Komuniti Undang-undang dan Politik Pertikai Permohonan Imuniti Anwar
KUALA LUMPUR, 29 Mei 25 — Permohonan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk mendapatkan imuniti daripada tindakan saman sivil berkaitan dakwaan serangan seksual oleh bekas pembantu beliau, Yusoff Rawther bercanggah prinsip keadilan.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Sri Sanjeevan Ramakrishnan menyuarakan kebimbangan permohonan tersebut turut mencabar prinsip kedaulatan undang-undang.
“Adakah perdana menteri kini kebal daripada undang-undang yang dikenakan ke atas rakyat biasa?” soal Sanjeevan.
Malah katanya, ia menimbulkan persoalan besar tentang keistimewaan undang-undang yang mungkin dinikmati oleh pemimpin tertinggi negara di masa akan datang.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Komunikasi dan Media Baharu Armada Bersatu, Na’im Brundage berkata permohonan dibuat Anwar itu tidak berasas.
Sekiranya permohonan ini dibenarkan, ia akan mewujudkan pendahulu undang-undang yang berbahaya yang berpotensi membolehkan mana-mana perdana menteri pada masa hadapan menuntut imuniti daripada tindakan undang-undang, walaupun dalam kes yang melibatkan tuduhan peribadi seperti serangan seksual atau salah laku sivil,” katanya.
Peguam Haniff Khatri berkata, tiada mana-mana sultan mahupun raja mempunyai kuasa imuniti mutlak, apatah lagi seorang perdana menteri seperti Anwar.
Katanya, adalah menjadi beban kepada Anwar untuk menunjukkan peruntukan dalam Perlembagaan membolehkan beliau menuntut hak mendapatkan imuniti.
“Menjadi beban kepada Anwar di mana dalam Perlembagaan ataupun dibawah undang-undang bertulis yang memberikan hak untuk menuntut imuniti daripada mana mana tindakan sivil, semasa masih menjadi perdana menteri.
“Dia kena tunjukkan, dia kena yakinkan kepada mahkamah.
“Di bawah Perlembagaan, sedangkan raja dan sultan pun boleh di bawa ke mahkamah khas bukan sahaja kes jenayah tapi juga kes sivil, ada peruntukan dia, Perkara 182 fasal 3 di bawa masuk 1992. Raja pun boleh di bawa oleh orang biasa, boleh disaman tertakluk prosedurnya, tanpa imuniti mutlak, masakan mana-mana pihak lain mempunyai imuniti mutlak,” kata Haniff.
Pengerusi Biro Perundangan Perlembagaan Bersatu Khaliq Mehtab Mohd Ishaq pula berkata, mahkamah merupakan platform terbaik untuk Anwar membuktikan tuduhan berkenaan tidak benar.
“Anwar kena buktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa beliaulah pejuang rakyat yang sentiasa mengutamakan ketelusan, pentadbiran yang cekap dan amanah dan dilihat sebagai penyelamat negara dari segala kejahatan, salah guna kuasa dan kejahilan pemimpin yang lepas.
“Berani kerana benar wahai perdana menteri Malaysia,” katanya.
Sementara itu, aktivis Mohamad Ezam Mohd Nor menggesa Anwar menarik balik permohonan imuniti tersebut.
Katanya, sekiranya hujah Anwar adalah perbicaraan akan mengganggu tugasnya sebagai perdana menteri dan kestabilan negara, maka beliau perlu berhenti sementara daripada tugas tersebut.
“Maka jalan yang betul adalah berhenti sementara dari jawatan dan tugas perdana menteri dan hadir di mahkamah sebagai seorang Anwar.
“Cukuplah mengheret masalah peribadi untuk rakyat biasa menanggungnya. Sejak 1998 kami rakyat biasa diheret untuk menanggung masalah peribadi kamu,” katanya. @politiko.my

Tiada ulasan:
Catat Ulasan