Ahad, 15 Jun 2025

HOUTHI KAWAN SETIA PALESTIN




Kumpulan Houthi, Iran kerjasama serang Israel dengan peluru berpandu balistik

KAHERAH: Kumpulan Houthi di Yaman yang berpihak kepada Iran hari ini melancarkan serangan terhadap Israel dengan peluru berpandu balistik dalam satu operasi yang dilakukan secara berkoordinasi dengan Iran.

Ia adalah kali pertama kumpulan itu secara terbuka mengumumkan kerjasama bersama Iran melancarkan serangan berkenaan.

Jurucakap tentera Houthi, Yehya Sarea, dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen berkata, kumpulan itu menyasarkan kawasan tengah Israel, termasuk Jaffa dengan beberapa peluru berpandu balistik dalam tempoh 24 jam yang lalu.

"Sebagai sokongan kepada rakyat Palestin dan Iran yang tertindas... operasi ini dilaksanakan secara berkoordinasi dengan operasi yang dijalankan oleh tentera Iran terhadap musuh Israel yang zalim," katanya.

Terdahulu, tentera Israel memaklumkan beberapa siren amaran diaktifkan di beberapa kawasan susulan pelancaran peluru berpandu dari Iran dan Yaman.

Israel dan Iran terus berbalas serangan peluru berpandu sejak Israel melancarkan serangan ketenteraan terbesar terhadap musuh tradisinya itu pada Jumaat lalu.

Pada hari sama serangan dilancarkan ke atas Iran, Israel memaklumkan sebuah peluru berpandu yang dilancarkan dari Yaman ke arah Israel jatuh di Hebron, Tebing Barat yang diduduki.

Namun, kumpulan Houthi tidak mengaku bertanggungjawab atas pelancaran peluru berpandu terbabit.

Kumpulan itu sebelum ini melancarkan beberapa siri serangan terhadap Israel, kebanyakannya berjaya dipintas — sebagai tanda sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza susulan perang Israel-Hamas yang tercetus sejak serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023.

Israel pula melancarkan beberapa siri serangan balas.

Amerika Syarikat (AS) turut melancarkan serangan yang lebih agresif terhadap kumpulan Houthi pada tahun ini, sebelum Presiden Donald Trump menghentikan operasi berkenaan selepas kumpulan itu bersetuju untuk menghentikan serangan ke atas kapal milik AS.

DARI SELATAN

HOUTHIS  HANTAR

PELURU BERPANDU

 HAIPER SONIK

AMIN

INI TANDA 

KAWAN SETIA

PALESTIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan