Ahad, 4 Mei 2025

TENTERA ISRAEL MASUK KE GAZA SEKALI LAGI



Israel kerah puluhan ribu tentera simpanan untuk serang Gaza


BAITULMAQDIS: Israel mengeluarkan kerahan memanggil puluhan ribu anggota tentera simpanannya bagi menyertai serangan besar-besaran ke atas Gaza.

Media tempatan melaporkan perkembangan itu, ketika Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, mengkritik Qatar kerana gagal dalam peranannya selaku pengantara gencatan senjata.

Beberapa saluran berita melaporkan, pihak tentera sudah mula menghantar arahan kepada tentera simpanan bagi menggantikan anggota kerahan dan tentera aktif yang kini ditempatkan di Israel serta Tebing Barat yang diduduki.

Difahamkan, sebahagian besar menerima arahan melapor diri dan dipindahkan ke Gaza dalam masa terdekat.

Jurucakap tentera tidak mengesahkan mahupun menafikan laporan itu, namun saudara kepada beberapa wartawan AFP adalah antara yang menerima arahan mobilisasi berkenaan.

Menurut penyiar awam Israel, mesyuarat Kabinet keselamatan dijadualkan berlangsung hari ini untuk meluluskan peluasan operasi ketenteraan di Gaza.

Israel menyambung semula operasi besar-besaran di seluruh Gaza pada 18 Mac lalu susulan kebuntuan rundingan berhubung gencatan senjata selama dua bulan yang sebelum ini berjaya meredakan konflik selepas serangan Hamas pada Oktober 2023.

Qatar yang menjadi tuan rumah pejabat politik Hamas bertindak sebagai pengantara rundingan gencatan senjata bersama Amerika Syarikat (AS) dan Mesir, yang mula berkuat kuasa pada Januari lalu.

Namun, usaha untuk mendapatkan persetujuan baharu dilihat semakin sukar sejak beberapa minggu kebelakangan ini akibat percanggahan syarat yang diletakkan oleh Israel mahupun Hamas.

Netanyahu dalam kenyataan di platform X menuduh Qatar yang kaya dengan hasil gas, 'bersikap talam dua muka', 'mempermainkan kedua-dua pihak' dan berselindung di sebalik kata-kata manis.

Katanya, Qatar perlu 'memilih sama ada berada di pihak yang menghormati peradaban atau menyokong kekejaman Hamas'.

Perdana Menteri Israel kini tertekan dengan desakan penyokong sayap kanan yang menjadi tulang belakang kerajaannya, kerana semakin lantang mendesak supaya perang diteruskan sejak serangan semula ke atas Gaza bermula.

"Israel akan menang dalam perang yang adil ini dengan cara yang adil," katanya lagi.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Qatar, Dr Majed Al-Ansari, menegaskan Qatar menolak sekeras-kerasnya kenyataan berbaur hasutan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri Israel.

"Kenyataan itu langsung tidak memenuhi piawaian asas tanggungjawab politik dan moral," katanya dalam hantaran di X awal pagi tadi.

Al-Ansari turut mengkritik naratif bahawa konflik di Gaza adalah demi mempertahankan peradaban dan menyamakan kenyataan itu dengan rejim terdahulu yang menggunakan alasan palsu untuk menghalalkan kekejaman terhadap orang awam.

Dalam kenyataan sama, beliau mempersoalkan sama ada pembebasan 138 tebusan dicapai menerusi tindakan ketenteraan atau hasil usaha rundingan yang kini sedang dipertikaikan dan cuba digagalkan.

Beliau turut merujuk krisis kemanusiaan yang meruncing di Gaza dengan menyifatkannya sebagai 'sekatan yang mencekik' dan 'kebuluran sistematik'.

Katanya, kekurangan ubat dan tempat perlindungan serta penyalahgunaan bantuan kemanusiaan digunakan sebagai alat tekanan politik. – AFP

ZIONIS ISRAEL

MENERUSKAN

PERANG

AMIN

NEGARA ARAB

DAN NEGARA YG

SOKONG PALESTIN

WAJIB MULA FIKIR

CARA BARU UNTUK

SOKONG PALESTIAN

AMIN

BANTUAN MAKAN

DAH HANTAR

SEKARANG

 PERLU HANTAR

PASOKAN TENTERA

UNTUK LAWAN ZIONIS

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan