Selasa, 29 April 2025

PROJEK TIPU MELAYU


Senarai individu terbabit kes ceroboh tanah di Raub sedang dikesan – Azam

PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),  Azam Baki mengesahkan pihaknya telah mengenal pasti senarai individu yang terbabit dalam kes pencerobohan tanah di Raub, Pahang.

Menurut beliau, pegawai penyiasat SPRM ketika ini giat mengesan individu itu termasuk pegawai kerajaan yang berkhidmat di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) serta pejabat daerah termasuk mereka yang sudah berpencen.

Beliau bagaimanapun memberitahu, tiada tangkapan dibuat setakat ini kerana proses siasatan yang dibuat perlu adil.

“Kita ada dalam senarai dan kalau lebih kurang 10 tahun sudah tentu pegawai berkenaan ada yang sudah berpencen dan sebagainya.

“Jadi ini menjadi satu cabaran juga kepada pegawai penyiasat saya untuk buat ‘tracing’ dan semak latar belakang siapa yang bertugas ketika itu, akan ambil masa sedikit terutama kepada mereka yang meneroka dan bagaimana mereka melakukannya.

“Keadilan dalam proses siasatan ini adalah penting,” katanya kepada media selepas merasmikan Southeast Asia Anti-Corruption Conference di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.


Turut hadir, Presiden Kesatuan Antirasuah Asia Tenggara (Sea Actions),  Kassim Mohamed dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Persidangan yang juga Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia (IIM),  Mustafar Ali.

Minggu lalu, Azam memberitahu SPRM telah membuka semula kertas siasatan berhubung pencerobohan hutan simpan di Raub, Pahang yang mendapat perhatian masyarakat, baru-baru ini.

Beliau berkata, siasatan terdahulu yang dibuka pada tahun 2021 kini disambung semula dengan tumpuan khusus terhadap beberapa aspek.

Ini termasuk berkaitan tatakelola dan unsur rasuah yang berkemungkinan wujud membabitkan penerokaan haram yang masih berlaku sehingga kini.

Isu penerokaan tanah haram di Raub kembali menjadi tumpuan selepas laporan media dan aduan penduduk tempatan mendakwa wujud kegiatan pencerobohan dan pembalakan tanpa lesen di kawasan tanah kerajaan serta hutan simpan. – 

KITA TUNGGU

APAKAH AKAN

ADA TANGKAPAN

DAKWAAN

AMIN

ATAU HANYA

KELENTONG

NAK TIPU

MELAYU

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

  1. Terpaling hebat terpaling ramai terpaling cemerlang rasuah komisen tipu curi rompak dikenali kah kah kah jadi tipu pun kena tipu sendiri supaya seluruh dunia telah mengetahui siapa yang tertinggi kah kah kah bukan Yahudi bukan DAP bukan orang biasa bukan orang luar bukan pendatang tetapi anak jati dengan agenda bangsa agama ketuanan amin kah kah kah

    BalasPadam
  2. atau blog tt tak leh d biarkan bersiaran kah kah kah jgn marah

    BalasPadam