Rabu, 30 April 2025

BERITA BAIK UNTUK HASUT RAKYAT BENCI MADANON


Harga roti canai, nasi lemak, sate naik dua kali ganda -DOSM


KUALA LUMPUR – Harga makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti roti canai, nasi lemak dan sate telah meningkat hampir dua kali sejak 13 tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam laporannya bertajuk Analisis Indeks Harga Pengguna (IHP) Tahunan 2024 memaparkan harga roti canai meningkat 71.1 peratus daripada purata harga 90 sen sekeping pada 2011 kepada RM1.54 pada 2024 manakala harga nasi lemak naik 81.3 peratus daripada RM2.03 sepinggan kepada RM3.68 pada 2024.

Harga sate ayam pula telah meningkat lebih dua kali, melonjak sebanyak 113.7 peratus daripada 51 sen secucuk pada 2011 kepada RM1.09 tahun lepas.

Laporan itu antara lainnya turut memaklumkan bagi perbandingan tempoh yang sama, bawang besar yang diimport dari India turut mencatat peningkatan ketara 139.4 peratus daripada RM2.89 kepada RM6.92 sekilogram.

Bahan keperluan harian lain yang turut dianalisis dalam laporan itu menyaksikan harga santan segar meningkat daripada RM7.39 sekilogram pada 2011 kepada RM11.54 pada 2024 manakala kelapa parut naik daripada RM5.18 sekilogram pada 2011 kepada RM8.33 tahun lepas.

Sementara itu, dalam tempoh antara 2011 dan 2024, daging lembu tempatan meningkat hampir dua kali  daripada RM19.05 kepada RM37.84 sekilogram.

Bagaimanapun kerang menunjukkan peningkatan harga paling ketara dengan lonjakan 400.3 peratus, daripada RM3.04 kepada RM15.21 sekilogram.

DOSM hari ini melaporkan inflasi Malaysia meningkat dengan kadar perlahan 1.8 peratus pada 2024 daripada 2.5 peratus pada 2023 dengan mata indeks mencatatkan 132.8 berbanding 130.4 pada tahun sebelumnya.

Menurutnya, berdasarkan data Tinjauan Ekonomi Dunia Tabung Kewangan Antarabangsa bagi April 2025, inflasi negara adalah selari dengan kadar inflasi global sebanyak 5.7 peratus pada 2024, lebih perlahan berbanding 6.6 peratus yang direkodkan pada 2023.

INI BERITA

BAIK UNTUK

HASUT 

ORANG RAMAI

BENCI MADANON

AMIN

HARGA BARANG 

NAIK  JADI UMPAN

 HASUT RAKYAT

AMIN

INI MACAM JUAL

PELAMPONG BILA

KAPAL NAK KARAM

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan