IRAN AKAN
DISERANG?
Ketika tulisan ini di garap Zionis Israel terus menyerang Gaza. Perjanjian gencatan senjata Fasa Ke Dua telah tamat. Angka kematian yang di umumkan oleh Kementerian Kesihatan Gaza berakhir bulan April ini ialah 52,000 orang. Gencatan senjata Fasa Ke Tiga masih tidak kelihatan.
Apa sebenarnya perancangan Zionis Israel ini terhadap Palestin ?
Pada satu ketika dulu dunia Arab bangga dengan Mesir. Bani Arab bangga dengan anak watan bernama Gamal Abdel Nasser. Mesir di lihat sebagai pemimpin bumi Arab.
Sebagai Presiden Gamal Abdel Nasser memilik negara kan Syarikat Terusan Suez pada 26 Julai 1956. Tindakan ini dikenali sebagai krisis Terusan Suez yang menjemput perang.
Sebagai tindak balas, Israel menyerang pada akhir bulan Oktober 1956 , dan tentera British dan Perancis mendarat pada awal November, menduduki zon terusan. Perang Suez pecah.
Tetapi Soviet Rusia, Amerika dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi tekanan kuat. Amerika pada ketika itu tidak menyokong tindakan Britain dan Perancis. Maka pada bulan Disember perang di hentikan. Zionis Israel undur pada bulan Mac 1957.
Terusan Suez menjadi milik Mesir.
Keberanian Nasser merampas Suez membakar semangat nasionalisma Arab. Semangat dari Mesir ini merebak ke Syria dan Iraq. Nasser menjadi contoh ikutan watan Arab. Di Syria muncul Hafiz al-Assad. Di Iraq muncul Ahmad Hasan Al-Bakar dan Saddam Hussein.
Nasionalisma Arab bangun menggelora melawan musuh Arab yang telah bertapak di Palestin semenjak 14 Mei 1948. Semenjak tarikh ini Bumi Arab tidak pernah aman – perang-perang dan perang.
Wajib di ketahui disini bahawa Israel ini bukan sebuah negara. Israel sebenarnya ialah pangkalan tentera – kem askar - milik kuasa imperial Barat. Awalnya pendukung tegar Israel ialah United Kingdom. Kekuatan Empire Great Britain kini telah berakhir. Pada ketika ini pendukung kuat Israel ialah Amerika.
Pembaca dan orang ramai akan terus bertanya kenapa Britain, Amerika dan Eropah terus menyokong Israel. Apa kepentingan negara-negara ini dengan Israel. Bukankah lebih baik dan lebih untung jika Amerika dan negara Barat berbaik-baik dengan negara Arab.
Jawabnya mudah : German merasa bersalah kerana di zaman Nazi Hitler - Perang Dunia Ke Dua - negara ini telah mengamalkan genosid untuk membunuh kaum Yahudi. Perasaan bersalah ini juga di kongsi bersama oleh Peranchis. Sejarah membuktikan bagaimana dua negara kuasa besar di Eropah ini telah bekerjasama membantai kaum Yahudi.
Manakala Britain yang menjadi kuasa imperial utama di era itu melihatkan bahawa Israel ini perlu diwujudkan demi kepentingan politik, ekonomi dan ketenteraan Empire British.
Adalah fakta bahawa sebelum 1948 telah ada watan Bani Yahudi tinggal di Palestin. Mereka ini adalah minoriti. Bani Yahudi tinggal aman damai bersama majoriti anak watan Palestin.
Skim Uganda ini telah dibentangkan di Kongres Zionis Dunia Keenam di Basel pada tahun 1903 oleh Theodor Herzl, pengasas Zionis moden. Skim ini memilih Uganda sebagai negara untuk Bani Yahudi. Malah Australia juga telah disebut sebagai wilayah untuk Bani Yahudi.
Fakta sejarah juga membuktikan ketika Perang Dunia telah wujud kerjasama antara kaum Nazi dengan kaum Zionis. Mereka membuat perjanjian Haavara – Perjanjian Pemindahan. Perjanjian ini di antara Nazi Jerman dan pertubuhan Zionis yang ditandatangani pada 25 Ogos 1933. Perjanjian merupakan faktor utama yang membolehkan penghijrahan kira-kira 60,000 orang Yahudi Jerman ke Palestin antara 1933 dan 1939.
Zionis dan Nazi adalah sama.
Apa yang jelas di sini Zionisme ialah penjajahan. Kaum Zionis berselindung di belakang tabir agama. Walhal mereka ini ialah penjajah - sama seperti Nazi - yang menjarah tanah air orang lain. Agama itu hanya topeng. Amin.
Britain menyokong kewujudan Israel kerana kepentingan empire. German dan Perancis menyokong Israel kerana merasa bersalah. Bagaimana pula dengan Amerika yang hanya terlibat di saat akhir Perang Dunia Ke Dua.
Tidak masuk akal kenapa Amerika gila-gila menyokong Israel walhal Amerika tidak terlibat untuk merasa bersalah seperti Jerman.
Jawabnya : Di Amerika ada sistem lobi.
Melobi dalam politik Amerika melibatkan individu atau kumpulan yang mempengaruhi atau cuba mempengaruhi penggubalan atau menolak perundangan, kelulusan eksekutif atau perubahan peraturan. Sama ada di peringkat Presiden, Kongres mahu pun di negeri.
Hakikatnya melobi sebagai percubaan untuk mempengaruhi keputusan perundangan atau peraturan, yang berpotensi mempengaruhi orang ramai.
Aktiviti melobi boleh berlaku melalui interaksi langsung dengan penggubal undang-undang. Atau dalam kempen politik untuk memilih perwakilan.
Contohnya Syarikat Rokok akan melobi agar jangan di haramkan iklan rokok. Syarikat cari gali minyak tidak mahu undang-undang melarang mencari gali minyak dalam laut. Atau NGO alam sekitar mahu di perketat undang-undang asap kereta.
Badan dan lembaga pelobi ini berdaftar. Memiliki pejabat dan banyak beralamat di Washington DC. Sistem ini dilihat berjalan secara terbuka dan telus. Umum mengetahui nama dan tujuan badan pelobi ini.
Harus di akui melobi bukan hanya dengan air liur atau dengan menghantar kertas kerja. Atau berseminar dan berbincang dengan ahli Kongres atau Senator. Hari ini sistem lobi di Amerika telah menjadi satu budaya yang kompleks dan sofistikated.
Hari ini lembaga pelobi yang paling menonjol dan paling berpengaruh di Amerika ialah AIPAC – American Israel Public Affairs Comittee. Lembaga yang di tubuhkan pada tahun 1963 beralamat di Washington DC. Seperti sebuah NGO ianya memiliki 5 juta ahli. Tujuan utama AIPAC ialah melobi untuk kepentingan Israel.
Nama Elon Musk selalu kita dengar. Akhbar Washington Post pada 31 Januari 2025 melaporkan Elon Musk menderma 288 juta dolar untuk kempen Donald Trump. Tetapi ada lagi sosok-sosok yang nama tidak muncul. Mereka ini adalah Yahudi kaya raya yang turut sama memberi dana kepada Trump.
Meriam Andelson balu kepada towkay judi Sheldon Andelson adalah salah seorang bilionair Yahudi yang memberi 100 juta dolar untuk kempen Trump. Janda kaya Miriam ini nilai bersihnya dianggarkan 37.8 bilion dolar.
Semenjak kematian suaminya pada tahun 2021 janda kaya ini telah mengendalikan RJC (Republican Jewish Coalation ) untuk memungut derma dari Yahudi kaya yang berselirat di Amerika.
Yan Borysovych Koum, seorang Yahudi kelahiran Ukraine yang tidak suka publisiti, telah menggunakan kekayaannya yang dianggarkan lebih daripada $9 bilion untuk menjadi salah satu penderma terbesar dunia untuk tujuan Yahudi dan Israel.
Politik Amerika telah sampai ke tahap politik duit. Tidak berduit jangan berpolitik. Untuk dipilih menjadi Presiden Amerika bukan murah. Mengikut laporan akhbar Financial Times pada 6 November 2024 Trump telah mengumpulkan 1.8 bilion dolar untuk dana berkempen.
Nama yang tertulis adalah sosok individu Yahudi yang menderma. Ini belum masuk dikira syarikat-syarikat milik Yahudi atau penyokong tegar Israel seperti syarikat Blackrock.
Hari ini ada pemerhati politik yang berani berkata bahawa badan politik di Amerika kini di miliki oleh Zionis Yahudi. Justeru kerana itu setiap Presiden Amerika semuanya mengambil dasar pro Israel.
Hari ini tidak ada – saya ulang – tidak akan ada Presiden Amerika – yang akan di pilih jika ianya tidak mengambil dasar pro Zionis Israel.
Rancangan akhir Zionis Israel ialah mendirikan apa yang dipanggil Greater Israel atau Israel Raya. Projek Israel Raya merujuk kepada konsep yang membayangkan wilayah yang lebih besar untuk Negara Israel daripada sempadannya yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sekarang.
Konsep ini mempunyai dua tafsiran utama: satu merangkumi Negara Israel semasa, Bukit Golan, Tebing Barat, dan Gaza. Tafsiran yang lain, lebih luas, meluaskan wilayah yang dikehendaki dari Sungai Nil di Mesir hingga ke Sungai Efrat di Iraq. Idea ini berakar pada ideologi Zionis dan tuntutan sejarah dan agama Yahudi.
Projek Israel Raya ini telah berjalan lancar. Mesir telah dimandulkan. Iraq telah di serang dan di musnahkan kekuatan senjatanya. Syria baru saja berjaya di mandulkan. Lebanon sedang di gasak dan semakin lemah tanpa sokongan Syria.
Saudi Arabia dan Negara Telok semuanya telah lama masuk ke dalam poket Amerika. Masuk ke dalam poket Amerika bermakna masuk ke dalam poket Zionis Israel.
Apa yang masih tegak berdiri dan berani melawan Zionis Israel pada hari ini hanya Yaman dan Iran. Semenjak Perang Gaza bermula 7 Oktober 2023 dunia mula mendengar dan mengenali Houthi dari Yaman.
Hari ini Yaman menjadi salah satu negara yang amat berani bukan hanya bersuara malah menyerang Tel Aviv dengan peluru berpandu.
Kelihatan pada ketika ini projek Israel Raya ini sedang dihalang oleh Iran dan Yaman. Justeru ketika tulisan ini di garap pentadbiran Trump sedang hangat berbincang dan merancang apa seterusnya di Timur Tengah.
Para Zionis yang mengelilingi Trump sedang memasang jarum untuk memastikan Iran di serang. Siapakah para Zionis yang mengeliling Trump? Apakah Iran akan di serang? Sila tunggu minggu hadapan. Amin. (TT)
TULISAN INI
DISIARKAN JUGA DALAM
PORTAL MALAYSIA KINI
https://www.malaysiakini.com/columns/742104







Tiada ulasan:
Catat Ulasan