Israel tutup semua kedutaannya di seluruh dunia
ISTANBUL – Susulan serangan meluas ke atas Iran, Israel telah memutuskan untuk menutup kedutaannya di seluruh dunia dan menasihatkan rakyatnya untuk terus berwaspada dan mengelak daripada menunjukkan simbol Yahudi atau Israel di khalayak ramai.
Kenyataan itu disiarkan di pelbagai laman web kedutaan pada hari Jumaat.
“Berdasarkan perkembangan terkini, misi Israel di seluruh dunia akan ditutup, dan perkhidmatan konsular tidak akan disediakan,” kata salah satu kenyataan.
Menurut kenyataan itu, Israel akan menggantung perkhidmatan konsular dan menasihati rakyatnya untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa keselamatan tempatan sekiranya berlaku sebarang insiden permusuhan.
Namun tidak dimaklumkan penggantungan itu untuk berapa lama.
Rakyat Israel di luar negara digesa melengkapkan borang untuk mengemas kini kementerian luar negeri mengenai lokasi mereka bagi membantu penyelarasan dan mengatur penerbangan menyelamat. – Agensi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan