Ahad, 18 Mei 2025

RAFIZI KEAN SEMBELIH



Rafizi enggan rasmi Kongres Wanita dan AMK PKR?

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),  Rafizi Ramli, dilaporkan enggan merasmikan Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita Keadilan yang dijadual berlangsung pada 22 Mei ini di Johor Bharu.

Menurut sumber dalaman tertinggi parti yang enggan namanya didedahkan, Rafizi yang juga Menteri Ekonomi telah menghantar sepucuk surat rasmi kepada Presiden PKR,  Anwar Ibrahim memaklumkan pendiriannya untuk tidak memenuhi undangan tersebut.

Dalam surat itu, Rafizi dilaporkan menulis:

“Dukacita saya maklumkan bahawa saya tidak berhasrat untuk memenuhi undangan ini”.

Tindakan tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan sokongan yang semakin meningkat terhadap calon Timbalan Presiden, Nurul Izzah Anwar, serta Menteri Besar Selangor,  Amirudin Shari.

Ini terutamanya apabila akar umbi PKR Sabah tidak menjemput Rafizi ke Pelancaran Jentera Pilihanraya Sabah di Kota Kinabalu, hari ini.

Difahamkan, daripada 25 cabang PKR di Sabah, sekurang-kurangnya 21 cabang hadir memberikan sokongan terbuka kepada Nurul Izzah dan Amirudin yang juga calon Naib Presiden Keadilan pada pemilihan kali ini.

Senario ini juga menunjukkan mereka lebih dekat dengan Nurul Izzah dan Amirudin biarpun keadaan itu mengundang kecaman ‘kem Rafizi’

Sumber turut mendedahkan terdapat rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli dan jentera parti di Sabah terhadap Rafizi, terutama berhubung sikapnya yang didakwa tidak profesional menjelang pemilihan parti.

“Ramai ahli di Sabah sudah muak dengan cara beliau. Bayangkan, untuk hadir secara rasmi dan merasmikan mesyuarat kongres pun enggan, bagaimana kami hendak berharap beliau mampu bantu jentera menghadapi PRN Sabah nanti?” katanya.

Kongres Nasional AMK dan Wanita merupakan acara penting menjelang Kongres Nasional PKR yang akan berlangsung hujung bulan ini. – 


PROJEK

SEMBELIH RAFIZI

SEDANG BERJALAN

KAH KAH KAH

DULU RAFIZI

JADI PISAU 

SEMBELIH AZMIN

KAH KAH KAH

SEKARANG MB AMIR

JADI PISAU 

SEMBELIH RAFIZI

AMIN

LEPAS NI 

SHAMSUL AKAN

JADI PISAU

SEMBELIH AMIR

KAH KAH  KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan