Isnin, 2 Jun 2025

JENAYAH JENIS BARU




Aksi seksual cikgu tersebar, isteri direman

MELAKA – Seorang ejen insurans direman dua hari selepas disyaki mengugut dan menyebarkan gambar bogel seorang guru wanita yang juga madunya, Mac lalu.

Perintah reman terhadap suspek berusia 53 tahun itu bermula hari ini sehingga esok dikeluarkan Majistret Nurul Asyikin Rosli selepas dipohon pengawai penyiasat bagi melengkapkan siasatan kes mengikut Seksyen 507 dan 509 Kanun Keseksaan.

Menurut sumber, ibu kepada empat anak itu ditahan kira-kira jam 10.15 malam tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh sepasukan polis.

“Wanita itu sebelum ini diklasifikasikan sebagai individu dikehendaki bagi siasatan kes itu susulan laporan dibuat madunya yang juga seorang guru berusia 47 tahun.

“Guru terbabit terkejut apabila bapanya di Klebang memaklumkan menerima sepucuk surat daripada suspek berserta gambar bogel anak perempuannya itu dan menantunya.

“Bimbang gambar aibnya tersebar selain suspek sering menggangu keluarganya, pengadu membuat laporan polis pada 27 Mac lalu,” katanya.

Sementara itu peguam suspek, Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh memberitahu pihaknya membantah permohonan reman selama empat hari dipohon polis. – 

INI JENAYAH

JENIS BARU

AMIN

MASA BERANCUK

AMBIL GAMBAR

KEMUDIAN SEBAR

KAH KAH KAH

INI MARAH 

PADA MADU

KAH KAH KAH

ZAMAN DULU

PAKAI BOMOH

BUBUH RACUN

SEKARANG

SEBAR GAMBAR

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

  1. Melaka sejarah berubah jadi tempat tidak baik darul entah apa jadi pada masa depan kah kah kah

    BalasPadam