Malaysia selamanya Tanah Melayu, jangan jadi `kaduk naik junjung’ – Akmal
KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Dr. Mohamad Akmal Saleh menegaskan Malaysia selamanya merupakan Tanah Melayu dan perkara itu tidak akan berubah.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan Timbalan Pengerusi Biro Hubungan Etnik dan Agama MCA, Roger Yapp supaya memahami sejarah dan asas pembentukan negara terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan, dan tidak menjadi seperti kaduk naik junjung.
Tegas beliau, sekiranya Roger Yapp beranggapan beliau warganegara Malaysia, maka beliau sepatutnya memahami Perkara 152 dan 153 Perlembagaan negara.
“Jika terlupa, maka kami nak ingatkan disini: Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu.
“Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan walau bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam
“Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberikan Yang di-Pertuan Agong (Raja Malaysia) tanggungjawab untuk “menjaga kedudukan istimewa ‘Melayu’ dan penduduk asli mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah komuniti lain,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.
Terdahulu, Roger Yapp dalam kenyataan berkata, Malaysia bukan milik mana-mana kaum secara eksklusif, sebaliknya adalah milik semua warganegaranya tanpa mengira kaum.
Tambah Roger Yapp, masa depan negara ini juga mesti diasaskan kepada kepercayaan, persefahaman dan cita-cita bersama antara pelbagai kaum, bukannya ketakutan, kebencian atau perpecahan.

yang tak ada makna macam reformasi auta 3R lempar buang , yang bermakna lagi berguna macam demo jalanan d tanah melayu teruskan x rugi kenai sejarah asal!!!
BalasPadam"Di dalam ucapan sempena Hari Malaysia 2018 yang lalu, YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyatakan komitmen Kerajaan untuk “mengembalikan status rakan sekutu kepada Sabah dan Sarawak” sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia 1963, selaras dengan prinsip dan semangat yang ter- kandung di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (Malaysia Agreement 1963) atau lebih dikenali sebagai MA63"
BalasPadamJenamakan semula Malaysia kepada Persekutan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak