Ahad, 25 Mei 2025

KUSH - GANJA BARU !!!






Sri Lanka rampas 60kg ganja sintetik cuba di seludup 3 warga asing

COLOMBO: Pihak berkuasa Sri Lanka merampas hampir 60 kilogram ganja sintetik berkuasa tinggi yang cuba diseludup masuk oleh warga asing dalam tiga kes berasingan bulan ini, menurut seorang pegawai kastam hari ini

Negara pulau di Asia Selatan itu sejak sekian lama dianggap sebagai laluan transit bagi penyeludupan dadah antarabangsa.

Ketiga-tiga suspek dari Britain, India dan Thailand itu kini berdepan hukuman penjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan.

Seorang wanita warga Britain berusia 21 tahun ditahan pada 12 Mei, apabila pegawai kastam menemui 46 kilogram (101 paun) 'kush' - sejenis dadah sintetik mengandungi opioid kuat - yang dibungkus dalam dua beg pakaian.

"Ini mungkin rampasan dadah terbesar di lapangan terbang Colombo dalam tempoh terkini," kata Pengarah Tambahan Kastam, Seevali Arukgoda.

Media Britain mengenal pasti wanita itu sebagai Charlotte May Lee, bekas kru kabin dari London, yang terbang ke Sri Lanka dari Thailand.

Beliau kini ditahan di sebuah penjara berhampiran lapangan terbang Colombo.

Menurut laporan BBC, Lee menafikan mengetahui kewujudan dadah dalam bagasinya dan mendakwa ia diletakkan di hotel penginapannya di Bangkok.

Pada 16 Mei, seorang lelaki warga India berusia 33 tahun ditahan di pelabuhan utara Kankesanthurai.

Arukgoda berkata, lelaki berkenaan membawa empat kilogram kush. Dia turut diserahkan kepada polis anti narkotik untuk siasatan lanjut.

Pada 18 Mei, seorang lelaki warga Thailand berusia 21 tahun ditahan di lapangan terbang Colombo selepas didakwa cuba menyeludup hampir lapan kilogram kush.

Pihak berkuasa Sri Lanka sebelum ini merampas sejumlah besar heroin di perairan negara itu, dengan menyatakan bahawa ia menunjukkan pulau terbabit dijadikan sebagai hab transit untuk dadah yang dihantar semula ke destinasi lain.

Pada Oktober lalu, sebuah mahkamah di Sri Lanka menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap 10 lelaki warga Iran selepas mereka mengaku bersalah menyeludup lebih 111 kilogram heroin.

Mereka adalah antara 17 individu yang ditahan di perairan Sri Lanka pada April 2016 ketika membawa dadah menaiki sebuah bot tunda milik Iran.

Pada 2023, sembilan warga Iran turut dikenakan hukuman penjara seumur hidup dalam kes penyeludupan dadah berasingan.– AFP

 WOW

INI  MENARIK

ADA GANJA BARU

JENG JENG JENG

DULU TERKENAL

GANJA KORAT

GANJA ACHEH

KINI DAH ADA

GANJA KUSH

KAH KAH KAH 

 GANJA SINTETIK INI 

GANJA PLASTIK KE 

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan