PAGI INI
JUMAAT 25 APRIL 2025
RAYA MASIH DI RAYAKAN
APAKAH INI MINGGU AKHIR BERAYA?
WOIT
POSO SEBULAN
RAYA SETAHUN
POPE FRANCIS
Esok Pope Francis akan di kebumikan. Ramai pemimpin dunia akan hadir untuk ucap selamat jalan.
Pope Francis cukup popular kerana :
PERTAMA : Menyokong gulungan tertindas
KEDUA : Menyokong orang pelarian
KETIGA : Menyokong perjuangan Palestin.
KE EMPAT : Tentang LGBT – Pope Francis berkata; Siapa lah dia untuk menghakim...
...WHO AM I TO JUDGE...
Berita telah tersebar bahawa sebelum dia kurang sihat saban malam dia menalipon Paderi di Gaza bertanya khabar. Ini kerana dia menunjukkan simpati pada yang ditindas. Bukan hanya kepada yang beragama Kristian tapi kepada semua Palestin.
Pasti Pope Francis kecewa bila berbapa buah GEREJA paling tua dalam dunia di musnah oleh Zionis Israel Blackrock.
Dunia menunggu sapa akan jadi pengganti. Kumpulan dan garis konservatif tidak mahu garis dan cara Pope Francis ini di teruskan. Mereka pasti mahu menghalang penerusan cita-cita dan perjuangan Pope Francis. AMIN
AMERIKA
Presiden Trump akan datang ke Rome untuk hadir ke upacara pengebumian Pope Francis.
INDIA
Negara ini batak perjanjian air dengan Pakistan. Ini kerana kerajaan India marah dan menuduh Pakistan terlibat dalam kes tembak mati 26 pelancong di Kashmir.
TURKI
Gempa bumi berlaku di Istambul sekalai lagi. Seramai 236 cedera.
SWITZERLAND
Pemula World Economic Forum Klaus Schwab telah di gugurkan dan di ganti. Ada tuduhan salah gua kuasa kepada kepala NGO yang terkenal ini.
SEPANYOL
Negara ini batal penjualan senjata berjumlah 6.6 juta pound kepada Zionis Israel. Ini kerana bantahan dari orang ramai.
BRAZIL
Pekerja ladang kopi di Brazil saman Starbuck. Mereka dijadikan seperti hamba abdi oleh syarikat ini.
CARLIFORNIA
Ekonomi negeri ini kini mengatasi ekonomi Jepun. Menjadikan Carlifornia wilayah ke tiga dalam tahap ekonomi dunia sesudah Amerika dan China.
HOKKIEN
Pagi ini cegar segar. Matahari dah keluar. KL & KL Sentral berkabus nipis. Langir biru indah. Gua terasa panas di pipi.
Ha ha.. Tekukur dan Tiong riuh. Cengkerik juga bersimponi. Tapi paling kuat ialah suara Warga asal – ha ha ada TIGA KUMPULAN – bila kami melintas – lepas satu satu mereka menyalak. Suara lain tenggelam.
Hari ini pasti panas. Jika petang hujan malam jadi sejuk. Nampaknya cuaca bulan April masih tak menentu.
Kesian WARGA SERI MUDA – bila hujan turun dada berdebar-debar – Gua rasa SEMUA WAJIB PINDAH – Sapa pemaju kawasan ini ? Jeng jeng jeng. Macam projek perumahn tiou rakyat !!!
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI JUMAAT
Dari Perancis ke gunung daik
Ambil kapas buat benang
Pope Francis orang yang baik
Telah wafat tetap di kenang
Anak gadis rambut berdandan
S M Salim membuka peti
Orang baik jadi teladan
Bukan menghakim sesuka hati
LAKU KAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT

Sejak keluar result SPM ramai post kejayaan di media sosial, terbaik berpuluh-puluh A+, tetapi satu saja nak cakap kualiti manusia zaman sekarang ini ada tak? Kalau setakat A+ berpuluh jenama manusia tidak berkualiti pun susah juga TT. Tahniah kepada semua yang berjaya manakala jangan lupa manusia Gred B dan ke bawah kah kah kah
BalasPadamTony Loke, tolong update KLIA Aerotrain .
BalasPadam