Khamis, 29 Mei 2025

PERANG UKRAINE TAMAT ?



Pertemuan Putin-Zelensky mungkin berlaku jika rundingan Moscow-Kyiv berjaya - Kremlin


MOSCOW: Pertemuan secara peribadi antara Presiden Russia, Vladimir Putin dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky masih berkemungkinan diadakan, namun ia hanya boleh berlaku selepas terdapat kemajuan dalam rundingan antara Moscow dan Kyiv, kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov.

"Tiada perubahan dalam pendirian berhubung kemungkinan asas untuk pertemuan sedemikian," kata Peskov kepada pemberita sebagai menjawab soalan agensi berita TASS, semalam.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa pertemuan itu seharusnya menjadi hasil daripada persetujuan konkrit antara kedua-dua delegasi, dan bukan diadakan secara berasingan.

Sementara itu, Menteri Luar Russia, Sergey Lavrov berkata, Moscow sudah mengulangi tuntutannya dalam rundingan terkini di Istanbul supaya undang-undang diskriminasi Ukraine dimansuhkan.

"Ketika rundingan disambung semula di Istanbul pada 16 Mei lalu, kami menuntut semua undang-undang diskriminasi itu dimansuhkan, dan kami akan terus menegaskannya dalam pusingan rundingan langsung yang akan diumumkan tidak lama lagi," katanya.

Beliau menyampaikan kenyataan itu semasa menghadiri mesyuarat antarabangsa pegawai kanan berkaitan isu keselamatan. – BERNAMA-TASS

JALAN DAMAI

MASIH JAUH

AMIN

SELAGI AMERIKA

BERI SENJATA

PERANG AKAN

BERTERUSAN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan