PAGI INI
PAGI INI
KHAMIS 29 MEI 2025
RAYA SABTU DEPAN
BADANG
Orang Melayu tahu cerita Badang. Dia pasang lukah tepi sawah untuk tangkap ikan. Tiap pagi hari dia tengok lukah. Lukah kosong tapi banyak sisik ikan di permatang sawah. Badang tahu ada orang curi ikan dia.
Satu malam Badang intai. Dia nampak HANTU datang makan ikan. Badang naik radang. Dia pegang janggut hantu dan marah. Badang nak pukul hantu. Hantu minta ampun.
“ Kau minum muntah aku ...kau akan jadi kuat dan kebal....” Hantu muntah dan Badang minum muntah Hantu ini. Dengan serta merta Badang jadi gagal dan kebal. Jeng jeng jeng
Anwar Blackrock nak jadi kebal. Kah kah kah. Anwar Blackrock sekarang minta mahkamah dan Tuan Hakim beri dia kekebalan. Dia nak jadi kebal dari di saman oleh Yusof Rawther. Jeng jeng jeng. Kah kah kah.
Tapi minum air duit Yusof Rawther tak akan jadi kebal kah kah kah.
SAIFUDDIN NASUTION LETAK JAWATAN?
Tabik hormat pada Rafizi. Tabik hormat pada Nik Nazmi. Dua-dua menteri letak jawatan kerana kalah dalam pemilihan. Tak ada jawatan dalam parti maka mereka undur diri. Secara hormat. Salut.
Apa akan jadi pada Saifuddin? Dia juga kalah pemilihan yang dulu. Tidak ada jawatan dalam parti. Apakah Saifuddin juga akan letak jawatan sama seperti Rafizi dan Nik Nazmi. Jeng jeng jeng
ATAU Rafizi hanya nak perli menganjing Saifuddin. Kah kah kah.
AMERIKA
Mahkamah Perniagaan Amerika di New York buat keputusan bahawa tariff yang di umumkan oleh Trump melanggar hukum perniagaan antarabangsa. Trump sedang merayu.
GAZA
Empat mati kena tembak ketika berebut nak ambil makanan dari tempat simpanan makanan PBB.
RUSIA
Perjumpaan Zelensky dengan Putin boleh berlaku jika rundingan Rusia-Ukraine berjaya.
AMERIKA
Trump beri amaran pada Israel jangan serang Iran. Rundingan Amerika-Iran tentang nuklear sedang baik berjalan.
ISREAL
Bekas PM Israel Ehud Olmert mengakui bahawa Israel sedang melakukan jenayah perang.
HOKKIEN
Pagi ini sejuk dan mendung. Gua masuk Hokkien. Belum jauh berjalan hujan turun. Gua pusing masuk ke tempat letak kereta. Hujan berhenti gua masuk kembali.
Langit mendung. Awan hitam di langit sedang berkumpul. Matahari tidak kelihatan. Tekukur masih berlagu. Di udara pesawat lalu.
Bagus juga pagi sejuk macam ini. Dah empat hari panas menyinga. Hujan sekejap pagi ini adalah Hujan Rahmat.
Gua harap mata hari keluar tapi cuaca redup. Baru cun macam musim bunga di Eropah. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
KHAMIS
Cik Mamat mandi di perigi
Nampak seekor burung punai
Tabik hormat pada Rafizi
Cakap di kota janji di tunai
Rajin membaca tak jadi bebal
Ambil galah potong sawit
Jika hendak menjadi kebal
Bukan minum air duit
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan