Selasa, 27 Mei 2025

AWAS !!! PENIPU DI MEKAH




Polis Makkah tahan 4 individu lakukan penipuan pakej haji palsu


MAKKAH: Polis Makkah menahan empat individu kerana melakukan penipuan berkaitan ibadah haji dalam talian.

Dalam kes pertama, pihak keselamatan itu menahan dua warga Indonesia yang didakwa melakukan penipuan dengan memuat naik iklan palsu berkaitan kempen haji di media sosial serta menjanjikan penginapan dan pengangkutan di kawasan suci berkenaan.

Bagi kes berasingan, dua warga Kyrgyztan turut ditahan kerana menyasarkan pemegang visa ziarah menerusi iklan penipuan yang mendakwa mereka boleh menunaikan haji tanpa permit.

Menurut laporan Agensi Berita Saudi (SPA) semalam, suspek membawa seramai 87 pemegang visa ziarah dan menempatkan mereka di dua lokasi sewaan di Makkah dengan bayaran tertentu.

Semua suspek sudah dikenakan tindakan undang-undang dan dirujuk kepada Pendakwa Raya Awam, manakala pelanggar visa turut diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan sewajarnya.

Jabatan Keselamatan Awam Arab Saudi turut menggesa semua warga asing dan penduduknya yang berada di Makkah dan Madinah untuk mematuhi peraturan haji serta melaporkan sebarang pelanggaran dengan menghubungi 911 bagi kawasan Makkah, Riyadh, Madinah dan Wilayah Timur atau 999 bagi kawasan lain.

Sementara itu, laporan SPA turut melaporkan pasukan keselamatan haji di pintu masuk Makkah turut menahan tujuh penduduk dan lapan warga asing yang membawa masuk 61 individu tanpa permit.

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengeluarkan keputusan pentadbiran terhadap semua pihak terbabit termasuk pemandu, individu yang membantu serta jemaah tanpa permit.

Hukuman yang dikenakan merangkumi penjara, denda sehingga SR100,000 (RM125,000), penyiaran nama di khalayak, pengusiran penduduk asing serta larangan masuk semula ke Arab Saudi selama 10 tahun selepas hukuman dijalankan.

Pihak kementerian turut menyeru supaya kenderaan yang digunakan untuk membawa jemaah tanpa permit dirampas, manakala individu yang cuba menunaikan haji tanpa kebenaran boleh dikenakan denda sehingga SR20,000 (RM25,000).

Orang ramai diingatkan untuk mematuhi sepenuhnya peraturan haji bagi menjamin keselamatan semua jemaah kerana memasuki Mekah tanpa permit haji dari 29 April hingga 10 Jun adalah dilarang.

Dalam pada itu, Pihak Berkuasa Makanan dan Ubat-Ubatan Saudi (SFDA) meneruskan kempen pemeriksaan proaktif sempena musim haji tahun ini.

Setakat ini, sebanyak 1,329 lawatan pemeriksaan sudah dijalankan terhadap tempat penyimpanan makanan, ubat-ubatan dan peralatan perubatan di Mekah dan Madinah.

Hasil pemeriksaan mendapati beberapa premis melanggar keperluan teknikal yang diluluskan, sekali gus membawa kepada penutupan 44 tempat penyimpanan dan pengeluaran 349 notis pelanggaran.

Bagi meningkatkan kesedaran, SFDA melancarkan kempen pelbagai bahasa merangkumi pengedaran risalah mengenai keperluan pengendalian produk.

Kempen itu bertujuan mempertingkat pematuhan serta keselamatan premis yang berkhidmat untuk jemaah haji.

Pihak berkuasa itu turut mempergiat usaha setiap musim haji bagi memastikan makanan, ubat dan produk perubatan mematuhi piawaian keselamatan demi melindungi kesihatan dan kebajikan jemaah. – AGENSI

WOIT

BUKAN MUDAH

NAK DAPAT

BIDADARI

KAH KAH KAH

RAMAI KENA

TIPU

KAH KAH KAH

DI MEKAH PUN

ADA PENIPU JUAL

HARAPAN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan