PAGI INI
PAGI INI
JUMAAT 2 MEI 2025
HARI BURUH SELESAI
HARI RAYA TAMAT
NAK TUNGGU RAYA AJI
JUMAAT 2 MEI 2025
HARI BURUH SELESAI
HARI RAYA TAMAT
NAK TUNGGU RAYA AJI
JOKOWI BERDOA
Ada gambar gua lihat Jokowi bekas Presiden Indonesia berdoa. Gambar tak penuh – apakah dia berdoa dihadapan mayat Pope Francis? Tapi ada Nitezen Malaysia kutuk apa yang di lakukan oleh Jokowi – berdoa untuk Pope.
Maka warga Indonesia naik marah lalu tayang gambar Anwar Blackrock main bontot. Kah kah kah. Hebat juga netizen Indon ini. Mereka buntuti apa yang berlaku di Malaysia. Kah kah kah.
Untuk gua dari mazhab Islam Budaya lu nak doa pada sapa pun lu punya pasal. Itu hak lu. Pada yang Islam ke - pada yang Kristian ke – pada yang tak caya tuhan ke .. itu lu punya pasal...untuk gua hanya hadiah Fatihah - itu pun sudah menghormati yang WAFAT.
AMBALAT
Apa cerita? Gua nampak di YouTube ada tembak menembak di perairan Ambalat. Ingatan gua wilayah ini dah selesai tapi pasai apa masih gaduh!!! Jeng jeng jeng.
Apa yang pelik di Malaysia gua tak nampak pulak media kita lapor berita ini – apakah Mat Indon buat BERITA PALSU – nak kacau Anwar BlackRock kah kah kah.
AMERIKA
Setiausaha Pertahanan Amerika Mike Waltz letak jawatan. Ini kes dia tersilap masuk kan seorang wartawan dalam kumpulan Sembang Internet ketika bincang hal nak serang Yaman. Trump tak buang dia. Jadikan Mamat ni wakil Amerika ke PBB.
ANGKASA LEPAS
Minggu depan satu roket akan jatuh ke bumi tanpa kawalan. Ini roket lama zaman Soviet Rusia. Dah lama bertapak di Venus semanjak tahun 70’an. Roket lebih satu tan ini belum di ketahui arah mana akan gugur.
SYRIA
Geng Islam bunuh lebih dari 100 warga Syria. Geng Islam makin gila di Syria.
UK
Kemarin paling panas 30 darjah Celsius. Wow – tak lama lagi boleh tanam petai di London.
SINGAPURA
PRU – undi esok – Ada 53 orang calon wanita. Parti kerajaan akan menang lagi. Tak turun jalan raya tak menang pilihan raya.
UK
Pilihan raya kerajaan tempatan juga akan berjalan sekarang. Parti baru REFORM UK – makin maju ini kerana parti ini turun jalan raya. Turun jalan raya pasti menang pilihan raya.
HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Matahari dah keluar. Cahaya enak. KL & KL sentral berjerebu. Kemarin tak hujan. Langit Biru muda.
Pagi ini TIDAK ada suara Warga Asal. Jadi gua dengar Murai, Tekukur dan Nyiap Nyiap Nyiap. Juga dari jauh suara Keng Keng.
Di Udara sayu sayu bunyi pesawat melintas dalam perjalanan ke KLIA.
Ha ha .. Tak Tak jupa kawan – Jantan Muda – tak menyalak mungkin kerana dia seorang. Merak bergurau. Gua terpaksa datang tarik Tak Tak untuk ajak pulang.
Ketika gua mengetik ini – di luar balkoni – dalam hutan depan Le Chateau Jantan berkokok tak henti henti Aduh ! Indahnya pagi ini.
Hari ini akan panas. Jika petang hujan malam sejuk nyaman. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI JUMAAT
Gulai belimbing ikan keli
Nasi panas atas dapur
Netizen Malaysia kutuk Jokowi
Netizen Indon tayang klip berjubo
Kaki lutut banyak berkudis
Bubuh ubat angin bertiup
Wayang bontot tidak akan habis
Klip tersimpan dalam YouTube
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT

Tiada ulasan:
Catat Ulasan