Isnin, 19 Mei 2025

DI PENJARA BUKAN KERANA RASUAH



Bekas PM Tunisia dihukum penjara 34 tahun

ISTANBUL/ANKARA: Bekas Perdana Menteri Tunisia merangkap Timbalan Ketua Pergerakan Ennahda, Ali Laarayedh dijatuhi hukuman penjara 34 tahun atas pertuduhan berkaitan keganasan, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik laporan media pada Sabtu.

Agensi berita rasmi Tunisia, TAP, yang memetik sumber kehakiman melaporkan bahawa Laarayedh bersama lapan tertuduh lain didakwa atas kesalahan membantu penubuhan kumpulan pengganas, menyertai kumpulan berkenaan dalam negara serta memudahkan perjalanan belia Tunisia ke luar negara untuk menyertai kumpulan pengganas.

Kes berkenaan dikenali sebagai "perbicaraan pemerdagangan manusia."

Kesemua tertuduh dijatuhi hukuman penjara antara 18 hingga 36 tahun kerana didakwa memperdagangkan individu ke wilayah yang dikuasai kumpulan pengganas Daesh. – BERNAMA-ANADOLU


NAJIB MASUK

PENJARA KERANA

RASUAH

AMIN

ALI LAARAYEDH

DIPENJARA KERANA

BERJUANG UNTUK

KEADILAN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan