Pengunduran Rafizi, Nik Nazmi tindakan ‘gentleman’
KUANTAN – Pengunduran Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai anggota Kabinet disifatkan sebagai suatu manifestasi politik matang dan beretika.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, tindakan tersebut seharusnya menjadi contoh kepada semua pemimpin, bukan sahaja dalam parti PKR tetapi juga dalam semua parti politik di Malaysia.
“Keputusan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad bukan sahaja mengejutkan banyak pihak, malah telah membuka lembaran baru dalam budaya politik tanah air iaitu satu budaya berasaskan akauntabiliti, prinsip, dan integriti.
“Dalam suasana politik yang sering dicemari dengan perebutan kuasa, keengganan melepaskan jawatan, serta budaya “melekat pada kerusi”, tindakan dua tokoh muda ini benar-benar melangkaui kebiasaan,”katanya menerusi hantaran di Facebook.
Tindakan kedua-dua mereka disifatkan Sharkar sebagai ‘gentlemen‘ kerana memilih untuk menghormati suara akar umbi dengan mengundurkan diri.
Katany, kedua-duanya mereka menghantar mesej jelas bahawa kepimpinan perlu datang daripada mandat dan bukan sekadar keinginan peribadi.
“Dalam hal ini, Rafizi dan Nik Nazmi telah menunjukkan bahawa kalah tidak bererti lemah, dan berundur tidak bererti menyerah.
“Sebaliknya, ia memperkukuh prinsip dan membuka ruang untuk refleksi serta kembali dengan lebih kukuh jika diizinkan masa dan takdir,” katanya lagi.
Hari ini, Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan perletakan jawatan sebagai menteri kabinet dan telah menghantar surat perletakan jawatan serat permohonan cuti kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Menurut Rafizi, pengundurannya daripada Kabinet berkuat kuasa 17 Jun ini, manakala Nik Nazmi memaklumkan perletakan jawatannya berkuatkuasa 4 Julai depan.
Pejabat Perdana Menteri turut mengesahkan bahawa Anwar sudah menerima surat permohonan cuti dan pengunduran mereka sebagai anggota Kabinet.

Siapfooldin isap kuat..pandey jilat ikut pintu blakang..yang dia pandey ban buku, rampas jam tangan berwarna warni...mangkok nie ada lulus spm belum tentu, bleh jadi munteri..apa punya kepundekkan ketimbang nie? Dia tau ka apa tu gentleman? Dia ingat gentelman ka? Kakakakaka
BalasPadamKena muka tebal, kena kulit tebal, ada orang dibagi jawatan penting seperti Munke KDN tanpa dapat mandat rakyat kah kah kah jenama macam ini rare Bro kah kah kah
BalasPadam