PAGI INI
PAGI NI
SENIN 28 APRIL 2025
BULAN SHAWAL ADA LAGI KE?
PENIPUAN DI INTERNET
Tipu dan scam makin menjadi-jadi. Saban hari kita terbaca kes tipu berlaku. Malah pasti kita ada kenal sosok yang jadi mangsa scam. Gua sendiri ada kenal dua kawan rapat yang kena scam.
KENAPA KENA SCAM ?
Melabur. Mencari kekasih. Nak cepat kaya. Dan tidak meneliti iklan yang di baca. Juga mungkin TIDAK arif dalam hal ehwal komputer Internet – terusik dan tercolek – tertekan dan TERTIPU.
JALAN NAK SELESAI
Media kita – radio TV akhbar wajib terus menerus hebohkan berita SCAM Heboh lebih HEBOH dari JOM HEBOH.
Media sosial juga wajib main peranan sama untuk HEBOHKAN berita ini.
HUKUMAN BERAT untuk menipu di Internet – ROTAN SEBAT DAN PENJARA MINIMA 5 TAHUN.
TIPU JUAL TIKET SYURGA
Kes ini juga makin menjadi jadi- Ini hanya scam kepada Melayu/ Islam. Nak pergi Mekah kena tipu. Makin kerap berlaku.
HUKUMAN : wajib sama seperti SCAM INTERNET. Amin
CHINA MERAH
Negara ini mula kacau Filipina, Klim wilayah Filipina sebagai wilayah Chua Merah. Keadaan tegang.
ROME
Beribu mula beratur nak lawat makam Pope Francis yang baru di kebumi.
AMERIKA
Trump kecewa dengan Putin kerana Rusia terus menyerang Ukraine.
KOREA UTARA
Secara resmi Korea Utara akui telah hantar soldadu ke Rusia untuk sokong Putin. Soldadu Korea kini sama berperang di Ukraine.
INDIA-PAKISTAN
Soldadu dua negara ini mula tembak menembak. Apalah perang akan pecah atau hanya auta keling?
HOKKIEN
Pagi ini mendung. Langit pucat gelap. Matahari tidak kelihatan. KL &KL Sentral berkabus. Ujan kemarin.
Pagi sejuk ini How Wow bersuara dari pokok tinggi. Yang lain senyap kerana cuaca dak molek. Tapi Warga Asal tetap menyalak.
Gua rasa matahari akan sampai. Mungkin lambat.
Ketika gua mengetik di hutan hadapan flet jantan berkokok. Jantan muda suara tidak merdu. AMIN
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI SENIN
Wangilah bunga tepi kolam
Banyak kumbang ikut menyeri
Jika suka merayap malam
Kerja tak siapa beban dicari
Wakil udang kepada belida
Wakil belida kepada buntal
Cerai laki jadi janda
Cari Mat Kulup jadi bantal.
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERKERJA

fesbuk gugel tiktok telegram...banyak approve iklan scam iklan pelaburan iklan judi iklan mencari cinta... kenapa skmm tak pantau.. yang deme pantau rakyat yang bersuara habis kena sekat... kah kah kah
BalasPadam