Ahad, 2 Februari 2025

AMERIKA SERANAG SOMALIA

 



Tentera AS lancar serangan udara, gempur pangkalan IS di Somalia - Trump

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) semalam melancarkan serangan udara di Somalia, menyasarkan seorang perancang serangan kanan IS dan beberapa anggota lain dari kumpulan pengganas terbabit.

Presiden AS, Donald Trump, mengesahkan serangan itu membunuh ramai individu dalam kalangan anggota tertinggi IS yang disasarkan.

"Pembunuh berkenaan, yang kami temui bersembunyi dalam gua, mengancam AS dan sekutu kami.

"Serangan ini memusnahkan gua tempat mereka bersembunyi dan membunuh ramai pengganas tanpa menjejaskan orang awam sama sekali," katanya menerusi hantaran di Truth Social.

Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth, pula berkata serangan semalam dilancarkan di Gunung Golis dan penilaian awal menunjukkan ramai militan terbunuh, sambil menambah tiada orang awam tercedera.

Sementara itu, Pejabat Presiden Somalia memberitahu Presidennya, Hassan Sheikh Mohamud, sudah dimaklumkan mengenai serangan udara itu.

Menerusi hantaran di platform X, beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan tidak berbelah bahagi AS dalam perjuangan bersama menentang keganasan.

"Hasil kepimpinan yang berani dan tegas presiden (Trump) dalam usaha melawan keganasan sangat dihargai dan dialu-alukan di Somalia," katanya.

Menteri Penerangan, Mohamud Aidid Dirir, menjelaskan bahawa serangan itu dilakukan di Gunung Cal Miskaad yang menjadi sebahagian daripada banjaran Golis, dengan hanya menyasarkan pangkalan IS.

"Jumlah korban masih tidak diketahui kerana ia berlaku ketika gelap tetapi tentera kami di barisan hadapan dapat mendengar bunyi letupan," katanya.

Menurut Hegseth, serangan itu berjaya melemahkan keupayaan IS untuk merancang dan melancarkan serangan yang berisiko mengancam AS, rakan sekutunya dan orang awam tidak bersalah.

"Ia menghantar isyarat jelas bahawa AS sentias bersedia mencari dan menghapuskan pengganas yang mengancam AS dan sekutu kami, walaupun kami menjalankan perlindungan sempadan yang kukuh dan banyak operasi lain di bawah kepimpinan Presiden Trump," katanya dalam kenyataan.

AS secara berkala melancarkan serangan udara di Somalia sejak bertahun-tahun, tidak kira sama ada negara itu di bawah pentadbiran Republikan ataupun Demokrat. - REUTERS

SOMALIA

NEGARA PALING

MISKIN DALAM

DUNIA DISERANG

OLEH NEGARA

PALING KAYA

KAH KAH KAH

TAPI SOMALIA

TAK SEDAR DIRI

JIHADI  ISIS

ANAK BUAH

AMERIKA

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan