Ahad, 18 Mei 2025

NURUL IZZAH JANJI AKAN DAKWA AZAM BAKI





'Macam mana Anwar nak rakyat yakin, anak sendiri pun tak percaya'
Bagaimana Perdana Menteri Anwar Ibrahim boleh cakap dia mendapat kepercayaan rakyat sedangkan anaknya sendiri, Nurul Izzah menolak keputusannya, bidas Zaid Ibrahim.

Bekas menteri undang-undang itu turut menyindir DAP secara terbuka merujuk kenyataan Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi yang berkata parti itu kini sekadar “jaga hal sendiri”.

Kenyataan Zaid itu susulan kecaman terbuka Nurul Izzah terhadap pelantikan semula kontroversi Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki yang disifatkannya sebagai keputusan yang “tidak dialu-alukan”.

Nurul Izzah juga berjanji akan membawa perkara itu kepada bapanya, yang juga presiden PKR sekiranya dia terpilih sebagai timbalan presiden parti.

“Kontrak Azam telah disambung tiga kali di bawah pemerhatian bapanya sendiri namun puteri reformasi itu hanya bersuara sekarang — kebetulan ketika pemilihan parti sedang berlangsung,” kata Zaid.

Dia turut mengalihkan kritikan kepada DAP, mengingatkan tentang sikap membisu daripada sebuah parti yang dahulunya mengaku sebagai pemantau utama terhadap rasuah dan salah guna kuasa.

“DAP sekian lama melabel dirinya sebagai juara rakyat, benteng menentang rasuah.

“Tetapi kini, dalam kata-kata Wong sendiri, mereka hanya ‘jaga hal sendiri’.

"Mereka memilih untuk melindungi kuasa dan jawatan daripada mempertahankan prinsip,” katanya, sambil mengimbas kembali kecaman PH terhadap ketua SPRM itu sebelum ini.

Kenyataan Wong itu dibuat ketika mempertahankan DAP daripada dakwaan Ahli Parlimen PKR, Wong Chen yang menuduh bekas parti pembangkang itu kini menerima amalan politik wang.

Zaid juga memberi amaran lanjutan kontrak Azam yang terkini menimbulkan syak wasangka lebih mendalam memandangkan dia memegang kuasa yang besar — seolah-olah memegang kerajaan sebagai tebusan.

“Ini menimbulkan persoalan yang menyeramkan: apa rahsia yang Azam pegang ke atas para pemimpin?

“Apa yang membuatkan beliau kebal? Adakah bawahan mengawal atasan — atau sebaliknya,” soal Zaid.

Pelanjutan kontrak Azam turut menerima kecaman dari pelbagai pihak, termasuk kumpulan pemantau pilihan raya Bersih yang menyifatkan tindakan itu sebagai bukti bahawa kerajaan Madani tidak mempunyai hala tuju yang kukuh dalam agenda reformasi.

 WOIT

SOKONG NURUL

JIKA DIA  MENANG

DIA AKAN DAKWA

AZAM BAKI

AMIN

INI TERBAIK

UNTUK PKR

INI TERBAIK

UNTUK NEGARA

KHALAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan