Ahad, 25 Mei 2025

JADILAH MANUSIA YANG BAIK


Kempen Furever Friends angkat isu kebajikan haiwan

KUALA LUMPUR: Penderaan terhadap haiwan di Malaysia semakin membimbangkan, dengan lebih 7,600 kes dilaporkan antara tahun 2021 hingga 2024, menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar. 

Daripada angka ini, anjing mencatatkan jumlah penderaan tertinggi, diikuti oleh kucing, kuda, arnab, burung dan lembu. 

Tidak kurang juga laporan mengenai penderaan terhadap haiwan eksotik seperti ayam, hamster, kambing, guinea pig, angsa, ikan, itik, kura-kura dan juga ular.

Ini hanya melibatkan kes yang direkodkan secara rasmi, manakala jumlah sebenar penderaan di luar pengetahuan pihak berkuasa mungkin jauh lebih tinggi.

Pelbagai insiden tragik tular di media sosial seperti video pembunuhan anjing jalanan kesayangan bernama 'Kopi' yang memaparkan anjing dibakar hidup-hidup serta kes lelaki memasukkan kucing ke dalam guni di Cheras mengundang kemarahan dan kesedihan masyarakat. 

Sebagai respons kepada isu yang semakin membimbangkan ini, portal media tempatan, SAYS melancarkan kempen 'Furever Friends', satu inisiatif menyeluruh yang bukan sahaja bertujuan meningkatkan kesedaran, malah memperjuangkan kebajikan haiwan secara tuntas.

Kempen Furever Friends yang juga kerjasama dengan JUICE, Fly FM dan Lumi News ini bermula dari 13 Mei hingga 31 Julai 2025.

Ia turut mendapat sokongan daripada organisasi kebajikan haiwan seperti A Dog's Life, A Dog's Life, Paws Animal Welfare Society (PAWS), Society for the Prevention of Cruelty to Animals Selangor (SPCA) dan Trap-Neuter-Release-Manage Malaysia (TNRM Malaysia) yang sebelum ini memainkan peranan penting dalam menyelamatkan serta menjaga haiwan terbiar.

Intipati kempen ini adalah laman khas yang akan menampilkan pelbagai kandungan seperti laporan semasa berkaitan isu kebajikan haiwan, artikel bermaklumat mengenai cabaran dan penyelesaian dalam penjagaan haiwan,video menarik menyentuh hati antara manusia dan haiwan serta nasihat pakar mengenai tanggungjawab pemilikan haiwan.

Menerusi laman khas kempen ini juga, orang ramai berpeluang mengikuti laporan terkini berkaitan isu kebajikan haiwan yang berlaku di seluruh negara. 

Selain itu, pelbagai artikel turut disediakan bagi memberi pemahaman menyeluruh mengenai cabaran dan penyelesaian dalam penjagaan haiwan.

Kisah-kisah menyentuh hati mengenai hubungan erat antara manusia dan haiwan juga akan turut dipaparkan melalui video yang memberi inspirasi, manakala panduan dan nasihat daripada pakar dalam bidang veterinar membantu pemilik memahami tanggungjawab sebenar mereka.

Istimewanya, kempen ini juga membuka ruang kepada orang ramai untuk berkongsi gambar serta kisah mengenai haiwan peliharaan mereka.

Kandungan yang terpilih akan dipaparkan di laman tersebut sebagai tanda sokongan terhadap komuniti pencinta haiwan yang semakin berkembang.

Ketua Kandungan SAYS, Gowri Chitra Martin, berkata kempen ini bukan sekadar platform informasi tetapi juga sebuah seruan untuk bertindak melindungi haiwan yang tidak bersalah. 

Beliau menegaskan bahawa setiap tindakan, walaupun kecil, mampu membawa perubahan besar terhadap nasib haiwan di negara ini. 

Gowri turut menyeru supaya rakyat Malaysia menyokong usaha menuntut undang-undang kebajikan haiwan yang lebih ketat serta penguatkuasaan yang lebih berkesan terhadap pelaku penderaan. 

"Haiwan juga berhak untuk hidup dengan selamat, disayangi dan dihargai, dan tiada siapa yang patut terlepas hukuman apabila menyakiti mereka," katanya.

Kempen Furever Friends bertujuan memperkukuh mesej bahawa perlindungan haiwan adalah tanggungjawab bersama. 

"Setiap individu mempunyai peranan sama ada dengan menyelamatkan haiwan, berkongsi maklumat, mahupun mendidik orang sekeliling agar lebih prihatin terhadap makhluk yang tidak mampu bersuara ini," tambahnya.

Untuk menyertai kempen dan mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman rasmi di says.com/fureverfriends.

says.com/fureverfriends

 YANG

BAIK ADALAH

SOSOK YANG

CINTA PADA

SEMUA KEHIDUPAN

AMIN

JIKA LU 

TAK SAYANG

PADA BINATANG

MACAM MANA LU

NAK SAYANG 

PADA ANAK ISTERI

AMIN

 KHALAS 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan