Cukai: Bekas Ahli Parlimen DAP Senada Dengan Pembangkang
KUALA LUMPUR, 26 Jun 25 – Seorang bekas ahli Parlimen DAP senada dengan pembangkang dengan menegaskan kerajaan sepatutnya mengenakan cukai kepada maha kaya, bukannya membebankan rakyat miskin dengan tambahan cukai.
Charles Santiago berkata walaupun orang kaya turut menikmati kemudahan awam seperti jalan raya dan sekolah, mereka mengelak daripada membayar cukai dan pada masa sama terus menuntut insentif.
“Kita perlu kenakan cukai terhadap kekayaan melampau, perkenalkan cukai pusaka dan melaksanakan perintah kekayaan tidak dapat dijelaskan bagi mengurangkan rasuah dan aliran wang haram seperti yang dilakukan di negara lain.
“Sudah tiba masanya mereka memberi semula dan membayar bahagian yang sepatutnya,” kata Charles dalam satu kenyataan.
Beliau turut menegur kerajaan yang memberi terlalu banyak kelonggaran kepada golongan maha kaya akhirnya memaksa kerajaan untuk terus meminjam wang bagi mengurus kewangan negara.
“Mengapa kita terus memberi pengecualian cukai korporat, mengabaikan penyalahgunaan harga pindahan dan menutup mata terhadap kebocoran serta aliran kewangan haram?
“Akibatnya, kerajaan terus-menerus meminjam. Kita meminjam untuk menampung kekurangan yang enggan diisi oleh golongan maha kaya dan syarikat besar,” katanya lagi.
Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin sebelum ini mencadangkan kerajaan membatalkan cadangan kenaikan tarif elektrik dan pelaksanaan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan berkuat kuasa 1 Julai ini.
Presiden Bersatu itu berkata, kerajaan perlu mencari kaedah lain mengatasi masalah fiskal negara termasuk mempertimbangkan semula pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan kadar yang lebih munasabah. @politiko.my

Inilah jadi apabila yang tidak layak, tidak ada kelayakan, tidak ada kredibiliti menjadi ketua, tak kira ketua jabatan ketua syarikat ketua negeri ketua negara, semuanya sama merana kerana terus mendokong ketuanan sampai lingkup negaraku, kah kah kah, kaki cium tangan kaki bodek kaki songlap dijadikan proksi berkuasa mereka, atas sampai peringkat penyelia longkang asyik sama perangai, asyik makan majlis berak merosakkan harta negara kah kah kah tetapi persoalannya sekarang sampai bila? Dahlah berhutang banyak sampai trillion, nak sampai bangkrap sehingga China Merah masuk? Generasi China Merah dah sedar lama satu saja untuk 'membeli ' maruah kita dengan kuasa wang, nampak wang terus lebur jual negara jual pasir jual tanah jual segalanya termasuk maruah diri keluarga negara sekaligus hampeh belaka
BalasPadam