MAHARAJA TRUMP
BOGELKAN
PEMIMPIN EROPAH
Presiden Trump di laporkan akan berangkat ke Saudi Arabia untuk bertemu dengan Putin. Sebelum berita ini dihebohkan pemimpin dan kepala negara Eropah telah jadi kelam kabut. Ini kerana perjumpaan Trump dengan Putin ini ialah untuk membincangkan Perang Ukraine.
Para Presiden dan Perdana Menteri negara Eropah gelabah dan kelam kabut kerana Maharaja Trump telah bertitah : Tamatkan Perang Ukraine.
Maharaja Trump membuat keputusan tanpa rujukan dengan para pemimpin negara-negara Eropah. Justeru Olaf Scholz dari German, Presiden Emmanuel Macron dari Peranchis dan Perdana Menteri Keir Starmer dari United Kingdom menjadi gelabah.
Keadaan kelam kabut ini menjadi krisis kerana titah Maharaja Trump ini berlaku beberapa hari sebelum Perjumpaan Menteri Pertahanan NATO di Belgium dan sebelum Munich Security Conference - Persidangan Keselamatan Munich berjalan di Bavaria German. Dua-dua persidangan ini melibatkan tentera dan senjata dan keselamatan Eropah.
NATO - Perjanjian Atlantik Utara - ini ialah perjanjian ketenteraan dan keselamatan 30 buah negara dari Amerika Utara dan Eropah. NATO di tubuh pada tahun 1949. NATO di kepalai oleh Amerika didirikan dalam suasana Perang Dingin yang mentakrif USSR dan Rusia sebagai musuh. Matlamat asas NATO adalah untuk melindungi kebebasan dan keselamatan Sekutu NATO melalui cara politik dan ketenteraan.
Manakala Munich Security Conference - Persidangan Keselamatan Munich bermula semenjak tahun 1963. Sama seperti NATO ianya juga berlatar belakangkan Perang Dingin. Persidangan ini menjadi forum bebas yang paling penting untuk pertukaran pandangan oleh pembuat keputusan dasar keselamatan antarabangsa. Setiap tahun ia mengumpulkan kira-kira 350 tokoh kanan dari lebih 70 negara di seluruh dunia untuk terlibat dalam perdebatan intensif mengenai cabaran keselamatan semasa dan masa depan.
Ke dua-dua lembaga pertahanan dan keselamatan ini telah tidak di pedulikan oleh Maharaja Trump ketika dia membuat kenyataan untuk menamatkan Perang Ukraine.
Tingkah laku Trump ini sama sahaja apabila dia mengumumkan pada dunia bahawa Amerika akan mengambil alih Gaza. Pengumuman ini dibuat ketika dia duduk bersama Netanyahu menghadapi media di Rumah Putih.
Dari bahasa badan boleh dirumuskan Netanyahu juga terperanjat atas pengumuman Trump ini. Netanyahu tidak tahu menahu projek untuk menjadikan Gaza wilayah pelancongan di Laut Tengah.
Sama seperti pemimpin Eropah pemimpin-pemimpin negara Arab dan negara yang klim negara Islam juga terperanjat sama. Kesampaian Maharaja Trump ke Rumah Putih ini telah memeranjatkan Eropah , Timur Tengah dan dunia.
Kenapa Trump akan bertemu dengan Putin di Saudi Arabia?
Ini menjadi tanda tanya. Kalau hendak berbincang hal Timur Tengah, Palestin atau Gaza maka di Jeddah atau di Riyadh dilihat sebagai tempat yang sesuai. Tetapi ini agenda Perang Ukraine. Ini menjadi pelik.
Dari satu segi semua ini di lihat pelik. Dari segi yang lain Trump dilihat membuat sesuatu untuk memeranjatkan dunia. Malah Maharaja Trump dilihat tidak mempedulikan para diplomat atau para penasihat juah sekali pemimpin negara.
Maharaja Trump melakukan apa yang dia hendak lakukan. Tepuk dada tanya selera. Buka zip buang bra. Inilah dasar Maharaja Trump.
Dari segi fakta sejarah Perang Ukraine ini adalah projek Amerika dan NATO. Dari perancangan strategi Amerika negara Rusia ini wajib di lemahkan. Malah jika boleh negara yang bernama Rusia wajib di pecah-pecah. Justeru Ukraine digunakan sebagai umpan untuk membuka pentas perang.
Perlu di rakamkan disini bahawa Perang Ukraine telah bermula pada tahun 2004 apabila Amerika melalui CIA telah menaja apa yang dipanggil Revolusi Orange. Projek - regime change - ubah rejim - ini telah menjatuhkan kerajaan yang mengajukan dasar berjiran baik dengan Rusia.
Projek CIA ini telah menobatkan kerajaan baru dimana dasar luarnya ialah memusuhi Rusia. Malah rejim baru berhaluan kanan ini telah membantai etnik Rusia yang tinggal di Ukraine.
Warga Rusia di dalam Ukraine telah meminta bantuan Putin. Justeru Putin melancarkan apa yang di kenali sebagai Special Operation – ‘ operasi ketenteraan khas - dimana bala tentera Rusia masuk menyerang Ukraine pada 22 Februari 2022. Tujuan utama ialah untuk menghentikan pembantaian etnik Rusia oleh kumpulan Nazi Azov Brigade.
Pada 24 Februari 2022 Reuters telah melaporkan - Presiden Vladimir Putin membuat "operasi ketenteraan khas" terhadap Ukraine untuk menghapuskan apa yang disebutnya ancaman serius. Juga untuk menjadikan jiran di selatan Rusia sebagai kawan.
Di Amerika Donald Trump melihat Perang Ukraine ini ialah projek Biden. Trump pernah berkata jika dia di Rumah Putih perang ini tidak akan berlaku. Kenyataan Trump ini memiliki asas yang kukuh kerana terbukti ada hubungan perniagaan antara Hunter Biden – anak Presiden - dengan Burisma syarikat Ukraine.
Ketika berdebat di rancangan CNN Mei 2023 Trump telah berkata : “Mereka sedang nazak, Rusia dan Ukraine. Saya mahu mereka berhenti dari mati. Dan saya akan menyelesaikannya - saya akan menyelesaikannya dalam masa 24 jam.”
Justeru apa yang berlaku minggu ini jelas Maharaja Trump mengotakan apa yang dijanjikan ketika berkempen.
Apa yang menakutkan pemimpin Eropah tentang perjumpaan Trump dengan Putin bukan kerana ianya berlaku di Saudi Arabia. Pemimpin Eropah menjadi gementar kerana tidak ada pemimpin Eropah – Olaf, Keir atau Macron yang di jemput hadir bersama.
Malah Presiden Zelensky juga tidak di undang ke Saudi Arabia untuk berbincang rancangan penamatan Perang Ukraine ini.
Akhbar Le Monde dari Paris pada 17 Februari 2025 telah melaporkan Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov berkata bahawa dia tidak melihat alasan untuk orang Eropah mengambil bahagian dalam rundingan gencatan senjata Ukraine, menuduh mereka mahu "meneruskan perang" di Ukraine.
Jelas dilihat bahawa para pemimpin negara-negara Eropah mahu meneruskan Perang Ukraine. Justeru rundingan damai di Saudi Arabia ini mereka tidak perlu hadir untuk buat kacau. Amin.
Sebagai jawapan dalam suasana kelam kabut ini dalam masa 48 jam Presiden Emmanuel Macron telah menjemput para pemimpin Eropah hadir ke Persidangan Tergempar di Paris. Agenda utama untuk membincangkan agenda Perang Ukraine.
Di Paris Perdana Menteri United Kingdom Keir Starmer dengan angkuh telah berkata yang negaranya sanggup menghantar bala tentera ke Ukraine. Ini bertujuan untuk memberi nada keselamatan kepada Ukraine.
Persidangan ini juga disertai oleh Scholz dari Jerman, Meloni dari Itali, Tusk dari Poland, Frederiksen dari Denmark, Sanchez dari Sepanyol, dan Schoof Belanda dan Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen.
Kelihatan semua gedeber dari Eropah bergegas ke Paris. Perdana Menteri Meloni dari Itali sampai lewat dua jam satelah mesyuarat bermula.
Mesyuarat itu akan membincangkan keupayaan pertahanan yang boleh disediakan oleh Eropah untuk memberikan jaminan keselamatan yang boleh dipercayai kepada Ukraine, termasuk rancangan untuk Ukraine diberi keahlian NATO secara automatik sekiranya berlaku pelanggaran gencatan senjata yang jelas oleh Rusia.
Pemimpin Eropah pada hari Isnin 17 Februari 2025 berusaha untuk mengatasi perbezaan antara sesama sendiri. Rundingan tergempar di Paris mencari jawapan dan tindak balas kepada peralihan dasar Amerika yang mengejutkan mengenai Perang Ukraine.
Dasar baru dari Trump ini agak mencurigakan Eropah. Ini bersangkutan dengan dasar Amerika terhadap NATO. Pada kali pertama Trump masuk ke Rumah Putih dia pernah berkata bahawa negara Eropah wajib menambahkan lagi sumbangan dana mereka kepada NATO.
Pada tahun 2006, menteri pertahanan NATO bersetuju untuk memberikan sekurang-kurangnya 2 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) mereka kepada perbelanjaan pertahanan.
Sayangnya pada ketika ini , hanya dua pertiga daripada ahlinya (23 daripada 32) telah memenuhi komitmen ini. Bujet NATO mencecah 1.47 trilion dolar. Dana terbanyak datang dari Amerika. Inilah yang tidak disukai oleh Trump.
Data terkini menunjukkan Amerika telah memberikan bantuan ketenteraan sebanyak $65.9 bilion dolar sejak Rusia masuk menyerang Ukraine. Ini satu jumlah yang besar.
Satu perkara yang menakutkan pemimpin Eropah ialah dasar Maharaja Trump yang mahu berbaik-baik dengan Rusia. Pada ketika ini semenjak Perang Ukraine pelbagai sekatan ekonomi telah di kenakan kepada Rusia.
Sekatan ekonomi ini dilakukan dengan harapan Rusia akan jatuh muflis, tidak ada upaya untuk membuat senjata, Putin akan dihambat oleh rakyat dan Rusia akan terbarai.
Semua harapan NATO dan kuncu-kuncunya meleset. Rusia berdikari. Pengeluaran makanan berterusan. Minyak menjadi bahan eksport utama. Rubel mata wayang Rusia semakin kukuh. Putin menjadi pemimpin Rusia yang paling popular. Amin.
Maka timbul persoalan akhir : Apa akan jadi kepada Presiden Volodymyr Zelensky ?
Lalu sejarah akan dibuka kembali bagaimana Erdorgan dari Turki telah mengadakan rundingan damai pada bulan Mac 2022 antara Ukraine dan Rusia. Rundingan damai ini telah dipersetujui oleh ke dua negara.
Kita tidak tahu berapa ramai pula soldadu Rusia yang gugur.
Apa yang jelas ketika ini Presiden Trump telah membogelkan niat para pemimpin Eropah yang mahu meneruskan perang di Ukraine. Pemimpin Eropah dilihat sebagai batu api.
Apakah pertemuan Trump dan Putin di Saudi Arabia ini akan membuka jalan damai. Sama-masa kita tunggu minggu hadapan. (TT)
TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI. COM









Tiada ulasan:
Catat Ulasan