Isnin, 17 Februari 2025

ZIONIS ISRAEL DI BERI AMARAN



Ketua Hizbullah tegas Israel perlu berundur sepenuhnya dari Lubnan esok

BEIRUT: Ketua kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah, menegaskan tentera Israel perlu berundur sepenuhnya dari wilayah Lubnan sebelum tarikh akhir esok dan 'tiada alasan' untuk tenteranya kekal berada di mana-mana pos kawalan di selatan Lubnan.

Di bawah perjanjian gencatan senjata yang diselaraskan oleh Washington pada November lalu, tentera Israel diberikan tempoh 60 hari untuk berundur dari selatan Lubnan, di mana mereka melancarkan serangan darat terhadap pejuang Hizbullah yang disokong Iran sejak awal Oktober.

Tarikh akhir itu kemudian dilanjutkan ke 18 Februari, tetapi menurut sumber yang dipetik oleh Reuters minggu lalu, tentera Israel meminta untuk mengekalkan pasukannya di lima pos kawalan di selatan Lubnan tetapi ditolak.

Dalam rakaman ucapan yang disiarkan secara di televisyen, Setiausaha Agung Hizbullah, Naim Qassem, menegaskan Israel perlu berundur sepenuhnya esok.

"Mereka tidak boleh lagi mengemukakan sebarang alasan, tiada dibenarkan berada di lima pos kawalan atau permintaan lain… ini termaktub dalam perjanjian," katanya.

Qassem menegaskan mana-mana tentera Israel yang masih berada di tanah Lubnan selepas esok dianggap sebagai tentera penjajah.

"Semua orang tahu bagaimana kita berurusan dengan penjajah," katanya tanpa memberikan butiran jelas tindakan kumpulannya meneruskan semula serangan terhadap Israel.

Rabu lalu, stesen penyiar awam Israel melaporkan Amerika Syarikat (AS) membenarkan 'kehadiran jangka panjang' tentera Israel di selatan Lubnan.

Semasa siaran ucapan Naim, sekurang-kurangnya tiga serangan udara Israel membedil Lembah Bekaa di timur Lubnan.

Tentera Israel menyatakan mereka melancarkan serangan selepas mengenal pasti aktiviti Hizbullah di lokasi yang menyimpan pelancar roket dan senjata lain.

Naim turut menggesa kerajaan Lubnan supaya mempertimbangkan semula larangan terhadap penerbangan Iran mendarat di Beirut.

Pihak berkuasa Lubnan melarang operasi penerbangan itu sehingga esok susulan Israel mendakwa Tehran menggunakan pesawat komersial untuk menyeludup wang tunai ke Beirut bagi membiayai kegiatan Hizbullah.

Larangan itu menyebabkan puluhan warga Lubnan terkandas di Iran, di mana mereka berada dalam perjalanan menunaikan ibadah dan merancang untuk pulang melalui penerbangan Mahan Air milik Iran.

Lubnan menghantar dua pesawatnya sendiri untuk membawa mereka pulang, tetapi Iran menghalang pesawat itu dari mendarat di Tehran.

Sabtu lalu, Hizbullah menganjurkan protes di luar lapangan terbang Beirut di mana penyokongnya ditembak dengan gas pemedih mata oleh tentera Lubnan.

Qassem menyifatkan larangan Lubnan terhadap penerbangan Iran sebagai 'pelaksanaan arahan Israel'.

"Biarkan pesawat itu mendarat dan kita akan lihat apa tindakan Israel," katanya. - REUTERS

ESOK ZIONIS

WAJIB UNDUR

DARI LEBANON

AMIN

AMARAN INI

 DARI HIZBULLAH

AMIN

AMARAN DATANG

DENGAN

SENAPANG PISTOL

BOM  DRONE &

PELURU BERPANDU

AMIN

JANGAN MARAH

JIKA MAUT

SAMPAI

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan