Rabu, 18 Jun 2025

BEBAN CUKAI SST



Epal digemari semua orang, tak wajar dikenakan SST -Peniaga

KUALA LUMPUR – Menjelang pelarasan dan perluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), masih kedengaran keluhan dan kebimbangan rakyat dengan langkah terbaru kerajaan itu yang bakal berkuat kuasa 1 Julai ini.

Tinjauan  di sekitar Perumahan Awam Sentul dan Kompleks Pasar Raja Bot, Chow Kit, di sini mendapati, pemahaman dasar kerajaan itu masih rendah, disulami kerisauan cukai itu bakal memberi kesan langsung kepada kos sara hidup.

Menurut seorang peniaga, Rohana Ujang, 37, langkah kerajaan memasukkan buah-buahan import dalam senarai SST merupakan sesuatu yang tidak wajar dilakukan sedangkan ia sudah menjadi makanan rakyat sejak berdekad lamanya.

“Pada saya memang tak patut buah-buahan import dikenakan SST sebanyak 5 peratus kerana tiga jenis epal bukan sahaja ‘best seller’, bahkan ia boleh dimakan semua lapisan umur termasuk kanak-kanak.

“Buah epal ini semua orang boleh makan, sama ada sihat mahupun sakit, dan digemari rakyat sejak dulu lagi, bukan golongan tertentu sahaja.

“Kalau buah-buahan import ini dikenakan SST, kesianlah kepada rakyat, mereka yang tanggung kesannya, sudah pasti harganya akan naik, pelanggan akan terkesan,” katanya hari ini.

Bermula 1 Julai ini, kerajaan akan menguatkuasakan SST 2.0 dengan peluasan skop Kadar Cukai Jualan (CJ) dan skop baharu Cukai Perkhidmatan (CP).

Sebanyak tiga kategori diperkenalkan dalam peluasan Skop SST CJ iaitu Barangan Berkadar sifar peratus (0%), Barangan Berkadar lima peratus (5%) dan Barangan Berkadar 10 peratus.

Sebanyak enam kategori perkhidmatan baharu diperkenalkan dalam Peluasan Skop SST CP iaitu sewaan/pajakan (8%), pembinaan (6%), kewangan (8%), kesihatan swasta (6%), pendidikan swasta (6%) dan kecantikan (8%).

Rohana juga berkata, walaupun dia sudah bersedia dengan penguatkuasaan kadar baharu SST itu, namun tetap bimbang dengan penerimaan pelanggannya yang tidak menentu sejak pasca Covid-19, empat tahun lalu.

“Buah-buahan import hanya boleh bertahan tiga hari sahaja, sudah jumlah pelanggan tidak seramai sebelum ini, jika ia dikenakan SST, saya risau lagi susah buah-buahan ini nak dijual, kami pula tanggung rugi,” katanya.

Sementara itu, bagi Zuhairi Pane, 36, peluasan CJ SST ini hanya mengundang kegelisahan pelanggannya kerana memberi kesan kepada kenaikan harga.

“Sekarang pun harga lemon yang dijual pada harga RM1.70 sebiji, itu pun ramai yang mengadu mahal, memang ia dijual pada harga itu dari pemborong, kita tiada pilihan lain untuk menaikkan harga.

“Jika buah-buahan import ini dikenakan SST, sudah pasti harga akan lebih mahal. Ia jadi bahan asas digunakan dalam masakan dan bancuh air, mahu atau tidak,  pelanggan kena terima, memang orang akan marahlah,” katanya.,

Walau bagaimanapun, Zuhairi berkata, sebagai peniaga tempatan, dia terpaksa akur kepada arahan itu termasuk membayar SST kepada kerajaan.

“Selama ini, kita hanya ikut arahan kerajaan saja, kalau suruh bayar SST, kita bayar saja, Cuma perluasan produk yang dikenakan SST kali ini saya tidak berapa tahu dan tidak dimaklumkan pun,” katanya.

Katanya lagi, agak terkilan jika buah-buahan import dikenakan SST sedangkan ia bagaikan makanan rugi kepada rakyat Malaysia sejak puluhan tahun lalu.

“Buah-buahan import ini sudah jadi buah rakyat, dari dulu kalau kita pergi pasar malam, memang oren, apple dan lemon jadi makanan harian dan makanan kesihatan.

“Selain buah-buahan tempatan, buah import jadi pelengkap kepada makanan lain.

“Sepatutnya tidak dikenakan SST sebab ia sudah jadi makanan ruji rakyat Malaysia, makan nasi hari-hari orang beli dan makan, kalau boleh jangan kenakan SST,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

MASA DAH SAMPAI

KITA TURUNKAN

KERAJAAN

ANAK BERANAK

AMIN

JIKA TUNGGU

LAMA NEGARA

AKAN HANCUR

KHALAS 

2 ulasan:

  1. Ada kena atau tidak kena, semuanya naik harga, peniaga-peniaga kapitalis mengutamakan keuntungan ini sistem perniagaan dunia, tak ada peniaga mahu rugi, tak ada mahu tanggung kenaikan harga kerana kerajaan nak buat duit, akhirnya musibah sampai kepada rakyat marhaen, tak kira kaya sederhana atau miskin, cakap bantu tolong semuanya haprak belaka, tak ada kerajaan lagi terbaik, kerana kerajaan ini sepatutnya membantu tetapi yang ada sekarang menyusahkan semua, malah menanggung mereka ini masalah besar kepada rakyat, terlalu ramai terlalu selekeh terlalu lemah sehingga serupa menanggung biawak hidup, makan minum sampai anak beranak menyusahkan semua orang, kah kah kah selama mana nak tanggung puak free loader yang selesa dengan hasil cukai rakyat,? Fikiran kena mantap woit kalau ikut Atok dah lama buang kuncu anak beranak dari awal zaman sehingga sekarang amin

    BalasPadam
  2. Mana Pak Menteri Tin Sardin? Nanti dia kata makan buah tempatan, buah kurma buah epal buah oren semuanya import masuk, tidak untung, kah kah kah kan dah biasa karenah orang bodoh kita, dia akan cari Nas Nas yang sesuai nanti, apabila tersilap tersasul cepat minta maaf, tersilap tetapi apabila cuba menyembunyikan kebodohan nampak sangat pusing cerita kah kah kah GST pun dia cakap General Service Tax kah kah kah, inilah tahap penasihat sekarang, yang pasti yang ada keliling dia sengaja kot menghancurkan atau sengaja sabotaj, itulah jadi apabila yang dapat C dinaikkan jadi JUSA, yang dapat A jadi kerani saja kah kah kah semuanya berakhir dengan kelemahan akademik kelemahan pemikiran kelemahan syawat ops silap syawat diutamakan kriteria utama yang kahwin dua tiga akan jadi bakal Ketua Negara kah kah kah

    BalasPadam