PAS terus gesa Anwar letak jawatan
Pemimpin PAS terus mendesak Perdana Menteri Anwar Ibrahim agar meletak jawatan atau berehat susulan siasatan dan perbicaraan kes dihadapinya.
Merujuk kepada kes saman Yusoff Rawther Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, langkah itu perlu diambil supaya siasatan terbuka dapat dijalankan.
“Saya cadangkan perdana menteri letak jawatan atau direhatkan, benarkan disiasat secara terbuka.
Kita pegang jawatan, pegawai nak siasat kota mana boleh. Ini standard bukan benda baru, dulu pun begitulah desakan dia kepada mana-mana menteri yang disiasat,” katanya kepada media selepas Kuliah Jumaat di Medan Ilmu, Kota Bharu, hari ini.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Jun lalu menolak permohonan Anwar untuk menangguhkan prosiding saman sivil yang difailkan Yusoff.
Dalam saman itu Yusoff mendakwa Anwar melakukan serangan seksual ke atasnya.
Dalam penghakimannya, hakim Roz Mawar Rozain menyatakan lapan persoalan perlembagaan yang dikemukakan oleh Anwar untuk dirujuk ke Mahkamah Persekutuan tidak memenuhi tahap kelayakan yang diperlukan.
Sehubungan itu, dia memerintahkan agar perbicaraan diteruskan pada 16 Jun ini seperti yang dijadualkan.
Tuan Ibrahim berkata, Anwar dengan jawatannya sekarang akan menyebabkan pihak berkuasa takut untuk melakukan siasatan.
“Sepatutnya dia berehat dulu supaya beri laluan kepada siasatan adil, pegawai nak siasat pun tak bimbang tak takut.
“Tapi kalau kita pegang jawatan nak siasat kita mana berani. Jadi persepsi itu, bukan kita kata tidak adil tetapi keadilan itu mesti dilihat adil,” tegasnya yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian.

1998 main bontot, 2025 isap pelir, kah kah kah modal tetap sama, tak ada lain, tahniah Yusof Rather Khan handsome jadi pembantu khas kah kah kah dahulu DKK punya kejatuhan kerajaan Melayu Melaka, jadikan pedoman madani cemerlang kah kah kah itulah setiap kali kamu berlaku tidak adil kepada kemanusiaan kamu gali lubang sedalam mungkin untuk diri kerana cakap tak serupa bikin inilah hipokrit terpaling hebat kah kah kah semuanya tunggu masa untuk balasan akhirat amin
BalasPadam