Khamis, 19 Jun 2025

KAMBOJA JADI PROVINSI CHINA MERAH



Kemboja adalah pusat penipuan dalam talian global - PBB


BRUSSELS: Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Dadah dan Jenayah (UNODC) mendedahkan Kemboja sebagai hab utama global bagi pelbagai kes jenayah dalam talian.

Antara kes utama termasuk penipuan berkaitan jenayah terancang rentas sempadan, jenayah siber dan operasi penipuan dalam talian.

Kajian terbaharu UNODC itu turut menerbitkan peta pusat penipuan global, sekali gus memberikan gambaran jelas skala serta geografi aktiviti berkenaan.

Peta yang disusun UNODC itu menunjukkan beberapa pusat penipuan wujud di sepanjang sempadan Thailand-Kemboja.

Menariknya, berbeza dengan anggapan umum bahawa Myanmar menjadi pusat utama penipuan di rantau ini, dapatan baharu mendapati Kemboja kini muncul sebagai lokasi paling aktif dalam operasi penipuan siber.

Antara lokasi utama yang dikenal pasti ialah Sihanoukville, yang disenaraikan UNODC sebagai antara pusat penipuan terbesar di Kemboja.

Laporan itu turut menumpukan kepada pelaburan asing secara besar-besaran di kawasan berkenaan, yang berkembang menjadi 'markas selamat' dan tapak operasi bagi sindiket penipuan global.

Ia menyasarkan mangsa dari serata dunia termasuk Thailand, baik untuk ditipu atau dikurung dan dipaksa bagi melakukan penipuan dalam talian selepas diperdaya dengan peluang pekerjaan bergaji lumayan.

Poipet, sebuah bandar sempadan bersebelahan Aranyaprathet di wilayah Sa Kaeo, Thailand, turut dikenal pasti sebagai pangkalan strategik rangkaian jenayah yang berhasrat menembusi pasaran Thailand.

Bagi kawasan selatan dan lebih pedalaman, ibu negara Kemboja, Phnom Penh, bandar Bavet dan wilayah Preah Sihanouk turut tersenarai.

Ini mencerminkan bahawa industri penipuan itu kini tidak lagi tertumpu di kawasan sempadan sahaja, malah sudah berkembang ke bandar utama termasuk ibu negara.

Perkembangan ini menunjukkan betapa meluas dan berakar umbinya kegiatan jenayah siber di Kemboja.

Laporan UNODC turut mengaitkan fenomena itu dengan gabungan rumit kuasa politik, tekanan ekonomi dan jenayah rentas negara yang kini membentuk cabaran dalaman serta antarabangsa buat negara itu.

Antara kebimbangan utama masyarakat antarabangsa dan UNODC ialah bukti yang semakin kukuh mengenai kaitan kewangan secara langsung antara elit politik Kemboja dengan industri penipuan siber.

Sebahagian besar 'pusat penipuan' beroperasi dengan bertopengkan pelbagai perniagaan sah.

Antara kes utama membabitkan Kumpulan LYP, yang memegang konsesi di Zon Ekonomi Khas Koh Kong. Anak syarikatnya termasuk Koh Kong International Resort Club dan Export-Import.

Kumpulan ini sudah disenarai hitam dan dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) atas dakwaan terbabit dalam rasuah, pemerdagangan manusia, buruh paksa dan penipuan dalam talian.

Lebih mengejutkan, seorang anak saudara bekas Perdana Menteri, Hun Sen, turut dikaitkan dengan operasi penipuan dalam talian berskala besar, termasuk menggelapkan aset digital melebihi AS$49 bilion (RM230 bilion) sejak 2021.

Beliau juga dikatakan mempunyai hubungan dengan Kumpulan Huione, iaitu konglomerat besar yang dituduh menjalankan transaksi kewangan haram merangkumi pengubahan wang haram dan kecurian siber di seluruh rantau ini - AGENSI


NEGARA

KAMBOJA & BURMA

JADI PROVINSI

CHINA MERAH

AMIN

BOSS SCAM INI

INI ADALAH

WARGA CHINA

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan