PAGI INI
AHAD 4 MEI 2025
PRU DAN TRUMP
Australia baru selesai PRU. Kerajaan lama kembali berkuasa. Canada minggu lepas. Hasil sama.
Apa yang jelas ialah sikap rakyat Canada dan Australia kepada pemimpin tempatan yang di lihat pro Trump.
Pembangkang di Canada dan di Australia – bawa agenda Trump di lihat bungkus.
TETAPI saya ULANG – di UK PRU Kerajaan Tempatan dan PRK – Parti dan garis simpati dengan dasar TRUMP menang besar. Kerajaan yang Pro Ukraine Pro Perang kalah.
BOEING macam mana ? Jeng jeng jeng
Kena pikiak.
WHO
Sedang merancang satu lagi pendemik. Projek ini sedang di rancang untuk kayakan syarikat ubat. Dunia akan di paksa sekali lagi. Tapi kali ini kita ada Maharaja Trump yang yang tolak projek jahat ini.
SINGAPURA
Parti PAP kembali berkuasa. Kali ini menang besar.
ISRAEL
BERPULUH RIBU askar simpanan sedang di kerah untuk mulakan kempen SERANG GAZA.
SIAM
Kerajaan Siam mula putar rakyat agar jangan takut pada wabak ANTRAK. Mungkin ini projek syarikat ubat ?
YAMAN
PM Yaman letak jawatan. Ini negara Yaman yang di sokong oleh Saudi. Bukan Yaman Houthi yang berjuang melawan Zionis Blackrock.
BRAZIL
Lady Gaga buat konsert percuma di tepi pantai Copacabana dalam kota Rio de Jenerio. Satu juta datang ke konsert ini.
HOKKIEN
Pagi ini cerah basah segar. KL & KL Sentral Cerah .Petang dan malam kemarin ujan. Matahari dah keluar. Langit berawan biru dan putih. Tidak ada awan gelap.
Ha ha rumput basah. Hanya Tekukur didengar bersuara. Juga Keng Keng melaung kuat arah KL Sentral.
Di jalan pulang di tepi belukar pintu pagar suara Murai berkicau – ha ha – jika pagi Murai berkicau tanda hari ini baik.
Ketika gua mengetik gua dengar suara jantan berkokok di hadapan dan di belakang flet. Pasti Ayam Hutan gumbira pagi basah banyak cacing boleh di cakar.
Hari ini akan panas. Tapi kita wajib sedar dah masuk BULAN LIMA – patutnya ini musim panas tapi hujan setiap petang. Ini tanda malapetaka iklim. KESIAN warga TAMAN SERI MUDA.
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI AHAD
Elok parang jika dibaji
Di baji dengan roket awan
Mana hilang Mamat Rafizi
Kena tipu tidak melawan
Bila bertiup angin selatan
Segera singgah sampai berhenti
Kenapa Rafizi takut melawan
Bukakah dia calon Perdana Menteri
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI

Tiada ulasan:
Catat Ulasan