Sabtu, 24 Mei 2025

KESEDARAN MELAYU




Ratusan sertai Himpunan Melayu Berdaulat di ibu negara
Ratusan menyertai Perhimpunan Melayu Berdaulat di ibu negara hari ini bagi menyuarakan isu-isu membabitkan kepentingan orang Melayu dan umat Islam, termasuk bantahan terhadap cadangan Rang Undang-Undang Pembangunan Semula Bandar (URA).

Perhimpunan yang bermula sekitar jam 2.30 petang itu diadakan serentak di empat lokasi utama — Masjid Jamek Kuala Lumpur, Masjid Jamek Kampung Baru, Jalan Raja Laut serta Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru — sebelum para peserta berarak menuju ke pusat beli-belah Sogo.

Peserta yang kebanyakannya berpakaian serba putih turut membawa sepanduk yang tertera mesej seperti “Kami Bantah RUU URA Ancam Demografi Melayu” dan “Kami Bantah URA – Usir Rakyat Asal” sebagai manifestasi kebimbangan mereka terhadap RUU berkenaan.

Perhimpunan berkenaan berlangsung aman dengan kawalan daripada Unit Amal PAS dan kehadiran pihak polis.

Aktivis politik, Syed Hassan Syed Ali ketika ditemui menggesa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim segera bertemu dengan NGO-NGO yang menentang URA bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat mengenai rang undang-undang itu.

“Saya percaya dia (PMX) tidak dapat penerangan yang jelas. Dia hanya dengar daripada penjilat-penjilat, pegawai-pegawai yang ada sekarang.

“Kalau boleh,  Anwar Ibrahim berjumpalah dengan NGO. Dapat penerangan yang lebih jelas,”katanya.

Sebelum ini rancangan kerajaan untuk memperkenalkan RUU berkenaan mencetuskan perdebatan hangat di Dewan Rakyat.

Kerajaan menegaskan undang-undang baru itu perlu diwujudkan bagi membolehkan pembangunan semula kawasan perumahan lama dan usang di bandar.

Namun cadangan ini mendapat tentangan hebat daripada pemimpin pembangkang yang berpendapat RUU tersebut bakal meminggirkan kaum tertentu, terutamanya golongan berpendapatan rendah di kawasan bandar.


Sementara itu, Syed Hassan juga menyeru penduduk Kampung Baru agar kembali mendapatkan pandangan dan bantuan daripada Ahli Parlimen Titiwangsa, Johari Ghani berhubung isu projek pembangunan di Kampung Sungai Baru, di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

“Semua orang Kampung Baru, jumpalah wakil rakyat yang dulu kamu ignore. Dia dah kata jangan tanda tangan (perjanjian dengan pemaju). Ini syarikat cikai, syarikat cap ayam. Dengar balik nasihat Johari,” tegasnya.

Turut serta dalam perhimpunan itu, pempengaruh, Rafidah Ibrahim yang menyatakan hasrat untuk mengambil tindakan balas terhadap bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad.

Khalid sebelum ini menuntut Rafidah membuat permohonan maaf secara bertulis dan menarik balik tuduhan yang didakwa memfitnah berkait isu projek pembangunan Kampung Sungai Baru.

Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan itu menuntut ganti rugi berjumlah RM300,000 sebagai penyelesaian terhadap pernyataan-pernyataan yang didakwa fitnah yang disiarkan Rafidah di media sosial.

“Tuan Haji Khalid Samad, anda boleh hantar saman tidak bermakna rakyat tak boleh hantar saman balik kepada anda,” kata Rafidah.

KESEDARAN

 MELAYU

SEBELUM TANAH

MELAYU TERGADAI

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

  1. Mamu tumpang kaki, Indon tumpang juga sebab serumpun sama, apapun kesedaran baru muncul, apabila disogok dengan wang semuanya senyap menyap kah kah kah tahniah kepada semua yang berjaya sampai manakala selebihnya menonton secara langsung dari rumah kah kah kah

    BalasPadam
  2. Tergadai kepada siapa? Melayu tak ada geran tanah ke? Siapa pegang geran tanah melayu? Cina india kadasan dusun iban murut? Ini cakap macam kote tumbuh di dahi.

    BalasPadam