Jumaat, 20 Jun 2025

BERITA BAIK - SEPUPU KITA MASIH HIDUP




Langur tiga warna, penemuan 'luar biasa' primat hampir pupus


KUCHING: Penemuan seekor primat yang hampir pupus, Langur tiga warna atau nama saintifiknya 'presbytis chrysomelas cruciger' bersama anaknya baru-baru ini, memberi petunjuk jelas bahawa spesies ini masih membiak secara semula jadi di habitatnya.

Penyelidik kanan Jabatan Hutan Sarawak (JHS), Dr Ahmad Ampeng berkata, ia adalah petanda bahawa populasi spesies yang sangat terancam itu mungkin mula pulih, hasil perlindungan dan pemuliharaan berterusan.

Justeru katanya, langkah kerajaan Sarawak mewartakan kawasan seluas 845 hektar di Sungai Selai Inah, Jemoreng di Matu dalam Bahagian Mukah, sebagai Hutan Perlindungan Kekal adalah tepat bagi mengiktiraf kepentingan ekologi dan nilai saintifik penemuan itu.

"Sebelum ini kita mendapati perkembangan populasi spesies Langur tiga warna itu agak perlahan.

"Namun apabila rakaman kamera pemantauan memperlihatkan seekor Langur betina bersama anaknya, ini suatu perkembangan yang amat baik," katanya.

Ahmad berkata, agak sukar untuk melihat dengan jelas primat itu kerana ia amat sensitif terhadap bau manusia.

Menurutnya, bagi mengelak dikesan oleh haiwan itu, pasukan penyelidik terpaksa memakai pakaian sama tanpa mencucinya selama berbulan-bulan dan harus menghindari sebarang pewangi.

"Jika ekspedisi berlangsung tiga bulan di hutan itu, maka tiga bulanlah kami pakai baju yang sama.

"Bukan hanya bau, primat itu juga sensitif terhadap bunyi, misalnya bunyi kamera. Sekali petik sahaja, bunyi kamera itu akan membuatkannya lari secepat kilat, sebab itu kami memasang kamera video pemantauan yang dipasang pada pokok," katanya.

Langur tiga warna tersenarai sebagai spesies sangat terancam secara kritikal oleh International Union for Conservation of Nature (IUCN) dan dilindungi sepenuhnya di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar Sarawak 1998.

Spesies itu sebelum ini hanya pernah direkodkan di hutan simpan Maludam dalam Bahagian Betong dan kali terakhir disebut dalam penulisan oleh penyelidik barat yang hanya dikenali sebagai Thomas, pada tahun 1832.

Selepas 192 tahun, kemunculan semula Langur itu disahkan melalui rakaman kamera pemantauan yang dipasang oleh pasukan penyelidik JHS yang diketuai Ahmad dalam penyelidikan intensif sejak Julai 2022.

Penemuan luar biasa itu diterbitkan pada 27 Mac 2024, dalam jurnal saintifik berprestij, Check List The Journal of Biodiversity Data," katanya.


INI BERITA

AMAT BAIK

AMIN

SEPUPU KITA

MASIH HIDUP

AMIN 

 MARI KITA 

SESAMA JAGA 

SEPUPU KITA

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan