Selasa, 6 Mei 2025

POLIS TERLIBAT ?




'Dakwaan sama ada Pamela Ling dilarikan polis atau pihak menyamar sebagai polis ada dalam siasatan' - KPN


KUALA LUMPUR: Siasatan polis berhubung kes kehilangan Datin Seri Pamela Ling Yueh turut mengambil kira sama ada dia dilarikan oleh pihak polis atau individu yang menyamar sebagai pegawai polis.

Fakta itu diperoleh dari saksi iaitu pemandu e-hailing yang membawa Pamela ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, pada tengah hari 9 April lalu.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata pihaknya sedia maklum mengenai dakwaan yang menyatakan Pamela dilarikan oleh individu yang memakai vest bertulis polis, namun siasatan lanjut sedang dijalankan.

Katanya, siasatan semasa kejadian juga mengambil kira rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

"Pada masa ini semua maklumat dan keterangan daripada saksi-saksi yang dipanggil termasuk kenyataan daripada pemandu e-hailing yang membawa Pamela sedang dikumpulkan.

"Kita (PDRM) juga masih menyiasat maklumat yang menyatakan mangsa dilarikan oleh individu berpakaian seragam atau vest polis.

"Pihak polis masih meneliti sama ada dia dilarikan oleh polis sebenar atau individu yang menyamar sebagai polis," katanya kepada BH hari ini.

Razarudin berkata, pihaknya tidak dapat mendedahkan lagi secara terperinci berhubung siasatan kes kehilangan Pamela kerana dikhuatiri boleh menjejaskan sebarang perancangan dan tindakan susulan yang bakal diambil selain siasatan yang ada.

"Pada masa ini, saya sudah mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman untuk membantu Polis Kontinjen Kuala Lumpur dalam siasatan kes berkenaan sekali gus menjejaki keberadaan Pamela.

"Pihak Bukit Aman dan Kontinjen Kuala Lumpur sedang meneliti segala fakta dan petunjuk yang ada dalam mengesan mangsa," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut sama ada penculikan Pamela itu dirancang oleh pihak tertentu disebabkan aset dan harta yang dimiliki namun sebaliknya tidak menolak kemungkinan kes terbabit dirancang untuk mewujudkan kesalahan pada pasukan SPRM dan PDRM.


WOW

KES DATIN SRI 

INI MAKIN SERAM

KAH KAH KAH

POLIS TERLIBAT?

ADA GAMBAR KE ?

JENG JENG JENG

PASAI APA NAK

MALUKAN DPRM

DAN SPRM

JENG JENG JENG

APA CERITA

DATUK SRI ?

SENYAP AJE

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan