Khamis, 20 Februari 2025

LEMBU MANDUL TERNAKAN AMERIKA BERKUMPUL




Mesir anjur sidang kemuncak tergempar negara Arab


KAHERAH: Mesir mengesahkan bakal menjadi tuan rumah sidang kemuncak tergempar negara Arab pada 4 Mac bagi membincangkan pelan pemulihan Semenanjung Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin.

Menurut Kementerian Luar Mesir dalam satu kenyataan, sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.


Tarikh baharu ditetapkan dengan kerjasama Bahrain, selaku pengerusi semasa Liga Arab, dan selepas rundingan dengan negara-negara Arab.

Sidang kemuncak itu diadakan susulan cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, untuk mengambil alih Gaza, dengan memindahkan penduduk Palestin di sana ke Jordan atau Mesir.

Pada Ahad, Presiden Mesir Abdel Fattah Al-Sisi mengesahkan negaranya sedang merangka pelan pemulihan Gaza secara menyeluruh tanpa memindahkan rakyat Palestin.

Cadangan Trump untuk memindahkan rakyat Palestin itu ditolak oleh dunia Arab serta banyak negara lain selain dikecam penduduk dunia, yang menyifatkannya sebagai satu bentuk pembersihan etnik.

Idea kontroversi itu muncul di tengah-tengah gencatan senjata yang berkuat kuasa di Gaza sejak 19 Januari.

Usaha itu menghentikan serangan Israel yang telah mengorbankan hampir 48,300 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta memusnahkan wilayah itu. - AGENSI

SEMUA INI

ADALAH LEMBU

MANDUL

AMIN

SEMUA DITERNAK

OLEH AMERIKA

AMIN

SEMUA MAKAN

DI PADANG RUMPUT

AMERIKA

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan