Khamis, 6 Februari 2025

TERIMA KASIH TRUMP




Pembantu Trump pertahan syor ambil alih Gaza dengan sedikit 'pindaan'

KAHERAH: Barisan pembantu kanan kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, tegas mempertahankan cadangan memindahkan rakyat Palestin keluar dari Gaza, tetapi bersedia menarik balik beberapa cadangan awal.

Tindakan itu dibuat susulan kecaman antarabangsa, tetapi mereka kekal mahu AS mengambil alih wilayah yang musnah akibat peperangan itu dan memindahkan penduduk Palestinn keluar dari sana.

Menerusi taklimat di Rumah Putih semalam, Setiausaha Akhbar Trump, Karoline Leavitt, memuji cadangan mengenai Gaza itu, menyifatkannya sebagai pemikiran 'di luar kotak' yang bersejarah.

Bagaimanapun, tegasnya, Trump belum membuat komitmen untuk menghantar tentera AS ke wilayah itu, selain tidak menolak kemungkinan penggunaan tentera AS di Gaza.

Leavitt juga menarik balik kenyataan terdahulu Trump, menyatakan penduduk Gaza perlu dipindahkan secara tetap ke negara jiran, sebaliknya menegaskan mereka hanya dipindahkan sementara proses pembinaan semula dilakukan.

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, pula berkata idea yang dikemukakan ialah supaya penduduk Gaza meninggalkan wilayah itu sementara proses pembinaan semula dan kerja membersihkan runtuhan dilakukan.

Bagimanapun, tidak jelas sama ada Trump akan meneruskan cadangannya atau tidak, selaras imej beliau sebagai perunding yang licik yang sekadar mengemukakan pendirian keterlaluan sebagai taktik rundingan.

Penggal pertamanya sebelum ini banyak dibayangi kenyataan dasar luar yang dianggap melampau oleh pengkritik, namun kebanyakannya tidak pernah dilaksanakan.

Semalam, Trump dilaporkan menerima kecaman daripada kuasa dunia seperti Russia, China dan Jerman, menyatakan cadangan itu akan mencetuskan 'penderitaan dan kebencian baharu', selain kuasa serantau, Arab Saudi, turut menolak cadangan dikemukakan AS itu.

Trump, yang kurang dua minggu dilantik ke jawatan itu, mengubah dasar AS yang diguna pakai selama beberapa dekad dengan satu pengumuman yang agak samar, kelmarin.

Beliau menyatakan visinya untuk menjadikan Gaza sebagai 'Riviera Asia Barat', dengan masyarakat antarabangsa boleh hidup bersama.

Wawasannya itu dibuat selepas Gaza musnah sama sekali akibat pengeboman hampir 16 bulan oleh rejim Zionis, yang mengorbankan lebih 47,000 orang, berdasarkan angka Palestin.

Sementara itu, menantu yang juga bekas pembantu Trump, Jared Kushner, tahun lalu menggambarkan Gaza sebagai kawasan hartanah tepi laut yang bernilai.

Trump kelmarin, membuat dakwaan sama ketika menggesa penempatan semula secara tetap bagi lebih dua juta penduduk Palestin dari wilayah itu.

Mengulas visi Trump itu, beberapa pakar berkata, syor terbabit mungkin melanggar undang-undang antarabangsa, manakala segelintir lagi menyifatkan ia tidak boleh dilaksanakan dan pejuang hak asasi manusia menegaskan ia sama seperti 'pembersihan etnik'. - REUTERS



TERIMA KASIH

PADA TRUMP

AMIN

BERI KESEDARAN

PADA SEMUA ARAB

PADA SEMUA YG

KLIM ISLAM

AMIN

TRUMP BOGELKAN

SEMUA PEMIMPIN

ARAB DAN ISLAM

YANG JADI BARUA

BUDAK AMERIKA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan