Sabtu, 22 Februari 2025

ISRAEL JUGA ADA ADDENDAM




Netanyahu ikrar balas dendam terhadap Hamas

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menuduh Hamas membunuh dua kanak-kanak Israel di Gaza dan berikrar membalas dendam sekiranya ibu mangsa, Shiri Bibas.

Jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari, berkata hasil analisis forensik menunjukkan Palestin membunuh dua anak Bibas.

Hamas bagaimanapun mendakwa ketiga-tiga beranak itu terbunuh akibat serangan udara Israel pada awal perang.

Keluarga Bibas turut menyalahkan Netanyahu atas tragedi itu, dengan menegaskan mereka tidak akan memaafkannya kerana membiarkan ibu dan anak-anaknya dalam penderitaan.

Meskipun terdapat ketegangan selepas penyerahan mayat, Khamis lalu, pertukaran tebusan antara Israel dan Hamas dijangka berlangsung, hari ini, di bawah perjanjian gencatan senjata yang sedang berjalan.

Hamas sebelum ini mendakwa empat mayat yang dikembalikan termasuk Shiri Bibas dan dua anaknya iaitu, Ariel, 4 dan Kfir, 9 adalah tebusan termuda dalam konflik ini.

Semalam, Israel mengesahkan mayat yang dikembalikan bukan Shiri Bibas dan Netanyahu menuduh Hamas meletakkan mayat seorang wanita Gaza dalam keranda.

Hamas mengakui kemungkinan berlaku kesilapan atau kekeliruan dalam proses itu, yang menurut mereka berpunca daripada pengeboman Israel di kawasan itu.

Netanyahu berjanji untuk memastikan Hamas menerima balasan atas pelanggaran perjanjian itu.

Sebagai tindak balas, Hamas menegaskan komitmennya terhadap perjanjian gencatan senjata dan menafikan mempunyai kepentingan untuk menyembunyikan mana-mana mayat.

Mereka juga meminta Israel memulangkan mayat wanita Gaza yang diserahkan secara salah.

Setiausaha Luar Britain, David Lammy, menuntut supaya mayat Shiri Bibas dikembalikan dan menyifatkan pembunuhan anak-anaknya sebagai "kejam dan menjijikkan."

"Kesemua tebusan mesti dibebaskan. Mimpi ngeri ini perlu dihentikan," katanya.

Sementara itu, pemuzik bernama David Shemer, 72 tahun, berharap Israel tidak bertindak balas dengan lebih banyak keganasan.

"Ada suara yang mahu memusnahkan Gaza sepenuhnya. Bagi saya, itu bukan sahaja tidak wajar, malah tidak bermoral. Dendam adalah naluri manusia, tetapi ia tidak berguna," katanya.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata lalu yang bermula pada 19 Januari dan dijangka tamat awal Mac ini, Hamas menyerahkan mayat wartawan veteran dan aktivis hak Palestin, Oded Lifshitz, yang berusia 83 tahun ketika ditawan.

Setakat ini, perjanjian itu menyaksikan pembebasan 19 tebusan Israel sebagai pertukaran dengan lebih 1,100 tahanan Palestin.

Hamas mengesahkan akan membebaskan enam lagi rakyat Israel hari ini, dalam pertukaran tebusan ketujuh.

Antara tebusan Israel yang akan dibebaskan ialah Eliya Cohen, Tal Shoham, Omer Shem Tov, Omer Wenkert, serta dua tahanan lama – Hisham al-Sayed dan Avera Mengistu – yang ditahan di Gaza selama hampir sedekad.

Menteri Luar Israel, Gideon Saar, berkata rundingan akan bermula minggu ini bagi membincangkan fasa kedua gencatan senjata, dengan harapan untuk mencapai penyelesaian lebih kekal bagi konflik ini.

Namun, Hamas menuduh Netanyahu cuba melengah-lengahkan perjanjian itu.Dalam masa yang sama, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat.



WOIT

BARU JELAS

ADDENDAM INI

PERANGAI 

ZIONIS

AMIN

DI ISREAL ADA

DI MADANI PUN

ADA

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan