Sabtu, 24 Mei 2025

MANGGA POLITIK MOHONG KELAS TINGGI


Saya lega diselamatkan dari sandiwara kuasa, politik bohong kelas tinggi – Rafizi

KUALA LUMPUR – Meskipun tewas mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),  Rafizi Ramli berkata, beliau tidak langsung kecewa.

Malah, secara sinis Rafizi berkata, beliau agak lega kerana kini boleh kembali menjadi orang biasa, diselamatkan dari sandiwara kuasa dan politik bohong kelas tinggi.

Dalam hantarannya di media sosial, Rafizi berkata, beliau terjebak dalam gerakan reformasi (sebelum PKR dilancarkan) kerana sebuah idealisme dan manfaatnya kepada rakyat.

“Saya mahu melihat perubahan kerajaan secara demokratik berlaku buat pertama kali kerana saya percaya persaingan sihat antara parti-parti politik adalah baik untuk rakyat.

“Saya percaya rakyat berhak mendapat pasukan terbaik untuk mentadbir negara. Persaingan mengangkat merit dan memaksa ahli politik lebih bertanggungjawab. Ia adalah penawar kepada budaya rasuah yang berleluasa di kalangan ahli politik kerana mereka boleh dihumban dari kuasa,” katanya dalam kenyataan pertama selepas kekalahan dalam mempertahankan kedudukannya dalam parti.

Lantaran itu, katanya, beliau berjuang dengan PKR hampir 27 tahun, daripada menggerakkan Kempen Antarabangsa Bebaskan Anwar, menyertai kepimpinan awal Pemuda Keadilan, hinggalah menulis sebuah buku untuk menerangkan kes mahkamah Anwar Ibrahim kepada orang awam.

Katanya, beliau kekal dalam PKR lebih lama daripada ramai perintis dan tokoh parti yang lebih kanan, kerana percaya PKR baru berlari anak.

“Saya meninggalkan kerjaya korporat yang baik pada usia yang muda, atas permintaan Anwar, untuk menjadi Ketua Staf beliau di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

“Sehingga kini, saya telah mengharungi 16 kes mahkamah: 7 jenayah dan 9 saman sivil, kerana mendedahkan pelbagai skandal kewangan awam. Mungkin saya menghabiskan lebih banyak masa di mahkamah berbanding peguam biasa.

“Saya pernah dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun (ditangguhkan dan diganti dengan bon berkelakuan baik) di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana peranan saya dalam mendedahkan skandal 1MDB.

“Walaupun kita telah menyumbang dalam memberi pencerahan dan mematangkan masyarakat Malaysia, kita masih jauh daripada mencapai matlamat yang dijanjikan idealisme itu,” luah Rafizi.

Luah Rafizi lagi, beliau telah mengendalikan banyak kempen politik sebelum ini dan tidak pernah dalam mana-mana kempen itu, begitu ramai rakyat biasa lantang menyokong dan membina naratif kempen yang memuncak, kemudian disusuli kekalahan yang begitu ketara.

Bagaimanapun, beliau tidak mahu meneruskan polemik mengenai keputusan pemilihan kerana sejak kempen bermula sudah mengambil pendekatan telus dan lantang dalam menyuarakan kebimbangannya terhadap pelbagai isu.

Daripada isu perubahan kepada sistem pengundian satu ahli satu undi, kepada integriti sistem pengundian digital, sehinggalah kepada sikap sambil lewa dalam menyelesaikannya, jelasnya.

“Saya faham rasa kecewa dan putus asa dalam kalangan ahli biasa PKR dan penyokong. Kita memerlukan masa untuk pulih dari perasaan seolah-olah segala usaha dan dedikasi bertahun-tahun kepada idealisme PKR telah sia-sia.

“Saya faham nasib Anwar Ibrahim berkait rapat dengan PKR, namun saya percaya keabsahan PKR di mata rakyat melangkaui Anwar atau mana-mana individu. Pemimpin datang dan pergi, tetapi idealisme tetap kekal,” hujahnya.

Rafizi berkata, beliau tidak berniat untuk berputus asa dan lari dari cita-cita idealisme kerana cita-cita itulah yang telah menjerumuskan beliau dalam aktivisme dan politik dahulu.

Beliau melihat setiap satu masalah ada pelbagai penyelesaiannya kerana setiap satu rintangan ada banyak jalan pintasnya.

“Dengan lebih banyak masa yang ada, Insya-Allah saya akan dapat meluangkan lebih banyak masa bersama rakyat biasa selepas ini. Dalam masa terdekat, sekurang-kurangnya saya akan cuba membalas seberapa banyak mesej sokongan yang saya terima.

“Saya amat berbangga dengan ahli biasa PKR dan penyokong yang tetap teguh mempertahankan idealisme ini sepanjang kempen, walaupun segala-galanya telah disusun untuk tidak memihak kepada saya. Cita-cita reformasi sebenarnya masih ada harapan.

“Kepada mereka yang kecewa, kita mesti redha dengan ketetapan dan hikmah di sebaliknya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita,” katanya yang terhutang budi yang amat besar kepada rakyat Malaysia yang menyokong kempen beliau. –

KAH KAH KAH

MANGSA POLITIK

MOHONG

KELAS TINGGI

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

  1. Dulu sama geng, sama-sama tipu dengan formula, apabila kena batang hidung sendiri baru tersentak cakap diselamatkan kah kah kah sekarang cari peluang menjadi Menteri Terkanan atau Penasihat Ekonomi Dunia belum diputuskan lagi, apapun semakin lama semakin berpecah-belah kaum penindas yang tertutup dengan agenda kaum bangsawan agama kah kah kah masih tidur lagi majoriti sebab semuanya masih merasa nikmat kayangan amin kah kah kah

    BalasPadam