Isnin, 9 Jun 2025

BERITA BAIK DARI AMERIKA


Trump kerah Pengawal Persekutuan ke Los Angeles tangani protes


LOS ANGELES: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengerahkan 2,000 anggota Pengawal Persekutuan (National Guard) ke Los Angeles bagi menangani protes menentang penahanan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Protes yang memasuki hari ketiga itu semakin memuncak berikutan pertembungan dengan pasukan keselamatan operasi penahanan PATI tanpa dokumen di luar pusat tahanan persekutuan di pusat bandar Los Angeles.

Pasukan Pengawal Persekutuan yang lengkap dengan peralatan antirusuhan dikerahkan ke beberapa lokasi utama, termasuk Pusat Tahanan Metropolitan, bagi mengawal keadaan.

Trump menegaskan bahawa langkah itu perlu bagi memastikan undang-undang dan ketenteraman terjaga, sambil memberi amaran lebih banyak pasukan keselamatan akan dikerahkan jika keadaan bertambah buruk.

"Kami tidak akan membiarkan negara ini hancur," katanya kepada media sebelum berlepas ke Camp David.

Gabenor California, Gavin Newsom, mengkritik tindakan Trump dengan menyifatkannya sebagai sengaja mencetuskan ketegangan dan menyeru penunjuk perasaan kekal tenang.

"Jangan berikan Trump alasan untuk bertindak lebih keras," katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Pemimpin Demokrat lain turut mengecam langkah Trump, dengan menyatakan bahawa kuasa untuk mengerahkan Pengawal Persekutuan sepatutnya berada di tangan gabenor negeri, bukan presiden.

Dengan protes yang masih berlanjutan, pihak berkuasa persekutuan menggunakan gas pemedih mata dan peluru getah bagi menyuraikan orang ramai.

Beberapa penunjuk perasaan telah ditahan, termasuk pemimpin kesatuan pekerja David Huerta, yang ditangkap ketika cuba menghalang operasi penahanan pendatang.

Trump memberi bayangan bahawa jika keadaan semakin tidak terkawal, beliau mungkin akan mempertimbangkan untuk mengerahkan tentera aktif ke Los Angeles.

"Jika kita melihat ancaman terhadap negara dan rakyat kita, kita akan bertindak tegas," katanya.

Dengan ketegangan yang semakin meningkat, masyarakat antarabangsa kini memantau perkembangan di Los Angeles, sementara pemimpin tempatan berusaha mencari jalan penyelesaian bagi meredakan konflik yang semakin meruncing.

Tentera AS memaklumkan seramai 300 anggota Pengawal Persekutuan dari Pasukan Tempur Briged Infantri Ke-79 dihantar ke tiga lokasi berasingan di kawasan Los Angeles Raya.

Mereka kini sedang melaksanakan tugas keselamatan dan perlindungan ke atas harta serta kakitangan Persekutuan.

Pengawal Persekutuan adalah pasukan pasukan tentera simpanan yang lazimnya digunakan semasa bencana alam, dan kadangkala ketika berlaku ketegangan awam, namun hampir selalu dengan persetujuan pihak berkuasa tempatan. - REUTERS


BERITA

AMAT BAIK

JENG JENG JENG

MAHARAJA TRUMP

SEDANG

MENGHURU 

HARAKAN

AMERIKA

AMIN

INI AMAT BAIK

UNTUK WARGA

DUNIA

AMIN

BIAR AMERIKA

MELEDAK HANCUR

TAPI AWAS

CHINA MERAH

SEDANG 

MENUNGGU

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan