Isnin, 16 Jun 2025

ANWAR HANYA LULUSAN MALAY STUDY MU




Anwar Wajar Pergi Kursus Cukai, Bezakan GST dan SST, Kata Isham Jalil

KUALA LUMPUR, 16 Jun 25 – Adalah wajar untuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri kursus percukaian bagi membezakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Isham Jalil.

Bekas anggota majlis kerja tertinggi (MKT) Umno berkata, kenyataan Anwar mengatakan GST sebagai cukai perkhidmatan am dan SST sebagai cukai untuk barangan import amat mengelirukan rakyat.

“Anwar Ibrahim, GST itu ‘Goods and Services Tax’, bukan ‘General Services Tax’ atau cukai am kepada semua orang. Kamu pergilah kursus dulu, ini kamu nak suruh orang bagi kursus kamu sendiri tak faham apa itu GST dengan SST.

“Kamu cakap GST cukai perkhidmatan am, kena kepada semua orang, SST adalah cukai ke atas barang import. Ini tak betul. Kamu cuba kelirukan rakyat. Kamu yang kena pergi kursus bezakan GST dgn SST,” kata Isham, dalam kenyataan video yang dimuat naik media sosial.

Isham kemudian menjelaskan perbezaan dua sistem percukaian dan mempersoalkan peningkatan barangan yang termasuk dalam peluasan SST seperti diumum kerajaan baru-baru ini.

“Kamu tak tahu ini, kamu kena kursus masa kita laksana GST kamu dalam penjara mana kamu tahu.

“GST dengan GST kita cukai barangan perkhidmatan, bukan kira orang. Dalam GST ada banyak pengecualian, tapi perluasan SST kamu buat ini daripada dulu barang dikecualikan sekarang banyak kena cukai, 70% daripada barang yang dulu dikecualikan sekarang kena cukai.

“Senarai barang kena cukai di bawah SST dulu 1,000 sekarang 4,000. Maknanya kebanyakan orang akan kena cukai,” kata Isham dalam rakaman tersebut.

Katanya, persatuan pengilang juga menggesa kerajaan mengembalikan cukai GST kerana lebih adil berbanding SST yang menjadi cukai berganda.

“Kamu kata SST cukai import tak betul. Kalau cukai untuk import yang cadangkan GST kata SST tak bagus adalah persatuan pengilang pengilang Malaysia.

“Kalau dia cuma kena kepada import kenapa persatuan pengilang tempatan asing. Kamu kena pergi kursus GST dan SST. Jangan kelirukan orang.

“SST bukan setakat kena ramai orang, dia cukai berganda, ini yang dikatakan ramai pakar dan persatuan pengilang,” kata Isham.

Menurutnya, apabila cukai berlapis dan berganda pengguna terpaksa membayarnya  berulang kali.

“Sebab itu hampir keseluruhan negara buat sistem GST tak buat SST macam kamu buat, sebab banyak keitirisan…kenapa kamu nak pertahan sangat SST ini,” soal Isham lagi. @politiko.my

WOIT

ISHAM JALIL

KESIANLAH

PADA ANWAR

AMIN

DIA HANYA 

LULUSAN

MALAY STUDIES

DI UM

KAH KAH KAH

BUKAN MACAM LU

LULUSAN

HAVARD

KAH KAH KAH

KESIAN DIA

HAPRAK MAPRAK

KHALAS

2 ulasan:

  1. SST cukai barang import kepala bapak hang...aku perbaharu insuran kereta pun kena cukai SST...apa ke bagharal PM ni.

    BalasPadam
  2. Ada sebab dia dinafikan jawatan kuasa pada 1998, cuba bayangkan kalau dia jadi PM ketika itu, jadi semuanya ada hikmah belaka, tak apa sekurang-kurangnya sekarang semua tahu apa kelulusan apa kelayakan apa kuasa buat apa keluarga apa sifat tabiat orang kita, disyukuri disucikan hanya dia seorang dianiaya kesian tetapi nampaknya sifat perangai peribadi seseorang sukar berubah, walaupun masuk dua kali ke penjara atas kesalahan sama, sifat perangai tetap sama kah kah kah ? Jadi sifat perangai orang politik tetap sama tak kira parti apa, lagi syumul lagi kuat hentaman kah kah perangai asal usul bermula dari penjenayah penyamun perompak pembelot curi sifat asal usul mereka kah kah kah padan muka

    BalasPadam