Selasa, 4 Februari 2025

HARGA LETERI NAIK - JANGAN RISAU



Anwar sahkan kenaikan elektrik tahun ini


Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengesahkan kadar tarif elektrik bakal meningkat, menyifatkannya sesuatu yang harus dilakukan kerajaan, lebih sebulan selepas pengumuman Tenaga Nasional (TNB) mengenainya dikatakan tidak mendapat kelulusan kerajaan.

Menurut Anwar, kenaikan itu tidak akan menjejaskan ekonomi.

"Ia perlu dilakukan.. Harga perlu dinaikkan mengikut kadar semasa," katanya semasa menyampaikan ucapan di majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM).

Sebelum ini, TNB memaklumkan kepada Bursa Malaysia mengenai "perubahan tarif" di Semenanjung Malaysia yang dikatakan telah mendapat kebenaran kerajaan.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof, yang juga menteri peralihan tenaga dan transformasi air, berkata pihaknya tidak dirujuk atau dimaklumkan oleh TNB berhubung tarif baharu itu, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai ketelusan proses pengumuman tersebut.

Terdahulu, Presiden ACCCIM Ng Yih Pying melahirkan kegusaran terhadap pengumuman TNB itu yang menyaksikan peningkatan 14.2% di bawah Regulatory Period 4 antara 2025 sehingga 2027. 

Implementasi tarif baharu itu dijadualkan bermula Julai ini.

Katanya, kenaikan tersebut bakal menyaksikan kesan domino terhadap rantaian bekalan yang akan memberi kesan kepada pengguna.

"Mengambil kira kos operasi tambahan, kami menggesa kerajaan untuk mengekalkan tarif elektrik pada tahap sekarang pada 2025 hingga 2026," katanya.

Anwar yang juga menteri kewangan berkata kenaikan tersebut membolehkan kerajaan menambah baik mutu perkhidmatannya.

"Bagaimana saya menambah baik pendidikan? Bagaimana saya membantu orang miskin? Bagaimana saya menambah baik jalan raya? Bagaimana saya menaik taraf fasiliti perubatan? Ia menerusi sedikit kenaikan cukai," tambah Anwar.

Pada hujung tahun lalu, Anwar ketika ditanya mengenai laporan kenaikan tarif elektrik itu berkata kerajaan tidak akan membenarkan kenaikan tarif elektrik yang menjejaskan orang ramai. 

LIHAT DI SINI

https://www.tiktok.com/@mrbalsemgosok/video/7467257179259571464?_r=1&_t=ZS-8tc7WTcwdjL

WOIT

JANGAN RISAU

LETERIK NAIK

AMIN

ANWAR 

BLACKROCK 

DALAM DUA

MINGGU 

AKAN PANGGIL

TOWKAY LETERIK

DAN AKAN 

PAKASA TURUN

HARGA

AMIN

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

MOHONG

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan