Jumaat, 30 Mei 2025

PAGI INI

 


PAGI INI 

PAGI INI

JUMAAT 30 MEI 2025

LAGI 7 HARI KITA RAYA


KES  RASUAH
Ingat tak? Tertiba berita meledak 3 Pegawai Saifuddin Nasution di tangkap oleh SPRM. Ini dalam minggu sebelum PKR mengadakan pemilihan parti. Jeng jeng jeng.

Di katakan Saifuddin  dah bersedia nak bertanding lawan Rafizi – jeng  jeng jeng.

Saifuddin Menteri KDN juga bekas Setiausaha Agong PKR. Ada apa apa ke?

Soalan ini timbul kerana sampai sekarang kita tak tahu apa jadi kes ini? Jeng jeng jeng. Hilang tengah jalan.

KES RASUAH PERMATANG PAUH
Ingat tak ? Tertiba satu Mamat yang juga ahli majlis di pegang oleh SPRM. Yang menjadi menarik ialah  sehari sebelum SPRM cekau Mamat ini umum nak bertanding untuk jadi Ketua Cabang PKR Permatang Pauh. Jeng jeng jeng

Sapa ketika itu ketua cabang Permatang Pauh yang akan di lawan ?  Kah kah kah – nama dia Nurul binti Izzah ibni Blackrock kah kah kah.

Kes ini juga lesap. Apa jadi?

Lalu ramai bertanya semenjak Azam Baki disambung kontrak kerja di lihat SPRM ini jadi senjata untuk  menumbangkan musuh yang berkuasa.

PALESTIN
Zionis Blackrock bercadang untuk mendirikan 22 buah perkampungan Yahudi di Tebing Barat.  Al- fatah yang dah belot akan jadi apa? Jadi Polis Yahudi ?

AMERIKA
Pentadbiran Trump berikrar akan menangkap 3000 orang sehari pendatang haram untuk membersihkan Amerika dari penyakit pendatang haram.

GAZA
Israel terima cadangan gencatan senjata di Gaza. Apakah Hamas bersetuju ?

AMERIKA
Elon Musk tidak lagi menjadi kaki tangan dalam kerajaan Trump. Dia letak jawatan. Dia nak tumpu berniaga kerana kereta TELSA jualan makin merosot.

AUSTRALIA
Satu jenis Kobid baru telah muncul di Australia. Kini Siam dan Singapura sedang berhadapan dengan Kobid.

GAZA
Kes bulur makin bertambah.  Bekas Ketua Tentera Israel berkata : Israel sedang guna bulur sebagai senjata untuk musnah Palestin.

ISRAEL
Akhbar Haaretz menulis bahawa Israel kini terlibat dalam jenayah perang.

AMERIKA
Bekas jurubank Golam Sachs di penjara 2 tahun. Ini  sebahagian dari kes 1MDB.

HOKKIEN
Pagi ini kering cerah. Matahari dah keluar . Cahaya lembut lagi. Langit penuh dengan awan putih hanya sedikit awan biru. KL & KL sentral berjerebu nipis.

Di pintu masuk gua dengar gak gak gak – macam menangis – sedih di pagi hari bila mendengar suara gagak. Tapi suara ini di bilas oleh  suara Tekekur dari atas bukit.

Pagi ini Hokkien agak kosong hanya dua Abang Potong Rumput bekerja. Muka-muka biasa tak kelihatan.

Gua yakin kejap lagi matahari akan bersinar terik. Tak Tak dah terbaring di balkoni menunggu cahaya.

Petang redup macam petang kemarin akan menjadikan hujung minggu enak. Malam ini gua nak cari makan spesial. Kalu boleh berharimau. Amin

BRO
SENYUM SENYUM
DI PAGI JUMAAT

BRO
Jika tidak adil jangan lakukan.
Jika tidak benar jangan cakapkan

BRO
Setiap hari setiap pagi adalah anugerah alam untuk lu.

BRO
Sebelum lu buka mulut lu  wajib betul betul faham apa yang lu nak cakap. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN SEKARANG

SELAMAT BERJUMAAT



1 ulasan:

  1. Kadangkala kita pandai bercakap pandai berhujah tentang keadilan tentang kesaksamaan tentang bersifat mulia, semuanya sekadar percakapan kosong kerana kita sendiri tidak berbuat demikian, kita pun masih melihat perkara asas seperti bangsa kaum agama warna kulit sebagai raksa pertimbangan hati budi perasaan sentimen kah kah kah itulah cakap senang tetapi nak buat bukan senang ubah diri dahulu sebelum berucap macam alim ulama kah kah kah

    BalasPadam