PAGI INI
PAGI INI
SENIN 26 MEI 2025
MENUNGGU RAYA AJI
ASEAN BERKUMPUL
Tahun ini Malaysia menjadi Tuan Rumah Asean. Kerja ini tukar ganti. Tahun lepas Indonesia. Tahun depan sapa?
Isu yang wajib di selesaikan ialah MYAMAR – ini agenda penting. Bagaimana ASEAN boleh mengembalikan rupa bentuk demokrasi di Myanmar. Kerajaan tentera PERLU di ganti dengan kerajaan orang ramai.
Ini kerja rumit tapi wajib di lakukan. Indonesia, Siam, Filipina – semua telah pernah jadi NEGARA SOLDADU – hasilnya negara ini jadi negara gagal.
Baik untuk kita di Malaysia kerana RINGGIT kita kuat tapi mudarat untuk warga negara ini.
ASEAN wajib kerjasama. INI kerana CHINA MERAH akan pecah-pecah kan ASEAN sama seperti Amerika buat sekarang. Filipina pro Amerika. Siam dan Singapura barua Amerika.
ASEAN wajib BERDIKARI – berdiri atas diri sendiri. Jangan lupa arwah Tun Razak mengajukan ZOPAN – Zone Peace and Neutrality.
AWAS !!! China Merah PASANG NIAT NAK ganti Amerika. Untuk Malaysia ini bahaya amat besar kerana ramai China Malaysia kibliatnya China Peking. Amin.
AMERIKA
Trump marah pada Putin yang menyerang mengebom Ukraine. 13 orang warga Ukraine mati kemarin. Trump nak tambah sekatan ekonomi pada Rusia.
GAZA
Israel terus mengebom Gaza. Kemarin 23 mati termasuk kanak-kanak dan wartawan. Setanyahu nak ambil Gaza jadi tanah jajahan Blackrock. Pelik TRUMP tak kata apa.
EROPAH
Tarif 50% untuk negara Kesatuan Eropah di tangguh. Amerika dan EU mahu terus berbincang.
SAUDI ARABIA
Panas terik. Ramai bakal haji mati. Sapa pergi musim haji musim panas inilah yang akan di hadapi. Sapa bijak akan pergi haji pada musim sejuk. 53 bakal haji dari Indonesia mati. Malaysia berapa ?
AMERIKA
Hari ini 5 tahun dulu George Floyd mati bila lehernya di tekan oleh kaki polis. Maka lahir Black Lives Matter yang jadi satu gerakan massa di Amerika untuk lawan polis dan lawan sikap benci kulit itam.
TAIWAN
Delegasi YB dari UK datang membuat lawatan resmi ke Taiwan.
HOKKIEN
Pagi ini kelam. Langit pucat pudar. Matahari di baluti awan tebal. KL & KL Sentral berjerebu.
Tapi Tekukur masih bersuara. Seekor menenggek di atas pokok cempaka tepi jalan. Gua nampak dia bersuara.
Ha ha... suara Gak gak gak terdengar jauh. Murai juga berkicau pagi ini. Paling kuat dua kumpulan Warga Asal Hokkien menyalak marah bila kami melintas di hadapan kawasan mereka.
Gua rasa hari ini akan panas. Panas yang merimaskan. Jika tidak berangin badan kita akan berlengas. Suasana tak selesa. Pejabat akan turunkan suku dengan alat penyejuk. Udara panas dalam pejabat di sedut keluar. Di luar akan jadi lebih panas.
Gua rasa hari ini kita akan berlengas. Gua di rumah berbogel untuk merasa nikmat cuaca. Amin.
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SENIN YANG KELAM
BRO
Tidak ada satu perkara besar tercipta dengan cara tiba-tiba
BRO
Setiap hari yang sampai membawa anugerahnya sendiri.
BRO
Lu nak tunggu berapa lama sebelum lu menuntut yang terbaik untuk diri lu?
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan