Sabtu, 31 Mei 2025

AWAS ! AYAH MAK DAN ANAK SEDANG MERANCANG


PH Selangor mahu Amirudin kekal MB

PH Selangor menyatakan sokongan penuh terhadap Amirudin Shari untuk terus kekal sebagai menteri besar di tengah-tengah spekulasi kemungkinan berlaku rombakan kabinet.

Dalam satu kenyataan bersama, pemimpin PKR, DAP dan Amanah menegaskan bahawa kepimpinan Amirudin amat diperlukan bagi memperkukuh kerjasama bersama BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Pengalaman dan kepimpinan beliau adalah kunci kepada kesepaduan yang telah dibentuk sehingga membawa kepada kemenangan serta pembentukan Kerajaan Perpaduan di Selangor pada pilihan raya negeri yang lalu.

"Selaku seorang pentadbir yang berpengalaman, kami juga berpandangan khidmat Amirudin Shari turut diperlukan di Selangor bagi membantu memastikan Selangor terus kekal menjadi gedung ekonomi negara, sekali gus menjayakan agenda Malaysia Madani yang digagaskan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim," kata mereka.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Borhan Aman Shah; Pengerusi DAP Selangor, Ng Sze Han, dan Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim.

Sokongan ini dinyatakan di tengah-tengah spekulasi bahawa Amirudin akan mengisi jawatan di peringkat persekutuan, susulan tindakan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad meletakkan jawatan daripada kabinet.

Spekulasi itu diperkuatkan lagi dengan tindakan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengumumkan keluar Umno untuk menyertai PKR.

Bagaimanapun, Amirudin semalam menepis khabar angin dia akan melepaskan jawatan bagi memberi laluan kepada Tengku Zafrul mengambil alih tampuk pentadbiran negeri.

Dalam pemilihan PKR baru-baru ini, Amirudin berjaya meraih undi tertinggi dalam kalangan empat naib presiden yang dipilih.

Namun Ahli Parlimen Gombak itu menyatakan hasrat untuk kekal sebagai Menteri Besar sehingga tamat penggal pada 2028, dengan merujuk titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu perpaduan dan kestabilan di negeri itu dikekalkan.

AWAS !!!

PKR SELANGOR

AMIN

AYAH MAK ANAK

SEDANG

MERANCANG

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan