Sabtu, 15 Februari 2025

TRUMP DAN PUTIN KE SAUDI - BUKAN NAIK HAJI


AS, Ukraine, Russia akan bertemu di Arab Saudi minggu depan - Trump

WASHINGTON: Pegawai tertinggi dari Amerika Syarikat (AS), Ukraine dan Russia akan mengadakan pertemuan minggu depan di Arab Saudi bagi membincangkan usaha menamatkan perang Kremlin ke atas jirannya di Eropah timur, kata Presiden AS, Donald Trump pada Khamis.

Anadolu Agency (AA) melaporkan bahawa Trump berkata, pemimpin negara terbabit tidak akan menghadiri rundingan itu, sebaliknya menghantar wakil kanan untuk menjalankan rundingan.

Beliau berkata perbualan telefon "sangat baik" dengan Presiden Russia, Vladimir Putin pada Rabu "memberikan kemajuan besar ke arah penyelesaian perang yang dahsyat ini, yang mengorbankan begitu ramai nyawa, terutamanya anggota tentera di medan perang."

"Kita akan melihat sama ada kita boleh menamatkan perang itu. Perang ini sangat dahsyat. Ia perang yang ganas dan berdarah. Kita mahu menamatkannya," kata Trump ketika menjadi tuan rumah kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Beberapa jam sebelum itu, Trump menyatakan bahawa beliau mempercayai Putin dan percaya pemimpin Russia itu mahukan keamanan dengan Ukraine.

"Saya percaya Presiden Putin. Ketika saya bercakap dengannya semalam, saya sangat mengenalinya. Ya, saya fikir dia mahukan keamanan. Saya fikir dia akan berterus terang dengan saya jika sebaliknya," katanya.

Kenyataannya dibuat sehari selepas beliau mengadakan perbualan telefon berasingan dengan Putin dan rakan sejawatnya dari Ukraine Volodymyr Zelenskyy, bagi membincangkan usaha menamatkan perang Russia-Ukraine.


 KENAPA

TRUMP AJAK

PUTIN JUMPA

DI SAUDI ?

AMIN

BUKAN NAK

NAIK HAJI

KAH KAH KAH

TRUMP ADA

RANCANGAN NAK

BAWA NETANYAHU

KE MEKAH

JUMPA

MBS

AMIN

TAK CAYA SILA

TUNGGU

KAH KAH KAH 

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan