYAH
YANG SAMA
KOKOK JANTAN MENJADIKAN
PAGI INI INDAH

BRO
SENYUM
SENYUM PAGI
SELASA

BRO
LU JANGAN KATA
TAK MUNGKIN
SEBELUM LU MENCUBA

BRO
PERJALANAN HIDUP LU
AKAN JADI RINGAN
JIKA LU BERJALAN
TANPA DENDAM DAN MARAH

BRO
JIKA  LU BOSAN
DENGAN WILAYAH ITU
LU PINDAH TEMPAT LAIN
TAK PERLU MERUNGUT
AMIN

LAKUKAN SEKARANG 
LAKUAN HARI INI

SELAMAT BERKERJA