Rabu, 12 Februari 2025

KANG KONG TERLIBAT KES RASUAH - DBKL PERLU BERTINDAK



Negeri Sembilan tarik gelaran Datuk bekas Naib Canselor UKM

KUALA LUMPUR- Istana Negeri Sembilan menarik balik gelaran Datuk yang dianugerahkan kepada bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman, berkuatkuasa serta-merta.

Setiausaha Kerajaan Negeri,  Mohd Zafir Ibrahim berkata, ia adalah bagi menuruti titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Mohd Ekhwan menerima anugerah Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) pada 14 Januari 2019.

“Keputusan ini dibuat bagi memelihara kehormatan dan martabat institusi diraja Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 5 Februari, Ketua Polis Selangor,  Hussein Omar Khan, memaklumkan bahawa polis telah mengambil keterangan dua pegawai pengurusan tertinggi sebuah universiti awam tempatan berhubung dakwaan fitnah yang melibatkan Prof Mohd Ekhwan.

Beliau berkata, polis telah menerima dua laporan daripada individu yang terlibat, dan keterangan mereka telah direkodkan bagi membantu siasatan.

Tambahnya, pihak berkaitan lain juga akan dipanggil bagi membantu siasatan, yang dijalankan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum itu, dakwaan mengenai penyalahgunaan kuasa dan salah laku di UKM yang melibatkan Mohd Ekhwan telah tular di media sosial.

Mohd Ekhwan juga telah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Naib Canselor UKM berkuat kuasa pada 2 Februari.

Menteri Pendidikan Tinggi,  Zambry Abd Kadir, mengesahkan telah menerima surat peletakan jawatan Mohd Ekhwan dan memaklumkan bahawa kementerian menerima keputusan tersebut kerana beliau menyatakan hasrat untuk memberi tumpuan kepada perkara lain.- 

KANG KONG

INI TERLIBAT

KES RASUAH

AMIN

APAKAH DAH

DI LAPOR PADA

DBKL

AMIN

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

  1. SPRM buka cawangan di DBKL? SPRM tak cukup kaki dan tangan, sejak madani berkuasa SPRM sibuk sakan, tetapi ramai terlupa pandang LHDN satu lagi aparcik mencari wang untuk berkuasa, dijanjikan bonus berbulan-bulan kah kah kah menekankan semua dengan undang-undang, melepaskan kroni kaum kerabat kah kah kah

    BalasPadam