Khamis, 6 Februari 2025

HANYA GARIS PANDUAN





Garis panduan untuk elak fitnah terhadap Islam – Pensyarah

KUALA LUMPUR – Garis Panduan Penglibatan Orang Islam Dalam Majlis Sambutan Perayaan Dan Upacara Kematian Orang Selain Islam Serta Kunjungan Dan Penganjuran Majlis Di Rumah Ibadat Selain Islam bagi mengelakkan fitnah terhadap Islam.

Profesor Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia Prof. Dr. Irwan Mohd Subri berkata, Islam tidak melarang umatnya untuk pergi ke rumah ibadat masyarakat beragama lain dan begitu juga untuk menghadiri sesuatu perayaan bukan Islam.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang berkata, kadangkala terdapat aktiviti yang dihadiri umat Islam boleh mendatangkan fitnah disebabkan tiada garis panduan jelas yang boleh memberi kefahaman kepada umat Islam.

“Kebetulan tadi saya terbaca yang ditimbulkan beberapa pemimpin bukan Islam yang mendakwa hendak menyekat kebebasan umat Islam, takkan nak hadiri kematian kawan bukan Islam pun kena minta izin, bukan macam itu. Itu salah faham.

“Ini (garis panduan) respon kepada beberapa perbuatan atau tindakan sekumpulan umat Islam, pergi ke kuil, ke gereja dan sebagainya. Dia pergi ke kuil dan gereja tak ada masalah, cuma kelihatan seolah-olah keterlibatan dalam unsur agama itu yang kita hendak beri panduan.

“Saya nasihatkan kalau nak buat aktiviti contoh kemasyarakatan, nak bersihkan kuil dan sebagainya kalau dari segi kebersihan itu memang tuntutan Islam, cuma bila kita terlibat pembasuhan rumah ibadat agama lain yang menimbulkan persepsi, persepsi itu yang boleh menjadikan fitnah,” tegasnya.

Katanya, garis panduan terbabit membolehkan umat Islam lebih jelas mengenai budaya, adat atau ibadat bukan Islam ketika menghadiri sesuatu majlis yang dianjurkan supaya tidak melanggar batas agama yang ditetapkan.

Tambah beliau, garis panduan itu juga membolehkan umat Islam lebih memahami mengenai budaya dan agama masyarakat bukan Islam berbilang agama di Malaysia.

“Kalau terlibat dengan majlis yang kelihatan ada percampuran unsur ibadat dengan adat, di situ kita mahu beri panduan kepada umat Islam supaya dia tidak melampaui batas secara tidak sedar.

“Contoh berlaku kematian jiran, kawan-kawan bukan Islam, kalau sekadar hendak ziarah tidak ada masalah.

“Tapi dalam ziarah, contoh diminta buat sesuatu perbuatan, kita tidak tahu rupa-rupanya ia perbuatan agama tersebut. Sebagai kita umat Islam tak bolehlah nak buat,” tegas beliau.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar sebelum inni berkata, garis panduan itu akan menggariskan tentang penglibatan orang Islam dalam sambutan perayaan orang selain Islam.

Tambah Mohd. Na’im, garis panduan itu akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali ke-126 yang dijadualkan pada 25 hingga 27 Februari ini.-

INI  BARU BETUL

WAJIB DISOKONG

AMIN

INI HANYA

GARIS PANDUAN

AMIN

GARIS PANDUAN INI

LU TAK IKUT

 LU

PUNYA PASALLAH

AMIN

LU NAK MAKAN

BABI KE

LU NAK BAKAR

LILIN KE

LU NAK BAKAR

COLOK KE

LU PUNYA SUKA

ITU HAL LU

AMIN

KITA MASUK

KUBUR SORANG

DIRI

BUKAN 

BERKUMPULAN

BUKAN BERPATI

BUKAN BERBANGSA

KAH KAH KAH

JAKIM KE

JAIS KE

JAIK KE

MANUSIA YANG

DIRIKAN

AMIN

JANGAN 

SUSAHKAN

HIDUP INI

AMIN

BIL LETERIK

HARGA MINYAK

NAK NAIK

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan