Khamis, 13 Februari 2025

PERANG GAZA MULA SEKALI LAGI




Israel ancam lancar 'perang baharu' terhadap Hamas, melaksanakan pelan Presiden AS untuk mengusir rakyat Palestin

GAZA: Israel semalam bertindak mengancam untuk melancarkan 'perang baharu' terhadap Hamas dan melaksanakan pelan Presiden Amerika Syarikat (AS) untuk mengusir rakyat Palestin dari Semenanjung Gaza yang kini musnah teruk.

Ugutan itu dibuat sekiranya Hamas tidak membebaskan tebusan pada hujung minggu ini.

Kenyataan oleh Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz itu selepas Hamas menegaskan pihaknya tidak ada tunduk terhadap ancaman AS dan rejim Zionis berhubung pembebasan tebusan di bawah perjanjian gencatan senjata yang rapuh.

Beliau berkata Israel akan meneruskan perang jika Hamas gagal membebaskan tebusan itu pada Sabtu ini.

CUEPACS persoal kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan
"Perang Gaza yang baharu... tidak akan berakhir tanpa kekalahan Hamas dan pembebasan semua tebusan. Ia juga akan membolehkan realisasi visi Presiden AS Trump untuk Gaza," katanya.

Pada hujung minggu ini bakal berlangsung pertukaran tebusan-tahanan keenam seperti dijadualkan, mengikut terma perjanjian berkenaan.

Hamas pula menegaskan yang pihaknya akan menangguhkan urusan pembebasan itu dengan alasan pelanggaran dilakukan oleh Israel.

Beberapa jam kemudian, Presiden AS, Donald Trump masuk campur dengan amaran bahawa 'malapetaka' akan tercetus jika Hamas gagal membebaskan semua tebusan menjelang waktu itu.

Ketika ini, perantara Qatar dan Mesir sedang berusaha untuk menyelamatkan perjanjian gencatan senjata yang berkuatkuasa bulan lalu.

Perkara itu dimaklumkan seorang sumber Palestin dan seorang diplomat yang biasa dengan rundingan itu.

Sementara Hamas memberitahu bahawa perunding utamanya kini berada di Kaherah.

Gencatan senjata itu sebahagian besarnya menghentikan lebih daripada 15 bulan pertempuran dan menyaksikan tebusan Israel dibebaskan dalam jumlah kecil.

Ia sebagai pertukaran untuk rakyat Palestin yang berada dalam tahanan rejim Zionis. Bagaimanapun masih terlalu awal kerana perjanjian itu kini baru berada di fasa pertama selama 42 hari dan ia semakin goyah.

HAMAS

TIDAK  TAKUT

TIDAK

BERGANJAK

AMIN

 ERTINYA

GERILA HAMAS

MASIH KUKUH

PELURU MASIH

MASIH BANYAK

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan